Tarikh: Sabtu, 9 Ogos 2025
Suami nak pi kenduri di Pantai Remis. Kami bertolak lepas zohor. Kenduri sampai pukul 3 petang. Bajet sempat sampai, sebab kalau trafik lancar, setengah jam boleh sampai, biasanya. Tiba-tiba jalan sesak selepas simpang Pelabuhan Lumut.
Ambil masa dalam 20 minit juga untuk sampai ke tempat kejadian. Untuk tahu apa jadi.
Tahu ada kemalangan, tapi suami tak ikut waze. Waze suruh u-turn arah jauh. Google maps suruh go straight. 6 minit delay. Tapi lebih sebenarnya.
![]() |
Tudia la, lori treler terbalik merentasi jalan. |
Ada lori terbalik tengah jalan. Ada kesan tayar atas jalanraya. Cuma satu lorong boleh dilalui pada satu masa. Gilir-gilir, dia bagi kenderaan lalu.
![]() |
Polis mengawal lalulintas. |
Sebelum sampai tempat kejadian, ada ambulans keluar. Jadi, ada orang cedera la.
![]() |
Kecil saja laluan yang boleh dilalui pada satu masa. |
Lori tu bawa muatan tanah hitam. Penuh atas jalanraya. Terbalik.
![]() |
Ish ish ish.. camana boleh terbalik ni. |
Nak lepas dah.
![]() |
Penuh tanah hitam atas jalanraya. Membukit. |
Bila sudah lepas kesesakan, sudah 2.45 petang. Teruskan perjalanan juga.
Sampai ke destinasi di Pantai Remis, pukul 3.30 petang, call tuan rumah, nak check location kenduri. Tiada balasan. Sibuk bungkus katering gamaknya. Undangan melalui whatsapp je. Jadi, kami pun singgah kedai makan terdekat. Sebab perut lapor, belum makan tengahari.
Majlis pertunangan sebenarnya. Tak de rezeki pergi.
![]() |
Restoran Kota Kulit Kerang |
Singgah restoran ni. Gambar di atas ni, saya ambil sebelum pulang selepas makan. Kerusi dah naik atas meja, dia pun nak tutup.
![]() |
Pinggan suami |
Nasi suami. Dia ambil lauk ikan keli berlada, kerabu taugeh dan sambal belacan.
![]() |
Ambil juga ikan siakap bakar. |
Murah juga. Saiz kecil je. Dia bungkus ikan bakar dengan plastik.
![]() |
Pinggan saya. |
Nasi saya. Ambil ulam. Sebab nak makan dengan ikan bakar je. Saya memang macam ni, tak reti makan banyak-banyak lauk.
![]() |
Air asam. |
Air asam dia ok, agak pedas tapi cukup rasa. Lepas basuh tangan, ada bau belacan lagi.
![]() |
Dalam kedai, tempat kaunter bayaran. |
Pertama kali makan di kedai makan, kedai dah nak tutup. Dia tengah kemas lauk, angkat kerusi naik atas meja, akak cashier tengah kira duit.
Ok bagi saya. Alhamdulillah, tak sempat nak makan kenduri, dapat makan di restoran sedap, ok juga.
Pernah nampak restoran ni, bila on the way ke Taiping, ikut Pantai Remis. Tapi, tak pernah singgah. Lauk dia banyak, cuma waktu kami sampai banyak yang sudah habis.
Restoran Kota Kulit Kerang
Alamat: No. 4B, Selekoh Pengkalan Baru, Kg Ujong Pasir, 34900 Pantai Remis, Perak.
Waktu operasi: 9 pagi hingga 4 petang
Tutup setiap Isnin.
Saya tengok di Google, review restoran ini, 4.4 bintang. Menu nasi campur dengan pelbagai lauk kampung.
Baiklah. Jumpa lagi, ye. 💗
Terbabas la tu lorinya kot brek tak makan. Jelas betul kesan tayar tu. Dapat makan kat kedai sedap pun dah rezeki kan walaupun tak sempat hadir kenduri.
ReplyDeleteHarap OK pemandu lori tu.
ReplyDeleteRezeki dapat makan sedap di Restoran Kota Kulit Kerang.
Allahuakbar semoga pemandu lori tu dalam kondisi baik saja.
ReplyDeleteNampak selera betul air asam dia tu kak tot.
Hujan ke? Kot la jalan licin. Kenderaan berat ni mudah terbalik juga kalau jalan licin.
ReplyDeleteMujurlah kenduri bertunang, taklah ralat sangat kan. Mungkin rezeki Nur masa depa sanding nanti :)
Sy kalau jumpa ikan, mmg pilih ikan dari ayam. Nak² kedai lauk kampung gini. Sedap² masakannya.