Tuesday, June 2, 2026

Pengesahan dokumen

 Cerita pada 29 Mei 2026 yang lepas. Ada salinan dokumen perlu pengesahan. Sukacita dimaklumkan, anak bongsu saya, Sulaiman, dapat tawaran memasuki Politeknik Ungku Omar (PUO), sama tempat dengan anak kedua, Hafizan. Syukur Alhamdulillah. 

Sekarang tengah buat persiapan sikit-sikit. Hari itu, perlu dapatkan cop dan pengesahan salinan dokumen diakui sah oleh pegawai kerajaan. Seperti yang lepas-lepas, saya suka pergi ke sekolah saja, untuk dapatkan tandatangan pengetua.

Sekolah anak
Sekolah Sulaiman

Ambil gambar dari dalam kereta. Aci guard cakap, tunggu pukul 8 ya, baru naik pejabat. Baiklah. Pukul 8 pagi, saya masuk pejabat sekolah. Kerani sekolah kata, hari sebelumnya, Hari Raya Kedua AidilAdha, Pengetua ada datang. Hari Jumaat itu, raya ketiga, dia pun tidak pasti siapa akan masuk pejabat. Kalau nak, boleh tunggu. Saya bertanyakan tentang sijil SPM Sulaiman. Sijil SPM pun belum ready. Jadi, saya pun blah dulu.

Curi selipar surau sekolah, gagal SPM
Lintas depan surau

Masa on the way ke kereta dari pejabat sekolah, saya lalu surau. Ternampak selipar surau, tertulis Curi Gagal SPM. Hehe.. saya rasa ini surau guru dan kakitangan. Ada surau murid-murid di blok asing dekat kantin. Sekolah ini sekolah dua sesi.

Bagitahu suami akan ketiadaan pengetua. Suami cadang kami pergi Pejabat Penghulu pula. Ajom...

Pejabat Penghulu Mukim Lumut
Buka, Pejabat Penghulu

Pejabat Penghulu Mukim Lumut. Giliran suami pula masuk. Dari pengalaman lepas-lepas, selalu Penghulu dan kerani semua lelaki. Tengok-tengok, penghulu sudah bertukar. Penghulu baru, perempuan. Suami saya boleh ingat yang Puan Penghulu tu kerani. Hehe.. kami pun tak tahu langsung yang perempuan boleh jadi Tok Penghulu. Puan Penghulu yang cop, dia yang tandatangan. Settle, Alhamdulillah. Peramah, Puan Penghulu. Siap bercerita, sebelum itu, pelajar UniKL dah datang. Ini pelajar Politeknik pula (Sulaiman). Ye la, musim budak-budak masuk intake baru universiti dan kolej.

Selesai urusan pengesahan dokumen, kami ke pejabat pos pula, untuk pos dokumen yang sudah disahkan ke pihak politeknik.

Kita buat persiapan sikit-sikit. Nak beli laptop untuk Sulaiman, pakaian nak pergi kelas, dan sebagainya. Kurang 3 minggu lagi untuk pendaftaran. Kadang tu, saya sudah mula rasa sedih. Sebab lepas ni, mama tinggal seorang la, dekat rumah. Tak ada kawan dah. Anak sulung, Amirul, belum habis UiTM Dungun, Hafizan dan Sulaiman di Ipoh. Walaupun satu negeri, tapi 2 jam lebih juga kalau ke Ipoh. 🥹 Takpe la, mestilah sambung belajar, takkan sampai ke tua bawah ketiak mak. 

Baiklah. Jumpa lagi, ya. 💗

27 comments:

  1. Wah Sulaiman satu tempat dengan Hafizan. Senang hendak jemput balik nanti. Hafizanpun boleh tengok adiknya.
    Tahniah Sulaiman. Gembira rasa hati dapat tempat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, Alhamdulillah, NA. Sorang duduk kolej luar, sorang lagi pelajar baru kena duduk dalam. Betul, boleh la kalau nak makan sekali. Terima kasih, NA. Syukur Alhamdulillah.

