Wednesday, April 8, 2026

Pergi pasar pagi Sabtu Bota Kanan

 Ini cerita pada 28 Mac 2026 yang lepas, bersamaan 8 Syawal 1447H.

Tertanya-tanya juga, nak pergi ke, tak nak, pasar pagi Sabtu pada pagi itu. Sebab pada hari sebelumnya, pasar malam Jumaat di Bukit Permata, Lumut, macam tak ada lagi orang niaga. Orang masih ramai cuti raya. Suami ajak pergi je. Kalau ada, adalah. Kalau tak ada, kita jalan-jalan cari tempat sarapan yang ada. Orait..! 

Kami pergi berdua je. Amirul dan Sulaiman tak ikut. 

Langit pagi

Besar sungguh matahari di langit. Pemandangan langit pagi yang indah dari dalam kereta. 🥰

Suami tak parking kereta di tempat biasa, iaitu bersebelahan SMK Dato' Abdul Rahman Yakub, Bota Kanan. Dia terus masuk simpang ke Bota Kanan. Jadi, kami lalu dululah pasar pagi itu, menerusi jalan utama. Orait, ramai orang niaga. Jom kita cari tempat parking.

Masjid Bota di kejauhan

Lawa pula tengok kubah Masjid Bota Kanan. Pemandangan baru bagi saya. Tak pernah lihat dari sudut ini. Biasanya, kami lalu tepi, jadi tak boleh nampak view masjid itu. Kelihatan juga payung-payung biru pasar pagi. Sudah ramai orang berniaga. Ingat kan, masih cuti raya.

Pemandangan di pasar pagi 

Sebulan tak pergi, masa bulan ramadan. Rindu pula suasana di pasar pagi. 😊

Ikan sungai

Ikan segar-segar. Masih hidup. Ikan sungai ada, ikan laut pun ada. Udang galah kaki biru pun ada. Lama tak makan udang besar kaki biru tu. Saya sekadar tengok sajalah. Harga satu piring udang galah, antara RM40 hingga RM60. Telan air liur.

Pokok-pokok

Pokok bunga ada, pokok buah pun ada. Bahaya lalu sini. Mesti nak tengok juga, pokok-pokok yang ada. Terapi mata. 

Beli nasi dan bihun dekat makcik ni.

Nasi makcik ni bungkuskan, portion besar. Semoga murah rezeki makcik dan pakcik dan semoga sihat-sihat selalu. Sudah biasa beli dengan makcik ni. Lauk-pauk pun banyak. Nasi kerabu ada, nasi lemak pun ada, juga bihun goreng.

Baru siap tempat ini, Dataran Tuntung ni.

Kali terakhir kami datang, tempat ini belum siap. Baguslah, ada tempat riadah, sebab ada kawasan perumahan baru di situ. 

Sekali pandang, macam ninja turtle pun ada.


Kiri dan kanan jalan ada

Mercu tanda baharu la ni. Ada pusat konservasi berhampiran. Tuntung Sungai Perak ini sudah semakin terancam, kome. 
Kalau berminat, bolehlah datang ke Pusat Konservasi Hidupan Liar (Tuntung) yang terletak di Bota Kanan, Perak ini. Pusat ini ditubuhkan untuk melindungi, memelihara dan memulihara populasi tuntung dan habitatnya melalui kajian penyelidikan, mengawal eksploitasi telur, program kesedaran awam dan penguatkuasaan undang-undang. - Sumber Berita Harian
Baiklah. Kita sambung jalan di pasar pagi.

Kain, bantal, tilam, kekabu.

Gemuk-gemuk betul tengok bantal dia jual.

Ada ayam hitam dalam sangkar, asyik berkokok

Saya teringat filem Hantu Kak Limah. Watak Pak Salam, bomoh lakonan Sofi Jikan, cari ayam hitam, untuk digunakan dalam upacara menghalau hantu Kak Limah. Saya dah jumpa ni ha, seekor, pakcik jual cincin ada bela ni.

Tunggu keropok lekor siap digoreng.

Sebab sudah biasa beli bila datang sini, orang keropok lekor ni pun dah kenal suami saya. Biasa beli keropok lekor keping, RM5. Makan dalam kereta. Sebelum sampai Manjung, sudah habis kami makan berdua. Hehe..

Balik rumah, makan bihun goreng makcik.

Sebukit kan, makcik ni letak. Ada bungkus nasi serta lauk untuk anak-anak. Ada belimbing buluh dalam kari makcik. Sedap! 😋
Macam-macam ada di Pasar Pagi Sabtu Bota Kanan ni. Nak cari makanan, bahan mentah, sayur-sayuran kampung, buah-buah, kerepek, kuih-muih, pakaian, macam-macam ada. 
Kome suka pergi pasar pagi hujung minggu tak? Cer citer, cer citer...
Baik. Jumpa lagi, ye. 💗

4 comments:

  1. Waktu di Aceh saya sering ikut mama ke pasar, Krn banyak jual makanan sedap2. Nov kemarin saya ke Aceh, saya puas2kan makan yg dulu sering saya beli.

    Tp di JKT saya tak suka ke pasar. Sebab tak banyak yg jual makanan. Lalu tak suka baunya. JD kalau belanja di pasar, saya dah beberapa tahun ini pakai jasa personal shopper kak. Dia yg belanja, saya kasih list. Tinggal bayar kalau belanjaannya dah datang.

    Tungtung itu kura2 yaa? Saya coba browsing, ternyata di Indonesia pun ada, sebutannya tuntong. Dan juga mulai punah. Alaaah kasian lah 😔

    ReplyDelete
  2. Banyak tempat kena pergi juga ni..tapi tulah, Linda kalau Sabtu Ahad tu, memang malas nya nak keluar pagi².. hahaha

    ReplyDelete
  3. saya pernah ketemu ayam hitam juga waktu main ke rumah orang

    ReplyDelete
  4. Uncle pun ingat ninja turtle... hahaha
    Mahalnya udang galah

    ReplyDelete