Bila IF tumbang di kedai mamak

 Dalam minggu lepas, banyak hari juga tidak IF (Intermittent fasting). Mode malas. Pagi-pagi sudah cari sarapan. Perut pula berkeroncong waktu pagi, minta diisi. 

Fikiran baik: Perut berbunyi itu bukan lapar. Itu tanda tengah ketosis mode. Lepas 12 jam ke atas IF, simpanan glukosa dalam hati habis. Badan mula bakar lemak. Kan kita belum makan. Sila minum air. Nanti hilanglah rasa lapar itu. 😇

VS

Fikiran jahat: Jom pi mamak! 😈

Pada hari itu, fikiran jahat lebih kuat dari fikiran baik. 🙈 Tambahan pula, nanti nak pergi hantar dua anak yang pulang hujung minggu balik semula ke Ipoh. Kalau pergi mamak, boleh sarapan dan bungkus makanan sekali untuk anak-anak. Jadi pada hari itu, Ahad, 19 Julai 2026, saya ajak suami yang kerja shif petang, sarapan di mamak. Hehe... dasar seorang Tot.

Kami ke restoran mamak Biriyani Kampung Acheh.

Bihun dan nasi goreng serta lauk ayam goreng pedas di Restoran Biriyani Kampung Acheh, Sitiawan, Perak.
Pinggan suami

Banyak betul la suami saya ambil makanan ni. Ada banyak hidangan sudah terhidang macam mini buffet di bahagian depan mamak ini. Ceduk la sendiri, apa yang nak. Ada nasi, mee, bihun, kuetiau goreng, idli, lauk ayam goreng berempah pedas, dan lauk ayam kari ke masala, saya tidak pasti.

Suami ambil bihun dan nasi goreng serta lauk ayam goreng pedas itu.

Saya pula pesan roti bakar satu set.

Satu set roti bakar di Restoran Biriyani Kampung Acheh, Sitiawan, Perak.
Satu set roti bakar ada dua keping roti.


Teh tarik halia dan air suam seorang satu cawan.
Suami pesan air teh tarik halia dan air suam seorang satu.

Tak kan makan roti bakar saja. Saya pesan juga...

Telur tiga suku masak di Restoran Biriyani Kampung Acheh, Sitiawan, Perak.
Telur tiga suku masak.

Kalau satu set, sepatutnya ada 2 biji telur saja. Tapi sebab telur dia saiz kecil, mamak bagi 3 biji telur. Saya lebih suka tiga suku masak dari separuh masak.

Nak tahu tak, apa yang tak ada dalam gambar? Saya pesan nescafe tarik. Apa nak jadi dengan saya ini. Macam tak betul sikit kepala semenjak dua menjak ini. Minum air manis. Lagi-lagi nak dekat temujanji doktor bulan depan, dia lagi kuat godaan minum air manis itu. Gilakah aku? Huk huk... 

Siap bungkus sekali makanan untuk anak-anak di rumah iaitu nasi goreng ayam untuk budak Sulaiman dan tosei telur tiga keping untuk budak Hafizan. 

Later that day, sebelum tengahari, selepas siap, saya ikut suami hantar anak-anak balik politeknik Ipoh dan terus balik Manjung semula. Kemudian suami masuk kerja sebelum pukul 4 petang. Macam kartun. 

Sekian cerita pada hari tersebut. 

Semoga segala urusan anda semua pada hari ini dipermudahkan. 

Jumpa lagi, ya. 💗

Share:

36 ulasan:

  1. Samalah dengan saya. Kadang terlajak-lajak melayan selera. Sata lupa sudah berumur. Juga lupa kandungan lemak dalam badan terus jadi gula dalam darah sebab saya rak rajin bakar. Nur tu bagus, rajin lari. Saya tak banyak gerak huhuhuuu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya tak berlari secara konsisten, kak Amie. Semoga kita sama-sama lebih kuat untuk jaga pemakanan kita, ya kak. Mahu lebih sihat, dan keputusan ujian darah baik-baik saja. Aminn... 🤲

      Padam
  2. Wak jarang2 sangat masuk kedai mamak sebab pn is3 tak mahu.

    BalasPadam
  3. Bestnya kedai mamak ni ada macam² menu sarapan. Dekat tempat Sy ni kena order la kalau nak bihun goreng ke mee goreng ke...

    Sekali sekala nikmati hidup Nur hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ooo.. gitu. Pagi memang ada mini breakfast buffet. Petang² ada kuih macam vadei atau putu mayam pula.
      Bukan sekali-sekala, PH. Udah macam selalu pulak. Ater .. huhu..

      Padam
  4. KSarie juga lebih suka telur 3 suku masak sebab kuningnya lebih pejal. Mamak ni senang sebab ada banyak pilihan. Tinggal sediakan perut je

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama kita, ya. Suka tiga suku masak.
      Hehe.. betul²!

