Terbalik - Secawan Kopi, Sekebun Cerita

Wednesday, September 3, 2025

Terbalik

 Tarikh: Khamis, 7 Ogos 2025

👵 Hari Ini Dalam Sejarah 👵

Saya berkebun dari 7 hingga 9.30 pagi.

Belum siap berkebun, tapi cukuplah untuk hari itu. Sambung esoknya pula. Perut sudah laparpo. 

Masuk rumah, makan sarapan. Tanggal tudung la, dalam rumah. 

Lepas makan, nak keluor rumah, pergi mengopi, suami ajak. Sebelum keluar, saya sarung tudung dalam gelap. Hari mendung tiada matahari, itu yang lupa diri berkebun di luar, sebab cuaca tak panas. Tak pasang lampu dalam rumah. Tengok cermin, dah ok. 

Pergi Richiamo.  Order kopi.

Adik Richiamo tu tengok saya lain macam je. Tersengih-sengih, sambil punch cashier. Biasanya, muka neutral, senyum tidak, masam pun tidak.

Americano ais dan hazelnut latte panas, mengopi di Richiamo.
Americano ais dan hazelnut latte panas.

Lepas mengopi, kami pusing Lumut. Nak bungkus nasi untuk Sulaiman. Dalam kereta, suami tegur, awat pakai tudung terbalik?

Saya pun tengok bawah, Masya-Allah. Label tudung kat luor. Aku pakai terbalik!! Sebab tudung saya tudung sarung, jelas kelihatan jahitan tepi oleh mesin jahit tepi di tepi tudung. 

Ya Allah.... 🤪 Pertama kali terjadi. Huhuhu....

Jumpa lagi, ye. 💗

2 comments:

  1. Heheheh.. tudung tu plain ke bercorak? Kalau bercorak mesti lagi jelas terbalik ya. Patutlah adik Richiamo tu senyum², nak tegur ke tak agaknya kata dia.

    ReplyDelete
  2. Kalau jadi kat saya en suami la kena sembur haha... Awat tak tegoq dari awal 😆

    Kena stop kejap la kot pi RC, bagi hilang malu dulu Nur 🤭

    ReplyDelete