Bermalas-malasan di hari Ahad
Saya ada beberapa draft entries helok tersimpan. Saya publish satu, satu, ya. Walaupun cerita bulan Julai. 🙈
Kebetulan hari ini sama dengan hari draft post ini, iaitu hari Ahad. Cerita pada 26 Julai yang lepas.
![]() |
| Nasi berlauk ayam gulai |
Ini sarapan saya. Suami saya bungkuskan nasi berlauk di atas di Restoran Selero Kito, Teluk Muroh. Sedapnya macam gini 👍👍
Hari Ahad, dapur rumah tutup. Hari untuk berlunjur depan TV, berehat, baca surat khabar.
![]() |
| Mingguan Malaysia dengan sisipan Pancaindera. |
Ini pembawaan dari arwah mama saya. Hari Ahad saja, beli surat khabar, baca gosip artis, katanya. 🤭
Memang syok, macam 'Mem besar', baca surat khabar depan TV, selesa duduk di sofa, bersama secawan kopi, bungkus dari Zus.
Memang tidak buat kerjalah ya, hari Ahad. Siram pokok pun tidak. Hehe..
Waktu petang lepas Asar pula, kami pergi pasar malam, jalan-jalan tengok orang, tengok makanan apa menarik, nak dibuat makan malam.
![]() |
| Suami beli nasi kerabu ikan goreng |
Nasi kerabu Cik Sue ini dikatakan ada di setiap pasar malam beberapa lokasi di Manjung, dan sentiasa ramai orang beratur. Ada potongan limau nipis, diberi sama. Ada lebih kurang rasa segar makan nasi kerabu ini bila sudah perah limau nipis.
![]() |
| Saya makan nasi ayam gepuk |
Atau nasi ayam geprek ke? Entah, saya pun dah lupa, sebab saya cuma upload gambar saja dalam draft entri. Lupa tulis nama hidangan dan harga. Tapi saya ingat sambal dia tu. Saya tengok, kenapa lain macam? Rupanya yang bahagian atas itu, yang kacang gajus ditumbuk, diletak di atas sambal. Kalau cicah tauhu sampai ke bawah bekas sambal kecil itu, memang rasalah kepedasannya. Kicap diberi dalam sachet, saya koyakkan dan tuang atas nasi. Memang pedas, tapi sedap. 😋
Alhamdulillah, rezeki dapat makan sedap-sedap dan boleh beristirehat di hujung minggu.
Harap hujung minggu anda semua indah-indah belaka..
Jumpa lagi, ya. 💗




Hehe sama tengah bermalasan sekarang. Semalam lagi me time tengok perlawanan badminyon di tv.
BalasPadamSamalah beli Mingguan Malaysia tapi sekarang susah hendak beli.
Rasanya Nur beli itu nasi geprek.
Lama tak beli suratkhabar. Dulu hari Ahad ayah beli la suratkhabar kat pekan sari ada kedai jual.
BalasPadam