      Padam
  5. Cie jarang jugak dah IF sekarang ni. Banyak fikiran jahat juga ni. Hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe.. apa nak jadi ni, Cie oiii... 😂

      Padam
  6. Bagus suami Nur layan apabila Nur minta makan luar.
    Haha baru terlintas di fikiran aik takkan Nur makan roti bakar sahaja, mana kenyang. Rupanya ada pesan telur 3/4 masak. Baru tahu kedai mamak boleh buat telur begitu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dia okay je. Makan boleh, tak makan pun boleh.
      Ha ah. Boleh, NA. Cuma tunggu lama sikit.

      Padam
  7. Trliur tgk telur masak 3 suku tu =)

    BalasPadam
  8. lagi nak jumpa doctor lagi banyak dugaan makan....padahal doctor tu manusia jugak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, Sueann. Bukan takut doktor, cuma risau bacaan result darah nanti. Sebelum jumpa doktor kena ambil darah dulu.

      Padam
  9. kadang tu lah fikiran jahat menghasut. Dah makan kita menyesal. huhu...Nak jumpa doktor tu yang lagi risau rosakkan results. Jauh juga tu nak ke Ipoh. Balik hari agak memenatkan sikit kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, Fizah. Lepas makan, dalam otak rasa menyesal sebab iman tak kuat.
      Ya, sebab jalan nak ke Ipoh, banyak trafik light. Dengan sesaknya lagi, ambil masa 2 jam juga dari Lumut ke Ipoh.

      Padam
  10. Haha faham sangat dugaan IF tu, part fikiran 'jahat' yang menang tu memang paling real! Sekali-sekala layan roti bakar pekena pula dengan telur tiga suku masak kat mamak memang tak boleh nak tolak, nikmat betul. Bab Nescafe tarik tu kita layan je dulu buat pengubat tekak, nanti nak dekat temujanji doktor baru kita 'picit brek' balik air manis tu, hehe.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Syaz, memang nikmat pekena telur tiga suku masak dengan roti bakar. Hehe.. harap-harap tak menjejaskanlah bacaan ujian darah nanti. Huhu...

      Padam
  11. kalau sabtu ahad, duduk asrama je...boleh pula IF tu.. kalau pegi kerja, lepas thumbprint je, terus beli air nescafe panas dekat kafe.. hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha... itu booster tu, Linda. Pekena nescafe panas, baru semangat nak mula kerja, kan.

      Padam
  12. Hahahaha kecundang ekkk..
    mamak ni ada satu aura tau.. kadang kan lalu depannya ajerr, etrus terbayang mee goreng mamak, megi goreng, roti tampal, tosei hahahahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tewas, Sis... huk huk... memang kuat godaan mamak ni.

      Padam
  13. Haha part fikiran 'jahat' yang menang tu memang paling relatable! Bila perut dah berkeroncong, memang hilang terus teori ketosis tu. Nescafe tarik dengan telur 3 suku masak kat kedai mamak memang kombinasi yang tak boleh tolak, pekena pulak sebelum hantar anak balik politeknik, dikira energy booster la tu Nur! 😄

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul sangat cakap SA. Baru semangat nak tempuh perjalanan yang sesak ke Ipoh, gitewww....

      Padam
  14. First time tengok telur 3 suku masak, selalu separuh masak je

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh request dekat mamak sini, tiga suku masak, Mulan.

      Padam
  15. Hahah...ammi selalu ada berfikiran jahat itu. Patutnya IF 16 jam tapi jam ke 14 dah heboh nak makan.

    Mihun yg husband Nur makan tu nampak mcm tebal je, memula ammi ingatkan angel hair goreng

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kann... sabor je la. Hehe...
      Itulah, bihun, cuma jenis tebal dari biasa.

      Padam
  16. Selalu ikut fikiran jahat 🤣🤣 esok2 boleh sambung diet 😌 sama macam beli barang. Pujuk hati, esok2 boleh sambung saving 🫢

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, Faa. Kita memang mudah terpengaruh dengan bisikan syaitonnn....

      Padam
  17. Kaaaak, samalah kitaaa. Akhir2 ini agak susah nak disiplin makan. IF saya masih lakukan, tp begitu makan, macam tak ingat pola 😢. Makanya nak buat disiplin lagi lah nih.

    Kemarin kan saya timbang badan , dah dibawah 50 berat badan. Langsung happy. Tapi mudian, langsung makan Macam2. Ga usah heran kalau nanti naik lagi 😔

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama ya, Fanny. Aduh.. semoga kita kuat untuk jaga pemakanan lepas ini.
      Fanny ringan tu, bawah 50 kg. Tak apa, sebab angkat beban, Insya-Allah, boleh turun dengan cepat. Jangan risau, ya.

      Padam
  18. eehhh... jahat betul Fikiran Jahat tu 😁
    Kita hanya manusia yang mampu merancang... godaan banyak betul hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kann.. huhu... betul, kak. Tak apa, esok hari baru, untuk mula diet semula.

      Padam