Tips jaga pokok ros - Secawan Kopi, Sekebun Cerita

Friday, July 18, 2025

Tips jaga pokok ros

 Tarikh: Selasa, 1 Julai 2025


Ada hari, saya sedikit sibuk di waktu pagi. Kalau suami ada di rumah, dia lah yang tolong siram pokok bunga. Kalau saya tak sempat tengok pokok waktu pagi, biasanya saya akan luangkan sedikit masa waktu petang, untuk tengok-tengok tanaman. 

Berikut saya kongsikan bunga yang sedang kembang pada petang hari itu.


Bunga ros kuning yang sedang kembang
Ros kuning

Rasa tenang di hati bila tengok bunga. Saya suka bunga. 😍


Bunga ros pink yang sedang kembang
Ros merah jambu

Ini pokok ros yang saya baru beli dari nursery pokok bunga. Bunganya, lain sedikit, dari ros biasa. Cuba perhatikan di tengah-tengah bunga, ada benang sari (antera), iaitu struktur halus seperti berumbai di tengah, tempat penghasilan debunga. Saya refer chatGPT, sebab saya sendiri tak tahu apa benda di tengah bunga ros ni. Sebab pelik, pertama kali tengok. Selalu kan, bunga ros, yang biasa kita nampak, seperti gambar ros kuning di atas. 


Pokok bunga ros
Pokok bunga ros pink

Ini pokoknya. Sudah tinggi dan mengembang.


Pokok ros merah
Ros merah

Ini pokok ros paling awal saya pernah tanam. Transfer dari luar pagar, ke dalam pasu dalam halaman rumah. Alhamdulillah, hidup dan berbunga dia.


🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹


Saya bukanlah pakar dalam bidang tanaman ni. Masih lagi belajar. Dulu, saya pernah rasa hampa, bila beli anak pokok ros, balik rumah, pindahkan ke pasu lebih besar, tapi tak lama lepas tu, pokok mati. Tapi sekarang ni, ok dah. Alhamdulillah, hidup. Mahal juga pokok ros ni, bergantung kepada saiznya. Saya beli, kebanyakan harga RM20 ke atas untuk anak pokok. Kalau bougainvillea, murah, RM8 boleh dapat. 

Di sini, saya nak kongsikan sikit tips, dari pengalaman saya sendiri, macamana nak bagi pokok ros kita hidup subur. 


Cahaya matahari:

Pokok bunga ros perlukan cahaya matahari yang mencukupi. Sekurang-kurangnya, enam jam sehari. Jadi, tak boleh letak pokok ini di tempat redup atau bawah bumbung. Saya letak di tempat terbuka di halaman rumah. Ada yang dapat cahaya matahari waktu pagi. Ada juga waktu petang. 


Tanah:

Guna tanah yang subur dan ada saliran yang baik, untuk elak air bertakung, kerana ia boleh menyebabkan akar pokok membusuk. Biasanya, bila beli anak pokok dalam pasu kecil atau polibeg, dan pindahkan ke pasu lebih besar, kena top-up tanah lebih, kan? Saya beli tanah 6 in 1, di nursery pokok bunga. Tak perlu nak campur-campur tanah sendiri. Sudah siap dijual tanah untuk bercucuk-tanam, guna saja la. 


Tanah 6 in 1, All Purpose Organic Potting Mix
All-Purpose Organic Potting Mix

Sesuai untuk tanam semula dan kegunaan am menanam pokok. 6 in 1 itu, adalah campuran tanah seperti berikut:

🌼Humus (bahan organik yang telah terurai, seperti daun, akar dan batang tumbuhan, yang membusuk dalam tanah) Ia adalah hasil pereputan bahan organik oleh mikroorganisma dan cuaca. Kaya dengan nutrien dan membantu tanah menyimpan air.

🌼River sand (pasir sungai). Pasir yang diambil dari dasar atau tebing sungai. Terbentuk secara semulajadi melalui proses hakisan batu dan mineral. Teksture halus dan licin berbanding jenis pasir lain.

🌼Burnt earth - hasil bakar tanah. Yang ini, arwah mak mentua saya selalu buat. Dekat kampung, tak ada lori datang pick-up sampah di rumah. Jadi, sampah domestik hasil dapur, dibakar sampai hitam, hancur, dan jadi abu. Lepas tu, mak mentua akan ceduk guna penyangkul dan letak di tanaman sayuran. Hidup subur semua sayur. 

🌼Burnt rice husk - sekam padi yang dibakar.

🌼Charcoal powder (serbuk arang). Serbuk hitam halus yang terhasil dari bahan organik seperti kayu, bamboo atau bahan lain yang dipanaskan pada suhu tinggi. Proses ini menciptakan arang dengan banyak pori-pori kecil yang membuatnya sangat efektif dalam menyerap pelbagai zat, termasuk racun dan kotoran.

