Cerita berkebun pada 29 Disember 2025 yang lepas.
Saya cabut rumput dalam pasu bunga, siram pokok, dan letak baja. Biasanya, saya keluar dalam pukul 7 pagi, dan habis dalam pukul 9 lebih. Memang lama juga duduk luar, tapi bergantung pada keadaan cuaca. Kalau panas, lebih awal saya masuk rumah.
![]() |
| Siput babi |
![]() |
| Silver-striped hawk-moth. |
Moth ini dalam bahasa Malaysia, apa, ya? Saya pun tak tahu. Jom kita google
Moth (Rama-rama): Nokturnal (aktif malam), warna pudar (coklat/kelabu), sesungut berbulu dan sayap kembang ketika rehat.
Butterfly (Kupu-kupu): Diurnal (aktif siang), warna cerah dan cantik, sesungut lurus (berhujung belantan), dan sayap terlipat tegak ketika rehat.
Ha, ok, baru tahu.
![]() |
| Moth yang sama, pada pokok lidah jin |
Mengikut google juga, sesetengah moth adalah perosak tanaman, terutama semasa ia di peringkat larva. Saya perhatikan, tiada kesan gigitan pada daun lidah jin atau ada orang panggil pokok lidah mak mentua. Jadi, saya pun biarkan saja serangga moth di situ.
![]() |
| Bunga ros merah. |
![]() |
| Ada dua kuntum lagi di lain pokok. |
Saya pernah kongsi cara saya jaga pokok ros saya di entri ini 👉 Tips jaga pokok ros.
Alhamdulillah. Di tahun baru ini, rutin saya berubah sikit. Itu pun saya mula lambat 2-3 hari. Nantilah saya cerita di entri akan datang. Saya cuba untuk konsisten keluar jalan pagi. Oleh itu, bila balik jalan pagi, barulah saya tengok pokok di kebun kecil saya.
Sekian perkongsian.
Jumpa lagi, ye. 💗






Siput babi ni emmm memang teruk punya haiwan kadang habis pokok daun muda di makannya. Kasi campak dia dalam longkang
ReplyDeleteBetul, kak. Siput babi suka makan daun pokok, terutama kalau sayur. Saya campak rumah sebelah, sebab rumah kosong. Hehe...
DeleteWah aktiviti baru di tahun baru ke. Chaiyok chaiyok
ReplyDeleteAktiviti lama, briskwalk je, kak. Cuma cuba untuk konsisten. Mekasih, kak. 🤗
Deletecantiknya rose kuning.
ReplyDeleteoo baru tahu pasal moth . perosak tanaman juga rupanya. mungkin ikut jenis pokok kot
Ya, Lydia, ros kuning memang cantik. Tak jemu mandang.
DeleteBetul juga. Saya baca, moth suka bertelur di pokok yang berdaun lembut seperti sayur.
Cantik bunga ros tu..=)
ReplyDeleteKannn... 🥰
DeleteCantik lawa bunga² tu macam tuannya. Siput babi ni perosak tanaman, kalau campak jauh² tu agak² 2 - 3 hari karang dia datang balik, camno? Cuba Nur tanda badan dia, nak tengok dia datang balik ke tak? Hihi.
ReplyDeleteTerima kasih, Nur. Kita dah terima bingkisan dari Nur. Cantik sangat tudung tu, simbolik pemberinya yg sukakan bunga.
😊 mekacih, malu saya. SK pun cantik juga.
DeleteSaya campak rumah sebelah yang kosong. Ada tembok tinggi, jadi harap siput babi tak larat la nak panjat. Hehe..
Alhamdulillah, selamat sampai. Sama-sama, SK. 🥰
Cantik gambar-gambar Nur ambil. Hehe geli kalau pegang siput babi.
ReplyDeleteMekasih, NA.
DeleteSaya pakai glove berkebun. Pegang di cengkerangnya, NA.
Tak bleh tahan la tengok bunga ros tu..dah la fav SA plak tu...
ReplyDeleteHehe.. nanti beli la kalau jumpa, SA.
Deletesiput babi ni boleh rosakkan tanaman. elokla dibuang jauh2.
ReplyDeletecantiknya warna kedua2 rose ni!
Betul, Mazni.
DeleteMemang cantik bunga ros, tak jemu kita memandangnya.
Waktu itu di Penang saya ke museum serangga di sana. Memang banyak sangat informasi ttg moth dan butterfly. Cantik2 semuanyaaaa. Baru tahu pun mereka berbeda. Sebab selama ini semua saya panggil kupu2 🤣🤣
ReplyDelete