      Delete
  2. Replies
    1. Terima kasih, mama tisya. Alhamdulillah.

      Delete
  3. Tumpang bangga! Kalau tak silap PUO tu Poli pertama kat Malaysia kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, mekasih, uncle. Ya, betul. Politeknik premier.

      Delete
  4. Syukur Sulaiman dapat satu tempat dengan Hafizan...senang la skit kan...Aunty SA tumpang bangga ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, SA, boleh ambil sekali. Alhamdulillah. Terima kasih, SA. 🤗

      Delete
  5. Wah tahniah sulaiman. Cucu saudara akak pun dapat juga. Masalahnya mak dan bapa sekarang tengha menunaikan ibadah haji. Balik je Malaysia nanti terus kena daftarkan anaknya. Atoknya dah pening fikirkan cucunya nak masuk PUO anak dan menantu masih di tanah suci lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mekasih, kak. Alhamdulillah. Kesian cucu sedara kak Notie, kena buat persiapan sendiri. Semoga dipermudahkan urusan cucu sedara kak Notie dalam proses pendaftaran poli.

      Delete
  6. Alhamdulillah Tahniah Sulaiman...sunyi rumah nnt...

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah. Tahniah Sulaiman dan keluarga kerana berjaya mendapat tempat di PUO. Semoga terus cemerlang dan menjadi anak yang berjaya di dunia dan akhirat. KSarie faham perasaan Tot itu. Anak-anak ini walaupun udah besar panjang tetap la juga baby kita kan? Tetapi the circle of life itu jalannya begitu, kena berlapang kita omak-omak ni melepaskan anak-anak kita ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, KSarie. Alhamdulillah. Amin, yarabbalalamin.. 🤲 Iya. Betul. Kena redha dan berlapang dada.

      Delete
  8. Baru tau Penghulu ada perempuan. Selama ni kita panggil tok penghulu, yang ni perempuan apa pulak gelaran 😅. Tahniah buat Sulaiman. Makcik pun alumni Politeknik juga tapi kat JB 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. itulah. Nak panggil Nenek Penghulu macam pelik, panggil Puan Penghulu je. 😁 Terima kasih, Cie. Wah.. alumni politeknik, Cie.

      Delete
  9. Semoga anak tersayang terus maju ya..banyak laluan untuk bina kerjaya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminn.. terima kasih, Cikgu. Ya, cikgu.

      Delete
  10. Tahniah yaaa Sulaiman dan keluarga, mendapat tempat di PUO.
    Semoga sukses selalu dan terang benderang karirnyaaa :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Mas Fajar. Amin, yarabbalalamin.. 🤲

      Delete
  11. Alhamdulillah..tahniah Sulaiman...semoga terus berjaya

    ReplyDelete
  12. Tahniah Hafizan & Sulaiman..

    Graduan Poli memang antara yang terbaik.. Kemahiran tinggi..

    Semoga dapat habis belajar on time. Focus belajar dan enjoy masa2 jadi student. Priceless. 🌟

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Faa. Alhamdulillah.. terima kasih atas pesanan. Mudah-mudahan. Amin.. 🤲

      Delete
  13. semoga dilancarkan semua ya kaak :)... itulaaah, kita nih harus siap memang, suatu saat anak2 akan pergi dari rumah.. di saat itu, hanya tinggal kita dan suami saja.. suka tak suka, memang harus melepas mereka .. saya masih blm lagi, tapi nanti pasti terasa sedihnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Fanny. Betul cakap Fanny. Sebagai parents, kita doa dari jauh saja ya, agar anak-anak kita baik-baik saja.

      Delete
  14. Alhamdulillah...minggu depan kan daftar dia Poli. Anak buah sorang dapat di Poli Muadzam Shah

    ReplyDelete