Baru-baru ni, semasa 5 April 2026 yang lepas, masa preview percuma pakej HBO masih ada untuk pelanggan Unifi TV, saya tertengok la filem Gremlins, di saluran Cinemax.
Siapa pernah tengok filem ini, sila angkat tangan?
Bagus, bermakna anda sudah tua! 😂
Yang belum pernah tengok, memang logik pun, filem lama ni, tahun 1984. Lebih kurang macam filem E.T. Penerbit pun sama, Steven Spielberg.
Cerita dia berkisarkan tentang binatang kecil gebu gebas comel yang jenisnya dipanggil Mogwai. Memang cute, macam kucing. Tapi nak membela mogwai ini ada pantang larangnya. Kalau langgar, makhluk mogwai ini bertukar jadi makhluk lain bernama Gremlins yang lebih ganas, suka buat huru-hara dan menakutkan juga.
![]() |
| Gremlin yang jahat |
Dulu masa saya kecil, arwah opah saya tolong rekod semasa filem ini ditayangkan. Guna pemain VCR. Kalau ada kartun ke, muzik-muzik ke, opah saya akan telefon rumah, tanya, nak record ke? Ha, terer tak opah saya? Lepas rekod sesuatu, arwah opah saya akan siap labelkan, dan susun pita VHS dalam almari di rak TV, dan kami akan tengok satu-satu, bila balik kampung masa cuti sekolah.
Kenapa tak tengok sendiri di TV, kena opah pula tolong rekodkan? Sebab masa itu, saya dan keluarga tinggal di Arau dan Kangar, Perlis. Siaran TV tak berapa jelas. TV3 memang tak jelas langsung, masa itu memang baru lagi wujud siaran itu. TV1 dan TV2 saja siaran yang boleh tengok. Lebih jelas, cerita dari Thailand. Kalau cerita Thailand, memang selalu juga tengok. Takut tau, cerita hantu siam.
![]() |
| Gizmo yang comel |
Inilah makhluk mogwai bernama Gizmo, yang dihadiahkan oleh bapak Billy kepada anaknya. Dapat dari orang tua misteri, dari kedai antik di Chinatown.
Zaman dulu punya filem, mana wujud lagi CGI, jadi not bad lah, kesan khas filem ini. Tahukah anda, semua Gremlins dan Gizmo dalam filem ini adalah patung (animatronics) yang sangat detail. Pergerakan mereka nampak hidup dan mempunyai personaliti tersendiri.
Pantang larang membela mogwai ialah:
🐻 Tak boleh kena cahaya terang, seperti lampu terang. Kalau kena cahaya matahari, boleh mati.
🐻 Tak boleh kena air. Kalau kena air, makhluk ini akan beranak dan membiak dengan cepat.
🐻 Tak boleh makan selepas tengah malam. Kalau buat juga, boleh membiak menjadi Gremlins yang ganas dan jahat.
![]() |
| Penuh panggung wayang dengan menatang Gremlins |
Memang kena hapuskan la, menatang yang ganas ini semua. Sebab habis restoran, tempat awam, berantakan dek menatang ini.
![]() |
| Gizmo naik kereta mainan |
Gizmo ni, tolong tuan dia, nak hapuskan Gremlins yang telah menjajah pekan dia orang.
Watak Gizmo ni, budak-budak memang suka, sebab ia comel. Walaupun kawan-kawan dia berubah jadi jahat, Gizmo tetap baik, berani, dan sentiasa cuba tolong tuannya, Billy.
![]() |
| Gremlin berjambul putih ini, Stripe, ketua segala Gremlins la. |
Bila dia masuk kedai hardware, habis semua alat dia guna, nak hapuskan orang yang cuba bunuh dia. Sungguh licik menatang ini.
Nasib baik semua menatang jahat berkumpul di satu tempat. Dengan letupkan tempat itu, hapuslah sudah ancaman.
Tapi tak boleh la bela si mogwai ini, sebab susah, takut terjadi lagi kejadian yang tak diingini. Jadi, kena pulangkan dia balik kepada tuan asal.
![]() |
| Bye bye, Billy. |
Comel je. Waktu si Billy sibuk nak selamatkan keluarga dia, si Gizmo ni duduk dalam backpack Billy.
Filem ini menghiburkan, balance antara seram dan lawak. Kita gelak tengok gelagat nakal Gremlins. Contohnya, semasa mereka tengok cerita Snow White dalam wayang, atau bermain kad. Tapi, ada juga babak yang ngeri dan mengejutkan.
![]() |
| Kembalikan semula kepada orang tua ini. |
The end. Sudah lama saya tak tengok cerita ini. Sejak dari zaman budak.
Kome ada ke, filem lama kegemaran atau kenangan tonton waktu kecil? Cer citer, cer citer.
Salam hari Jumaat. Jumpa lagi, ye. 💗







Kita tengok cerita ni tapi kita lebih tertarik bab opah Nur tu. Moden ya orangnya, umur dia berapa masa tu?
ReplyDeleteOrang dulu kan terer English kan, SK. Sekolah pun sekolah omputih. Jadi saya cuma perlu tulis arahan mudah macam nak record, tekan butang apa, time iklan, tekan apa. Opah saya umur 60 tak silap, waktu tu.
