Sarapan Roti Canai Pak Tam dan ikan sumpit
Assalamualaikum, semua...
Semoga hari Ahad ini anda semua berbahagia dan sihat sejahtera di samping keluarga tersayang.
Entri kali ini, saya nak cerita tentang sarapan di Roti Canai Pak Tam Kampung Sitiawan pada hari Isnin, 20 Julai 2026 yang lepas. Agak lama juga tidak pergi sarapan sini. Rindu dengan roti canai yang lembut dan pemandangan cantik di muara sungai waktu pagi. Ater.. jom kita.
Eh, saya pernah cerita tentang kedai Roti Canai Pak Tam ini banyak kali, tapi semuanya entri tahun lepas. Kalau nak baca, sila, sila... 👉
![]() |
| Bakul-bakul nasi lemak pelbagai jenis. |
Nanti akan semakin bertambah sampai penuh meja dengan bakul nasi lemak dan kuih-muih yang orang hantar. Nasi lemak daun pisang pelbagai jenis, dari nasi lemak ikan bilis, sambal ikan, sambal udang, dan sambal sotong. Pilihlah mana satu yang teringin nak makan.
Saya dan suami ambil nasi lemak sebungkus seorang dan cari tempat duduk. Oleh sebab awal sampai, ada tempat duduk tepi. Cantik...
![]() |
| Kuih-muih yang ada |
Bekas kuih-muih itu pun akan bertambah juga nanti. Masa kami baru sampai, popia sira kegemaran suami belum dihantar. Kuih wajib diambil kalau makan di sini.
![]() |
| Nasi lemak daun pisang |
Kecil saja saiz nasi lemak sini. Jadi, kami pesan juga roti canai seorang sekeping. Sambal nasi lemak sedap. Saya ambil nasi lemak bilis.
![]() |
| Roti canai dan kuah kari |
Lembut saja, roti canainya. Kuah kari pun sedap.
![]() |
| Suami pesan roti canai kuah banjir. |
Sedap pula tengok waktu taip entri ini. Bila roti canai meresap kuah kari itu, lagi syokkk makan. 😋 Lain kali nak pesan kuah banjir la.
![]() |
| Banyak ikan dalam sungai |
![]() |
| Boleh nampak tak, ikan-ikan dalam sungai? |
![]() |
| Ini gambar ikan sumpit. Kredit Wikipedia. |
![]() |
| Keindahan pagi di Kampung Sitiawan |
Sambil menikmati sarapan, boleh tengok bot nelayan yang pulang atau baru nak pergi menangkap ikan. Sini juga banyak bot-bot nelayan berlabuh di jeti. Kampung Sitiawan juga ada banyak kedai menjual umpan untuk pemancing dan juga menyediakan khidmat sewa bot kepada pemancing.
Kedai Roti Canai Pak Tam ini juga separuh di atas tanah, separuh lagi di atas air. Walaupun kukuh kerana adanya tiang-tiang penyokong di bawah kedai, tapi kalau ada orang berat lalu tepi kita, bergegar juga meja makan kita. Hehe..
Lepas habis makan roti canai dan nasi lemak, saya perasan ada adik baru letak bekas kuih besar atas meja sana nun. Haaa... popia sira baru sampai.
![]() |
| Baru buat ni. Kuih kegemaran kami. |
Rangup makan popia sira. Satu ketul harga 60 sen. Ambil 5 ketul.
![]() |
| Roti Canai Pak Tam, Kampung Sitiawan, Perak. |
Saya ambil gambar waktu kami sudah nak balik. Orang mulai ramai di kedai roti canai. Port sarapan yang sangat menenangkan. Boleh healing tengok aktiviti nelayan. Tempat ini hujung minggu, penuh orang. Kedai Pak Tam ini tutup setiap hari Jumaat.
Baiklah. Sekian laporan.
Jumpa lagi, ya. 💗











Tiada ulasan:
Catat Ulasan