Spagetti goreng pedas
Pada 29 Disember 2025 yang lepas, saya masak spagetti goreng.
![]() |
| Rupa macam mi goreng |
Letak udang juga. Ada letak sambal korek sikit, saya simpan dalam peti ais. Sambal korek yang Fanny bagi. Kicap pula saya guna kicap manis pedas. Masa menumis, saya tumis bawang ditumbuk dengan cili api pula. Hasilnya, spagetti paling pedas saya pernah masak. Berasap, kome!
Sulaiman yang paling tahan pedas itu pun turut mengakuinya. Awat mama masak pedas sangat, spaggeti ini? Haha... tak sengaja, anakku. Lepas makan spagetti, saya kena makan roti bakar cheese bagi hilang pedas.
Esoknya, saya repair semula. Saya tumis bawang merah sikit, tambah sos tomato sikit, kurang sikit pedasnya. Baru habis spagetti ini.
Sekian. Jumpa lagi, ye. 💗


















































