Friday, April 17, 2026

Tengok Gremlins

Baru-baru ni, semasa 5 April 2026 yang lepas, masa preview percuma pakej HBO masih ada untuk pelanggan Unifi TV, saya tertengok la filem Gremlins, di saluran Cinemax. 

Siapa pernah tengok filem ini, sila angkat tangan?

Bagus, bermakna anda sudah tua! 😂

Yang belum pernah tengok, memang logik pun, filem lama ni, tahun 1984. Lebih kurang macam filem E.T. Penerbit pun sama, Steven Spielberg.

Cerita dia berkisarkan tentang binatang kecil gebu gebas comel yang jenisnya dipanggil Mogwai. Memang cute, macam kucing. Tapi nak membela mogwai ini ada pantang larangnya. Kalau langgar, makhluk mogwai ini bertukar jadi makhluk lain bernama Gremlins yang lebih ganas, suka buat huru-hara dan menakutkan juga.

Gremlin yang jahat

Dulu masa saya kecil, arwah opah saya tolong rekod semasa filem ini ditayangkan. Guna pemain VCR. Kalau ada kartun ke, muzik-muzik ke, opah saya akan telefon rumah, tanya, nak record ke? Ha, terer tak opah saya? Lepas rekod sesuatu, arwah opah saya akan siap labelkan, dan susun pita VHS dalam almari di rak TV, dan kami akan tengok satu-satu, bila balik kampung masa cuti sekolah.

Kenapa tak tengok sendiri di TV, kena opah pula tolong rekodkan? Sebab masa itu, saya dan keluarga tinggal di Arau dan Kangar, Perlis. Siaran TV tak berapa jelas. TV3 memang tak jelas langsung, masa itu memang baru lagi wujud siaran itu. TV1 dan TV2 saja siaran yang boleh tengok. Lebih jelas, cerita dari Thailand. Kalau cerita Thailand, memang selalu juga tengok. Takut tau, cerita hantu siam. 

Gizmo yang comel

Inilah makhluk mogwai bernama Gizmo, yang dihadiahkan oleh bapak Billy kepada anaknya. Dapat dari orang tua misteri, dari kedai antik di Chinatown. 

Zaman dulu punya filem, mana wujud lagi CGI, jadi not bad lah, kesan khas filem ini. Tahukah anda, semua Gremlins dan Gizmo dalam filem ini adalah patung (animatronics) yang sangat detail. Pergerakan mereka nampak hidup dan mempunyai personaliti tersendiri.

Pantang larang membela mogwai ialah:

🐻 Tak boleh kena cahaya terang, seperti lampu terang. Kalau kena cahaya matahari, boleh mati.

🐻 Tak boleh kena air. Kalau kena air, makhluk ini akan beranak dan membiak dengan cepat.

🐻 Tak boleh makan selepas tengah malam. Kalau buat juga, boleh membiak menjadi Gremlins yang ganas dan jahat.

Penuh panggung wayang dengan menatang Gremlins

Memang kena hapuskan la, menatang yang ganas ini semua. Sebab habis restoran, tempat awam, berantakan dek menatang ini. 

Gizmo naik kereta mainan

Gizmo ni, tolong tuan dia, nak hapuskan Gremlins yang telah menjajah pekan dia orang. 

Watak Gizmo ni, budak-budak memang suka, sebab ia comel. Walaupun kawan-kawan dia berubah jadi jahat, Gizmo tetap baik, berani, dan sentiasa cuba tolong tuannya, Billy.

Gremlin berjambul putih ini, Stripe, ketua segala Gremlins la.

Bila dia masuk kedai hardware, habis semua alat dia guna, nak hapuskan orang yang cuba bunuh dia. Sungguh licik menatang ini.

Nasib baik semua menatang jahat berkumpul di satu tempat. Dengan letupkan tempat itu, hapuslah sudah ancaman. 

Tapi tak boleh la bela si mogwai ini, sebab susah, takut terjadi lagi kejadian yang tak diingini. Jadi, kena pulangkan dia balik kepada tuan asal.

Bye bye, Billy.

Comel je. Waktu si Billy sibuk nak selamatkan keluarga dia, si Gizmo ni duduk dalam backpack Billy. 

Filem ini menghiburkan, balance antara seram dan lawak. Kita gelak tengok gelagat nakal Gremlins. Contohnya, semasa mereka tengok cerita Snow White dalam wayang, atau bermain kad. Tapi, ada juga babak yang ngeri dan mengejutkan.

Kembalikan semula kepada orang tua ini.

The end. Sudah lama saya tak tengok cerita ini. Sejak dari zaman budak. 

Kome ada ke, filem lama kegemaran atau kenangan tonton waktu kecil? Cer citer, cer citer.

Salam hari Jumaat. Jumpa lagi, ye. 💗

6 comments:

  1. Kita tengok cerita ni tapi kita lebih tertarik bab opah Nur tu. Moden ya orangnya, umur dia berapa masa tu?

    ReplyDelete
  2. iye kak masa sekolah rendah kami pernah tgl di rantau panjang kelantan sempadan Thai,bila on TV akan keluar siaran Thailand..jenuh nak alih memang susah nak dapat siaran kita

    ReplyDelete
  3. Jap..macam ingat2 lupa la cerita ni Nur...alaaa...nak recall...bestnya Opah Nur...

    ReplyDelete
  4. Aduh sudah ku lupa cerita ini sehingga baca post ni hahahaa.. yg baik tu comel jer.. lagi2 masa dia buat panas sendiri tu huhuu..

    ReplyDelete
  5. Rase macam tak pernah tengok..tapi, gremlins ni dah macam robot kecik dekat dalam cerita transformer pula..tak ingat pula nama dia..
    Hebat juga opah kak Nur..siap ada alatan merekod tu..

    ReplyDelete
  6. Pernah tengok dahulu. Tidak ingat jalan cerita.
    Wah ada HBO dan Cinemax dalam Unifi. Astro dah tiada pakej HBO dan Cinemax.

    ReplyDelete