Berita gembira dan nasi goreng petai
Cerita pada hari Rabu, 5 Ogos 2026 yang lepas.
Saya check laman web Majlis Agama Islam Perak (MAIP), permohonan bantuan one-off untuk budak Sulaiman diluluskan. Alhamdulillah, syukur. 🤲 Bolehlah Sulaiman guna buat belanja harian dia di poli.
Gembira untuk Sulaiman. Terus pergi briskwalk di padang, seperti biasa.
![]() |
| Jalan pagi selama 56 minit, dengan jarak 4.54 kilometer. |
Langit cepat cerah dan cuaca jadi panas. Saya biasa jalan sampai cukup 7 ribu langkah saja.
Balik rumah, saya siram pokok.
Kemudian, masuk dapur, masak. Suami saya pergi servis kereta di bengkel. Jom tengok saya masak apa pada hari tersebut.
![]() |
| Sayur campur dengan cendawan. |
Ada carrot, tomato dan kacang panjang, dengan cendawan tiram. Mesti ada lauk sayur. Kalau tak masak sayur, potong timun pun sudah okay, atau petik ulam raja dekat kebun.
![]() |
| Nasi goreng petai |




Tiada ulasan:
Catat Ulasan