Deleteiye kak masa sekolah rendah kami pernah tgl di rantau panjang kelantan sempadan Thai,bila on TV akan keluar siaran Thailand..jenuh nak alih memang susah nak dapat siaran kita
ReplyDeleteKann.. kalau duduk dekat border, camtulah yek, Afzan. Kuat benor siaran TV siam tu. Lagi jelas banding tv malaysia.
DeleteJap..macam ingat2 lupa la cerita ni Nur...alaaa...nak recall...bestnya Opah Nur...
ReplyDeleteHehe.. citer lama, SA.
DeleteOpah saya memang sporting. Nak beli kaset pun, minta duit dengan arwah opah la.
Aduh sudah ku lupa cerita ini sehingga baca post ni hahahaa.. yg baik tu comel jer.. lagi2 masa dia buat panas sendiri tu huhuu..
ReplyDeleteItulah. Cerita macam ni, jarang TV tunjuk. Menggamit kenangan waktu kecil.
DeleteRase macam tak pernah tengok..tapi, gremlins ni dah macam robot kecik dekat dalam cerita transformer pula..tak ingat pula nama dia..
ReplyDeleteHebat juga opah kak Nur..siap ada alatan merekod tu..
Robot kecik dalam cerita transformer tu, cute kan, Linda.
DeletePemain VCR je ada waktu tu, Linda, sebelum wujudnya CD. Boleh juga tengok cerita P. Ramlee. Dan ada kedai sewa tape, macam buku library tu. Dah tengok, boleh pulang. Masa akak tinggal di PJ, masih ada kedai sewa tape VHS.
Pernah tengok dahulu. Tidak ingat jalan cerita.
ReplyDeleteWah ada HBO dan Cinemax dalam Unifi. Astro dah tiada pakej HBO dan Cinemax.
Baru masuk, tapi kalau ambil, ada extra caj la. Saya tak ambil, pakej basic je.
Deletepestime dgr tajuk cerita ni. comelnya gizmo tu. mcm pak sami telinga panjang dalam cerita star wars tu. saya lupa apa nama wataknya
ReplyDeleteAdakah Yoda?
DeleteHa ah, macam telinga Yoda, telinga si Gizmo tu. 😁 Thanks, KSarie.
Delete1984 tahun kelahiran Cie. Hebat opah pandai record cerita.
ReplyDeleteWah.. 1984 akak tadika, Cie. 😊
DeleteHehe.. senang je nak record tu, peralatan VCR tu idok ler canggih mana. Kalau boleh faham English, senang guna.
kurang minat citer2 gini jd bila menonton pun sekerat jalan shj dulu. huhuhu...
ReplyDeleteOoo... Hehe...
DeleteSaya belum pernah merasakan VHS ni mbak tot. Dulu pas masih kecil, satu-satunya media hiburan itu ya via kaset VCD atau DVD, yang mayoritas adalah bajakan.
ReplyDeleteNasib baik sekarang sudah ada layanan streaming ya, jadinya lebih mudah dan juga legal.
Iya, Mas Fajar. Betul. Dulu kita mudah record sendiri. Banyak juga cetak rompak.
DeleteYa Allah....mengundang walking down the memory lane sungguh bila membaca blogpost Tot yang satu ini. KSarie tengok movie ini dengan arwah emak dan abah dulu di wayang di panggung ODEON ke Rex ke Cathay udah lupa. Geram tengok masa deme gebu gebas. Nakal pula seekor dua yang melambatkan jam, udah hero bagi deme makan selepas waktu tengah malam. Menggamit memori sungguh post ini
ReplyDeleteWahh.. KSarie tengok wayang, lagi best. Betul, betul. Sengaja je dia adjust jarum jam tu, untuk makan after midnight. Haha.. kenangan kan, movie ni.
DeleteEh saya tak tahu lah film ini. Baru dengar setelah baca cerita kakak. Tp memang dulu saya tak banyak pilihan untuk film anak kak.
ReplyDeleteSaya ingatnya, Krn dulu di Aceh, dj komplek perumahan oil company. Jadi perusahaan KSH akses untuk seluruh karyawan supaya bisa menonton film2 luar negeri . Yg saya suka tv1, tv2, trus kemudian muncul tv3 kan. Bisa akses ke film Amerika, tp mama tak izinkan kami nonton, sebab film dewasa semua 🤣.
Yg paling berkesan buat saya, ketika teman sewa video VHS film Cinderella dan sleeping beauty 😄😄. Itulah yg masih teringat sampai skr
Oh zaman saya sekolah ada juga kaset cerita kak. Dengar pakai tape lah. Macam kaset musik, tp ini isinya dongeng cerita anak. Biasanya cerita legenda Indonesia. Kayak Malin Kundang, kanci dan buaya, macam itulah. Saya tahan mendengar semua ceritanya. Berjam2 pun tak apa.
.kalau skr macam bosan pula kalau dengar podcast 😂😂
Wah.. boleh dapat siaran dari Malaysia ya, di Aceh.
DeleteHaha.. betul, dulu ada kaset cerita dongeng english pun ada, macam snow white.
Itulah. Tak sama orang dulu buat rakaman, menarik untuk didengar ya, Fanny.
Wah akak pernah tenguk movie ni kat TV tapi lupa TV mana. Dulu suka tenguk movie terbitan Disney. Kat TV 2 dulu dia siar kan movie Disney seronok layan.
ReplyDeleteBetul, kak. TV2 dulu banyak cerita menarik.
Delete