Salam Maulidur Rasul

 Cuti umum hari ini, ya. Dari awal pagi, saya boleh dengar bunyi hujan. Syukur Alhamdulillah. Sebab di tempat saya, sudah lama sangat tak hujan. Cuaca pula mendung dan redup sehingga saya taip entri ini. Tidak berkebun saya. 

Tapi sempat join Ustazah Asma' Harun selawat 100 kali, live tadi. 

Ustazah Asma Harun live sempena Maulidur Rasul, selamat 100 kali

Suka pula dengar ceramah ustazah online. Dekat youtube ada banyak. 

Hari ini, Maulidur Rasul, 12 Rabiulawal dalam kalendar hijrah, hari memperingati keputeraan junjungan besar Nabi Muhammad SAW. 

Selain memperbanyakkan selawat, cara elok untuk kita zahirkan rasa cinta kita kepada Nabi Muhammad SAW adalah dengan menghidupkan sunnah Baginda. 

Kita hari-hari selalu sibuk, kan. Tapi sebenarnya, tugas harian kita itu, adalah ibadah dan pahala sunnah yang besar. Niat lah, sebelum buat apa-apa, baca Bismillah... dan kerana Allah. 

Itu sebenarnya cara saya bila malas buat kerja di rumah. Tapi kalau kita niat ibadah, Insya-Allah, jadi rajin, tau, silap-silap, susah pula nak berhenti buat kerja. Contohnya, sebelum nak vakum habuk, baca,"Sahaja aku vakum rumah supaya rumah bersih dan suci, kerana Allah Taala". Macam lawak, kan, sebelum bersihkan rumah pun baca niat. Tapi betul, okay. Cara itu berkesan bagi saya untuk lawan malas. Kalau kome malas buat kerja, boleh cuba. 😁

Apa lagi ya, nak share sempena Maulidur Rasul hari ini? Teringat masa pergi umrah, lalu depan kubah hijau Masjid Nabawi, dalam hati mesti rasa sayu. Kubah hijau ini adalah kawasan yang menempatkan makam Nabi Muhammad SAW, serta dua sahabat baginda iaitu Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar.

Saya depan kubah hijau, Masjid Nabawi, Madinah.
Kenangan manis dan tak dapat dilupakan

Susah nak terangkan perasaan bila lalu depan kubah hijau ini. Semoga dapat sampai lagi satu hari. Rindu rasanya. 🤍

Saya kongsikan 5 sunnah ringkas yang kita boleh amalkan di rumah.

1. Memulakan urusan dengan Bismillah...

Rasulullah SAW ajar kita untuk sentiasa menyebut nama Allah dalam setiap perkara. Sebelum mula kerja, baca "Bismillah..". Bukan saja boleh dapat pahala, malah membawa keberkatan dalam hasil kerja kita.

2. Senyum.

Rasullullah SAW bersabda bahawa senyuman itu adalah sedekah. Tengok pasangan kita, senyum. Tengok anak-anak senyum. Itulah, kadang-kadang kita lupa nak senyum, kan. Tengok muka orang pun kadang naik menyampah. Teruk betul aku ni. 

3. Mengemas dan jaga kebersihan rumah

Baginda SAW sangat mencintai kebersihan dan baginda selalu tolong isteri dalam kerja-kerja di rumah. Rumah yang bersih juga akan menjemput malaikat rahmat masuk dalam rumah.

4. Jaga adab dan sunnah ketika makan bersama

Baca doa makan, guna tangan kanan, ambil makanan yang paling dekat dahulu, habiskan makanan tanpa membazir. Jilat jari selepas makan pun satu sunnah juga.

5. Baca surah Al-Mulk sebelum tidur

Me-time dengan Al-Quran. Amalkan baca surah Al-Mulk. Rasulullah SAW pernah kata, bahawa surah ini menjadi penyelamat dan pelindung dari azab kubur. 

Salam Maulidur Rasul kepada semua pembaca semua. Selamat beristirehat di rumah, sempena cuti umum ini. Suami saya kerja. Tapi saya tak keseorangan, anak sulung ada di rumah. Dia masih cuti akhir semester.

Semoga kehidupan kita sentiasa dipenuhi dengan cahaya sunnah Rasulullah SAW.

Jumpa lagi, ya. 💗

Share:

9 ulasan:

  1. salam maulidurasul cik nur ittewww., aminn

    BalasPadam
  2. Salam Maulidur Rasul...selawat & salam ke atas junjungan mulia, Nabi Muhammad saw..

    BalasPadam
  3. Salam Maulidur Rasul dan thanks perkongsian sunah ringkas tu!

    BalasPadam
  4. Selalu terlupa hendak baca Surah Al-Mulk sebelum tidur huhuhu

    BalasPadam
  5. Salam Maulidur Rasul.
    Ya semalam teringat sunah baca al-Mulk sebelum tidur jadi baca sebelum tidur tapi tidak boleh tidur.
    Hehe tengok siaran langsung beramai-ramai dengan MR dekat Youtube pasal kehidupan Rasulullah sebagai pedagang berjaya sebelum diangkat sebagai Rasul ☺

    BalasPadam
  6. Semalam hujan pagi setelah sekian lamanya panas kering kontang kan. Syukur..
    Thank you sharing amalan sunnah. Kadang2 terlupa nak ucap bismillah dalam setiap perkara yg kita buat

    BalasPadam
  7. Smlm dekat SP pun hujan..Alhamdulillah lama dah x hujan jugak..berkat Maulidur Rasul...Salam Maulidur Rasul...

    BalasPadam