🌼Coco peat (sabut kelapa hancur). Medium tanaman yang diperbuat daripada serat kelapa. Satu alternatif yang popular untuk tanah dalam penanaman sayur-sayuran dan tanaman lain.   


Gabungan 6 bahan di atas sudah cukup lengkap bagi saya, sebab kebanyakan pokok, saya tanam dalam pasu. Kalau jumpa tanah 6 dalam 1 begini, beli je la, kalau nak bercucuk tanam. 


Penyiraman:

Siram pokok setiap hari. Tengok la. Macam kawasan saya, kurang hujan. Kalau cuaca panas, pastikan tanah sentiasa lembap.


Baja:

Gunakan baja organik atau baja bunga. Dekat nursery pokok bunga, ada jual. Dekat pasaraya pun ada, saya pernah nampak. Baja untuk pokok bunga. Berapa kerap membaja, ikut arahan pada jenis baja bunga yang kita gunakan. Baca arahan pada pek pembungkusan baja, ye. 

Saya sendiri malas letak baja. Saya siram dengan air basuhan beras, ok. Keluar juga bunga.


Pemangkasan:

Dahan yang mati, atau terlalu lebat, perlu di-trim. Ini menggalakkan pertumbuhan baru. Bunga yang dah tukar warna kecoklatan pun, saya trim buang.


Perlindungan dari perosak:

Kena belek pokok, seminggu sekali. Tengok kot ada hama putih tu ke. Saya tak suka guna racun. Jadi, bila ada hama putih tu, saya cantas je dahan yang ada serangga perosak tu, dan buang.


Itu aje lah, yang saya rasa, perlu diambil kira jika berminat untuk tanam atau bela pokok ros. Lawa dan cantik bunga ros. Bau pun harum bila dicium. 

Harap sedikit ilmu yang saya kongsi ini, dapat memberi manfaat jika anda berminat untuk bela pokok ros. 


Ok. Jumpa lagi, ye. 💗

44 comments:

  1. Cantiknya ros bila dah kembang. Tapi tu la tak minat menanam bunga. Hihi. Suka tengok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cie kerja, jadi masa pun kurang. Saya faham.
      Sama, suka juga tengok bunga ros macam-macam warna ni. Terapi, orang kata.

      Delete
  2. Dulu saya gila bunga ros. Macam-macam warna dibeli. Sampai rumah, dua tinga minggu mati...hukhukhuk!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. biasa tu, kak. Saya dulu pun camtu. Tapi cantik kan, bunga ros ni.

      Delete
  3. Banyak info yg Nur share ni, kira pandailah jaga pokok ros ni. Sy pun nak pruning dan semai semula pokok ros sy tapi skrg kemarau. Risau pulak tak hidup nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nak lebih confident, boleh buat, PH, tapi beli dulu penggalak akar di shopee. Insya-Allah.

      Delete
  4. puas hati nya kak dapat tengok hasil tanam sendiri...bila tengok cantik macam ni makin semangat nak tambah warna lain lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, Afzan, memang suka tengok hasil penat kita bercucuk-tanam, menjadi keluar bunga. Itu la, tak sempat nak pi nursery pokok bunga lagi. Ingat nak tambah juga. Hehe...

      Delete
  5. Bunganya cantik sekali
    Warnanya menarik
    Wah saya juga pengen menanamnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, Encik.
      Satu terapi, bercucuk-tanam ni. Boleh cuba.

      Delete
  6. Bunga ros nya cantik-cantik Mbak. Ternyata ro kuning itu cantik juga, karena seringnya saya lihat ros merah disini.
    Selamat menjaga terus pohon bunga ros nya Mbak.

    Salam,

    ReplyDelete
  7. thank you share info! banyak cekadak juga utk jaga pokok bunga ni kan supaya mekar elok
    yg penting cantik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe... iya, Mazni. Kena keluar sedikit modal, untuk beli tanah sesuai.

      Delete
  8. Cantiknya ros kuning tu, kembang hati bila tengok ros berbunga mekar. Sy pernah, beli pokok ros, tapi akhirnya mati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pokok ros cerewet sikit, penjagaannya, SK. Kena letak tempat sesuai, dan siram selalu. Kalau pokok bunga kertas atau bougainvillea, lasak sikit.

      Delete
  9. wahhh ...bagus tips ni...Taufik pun hanya tanam Serai, pokok kari dgn Daun Kesum je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok tu, Encik Taufik, boleh ambil saja, kalau perlu nak masak, kan.

      Delete
  10. Uncle ros-ros ni kurang arif.... Tapi sirap ros arif la.... hhehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. sirap ros ada gula dan pewarna, uncle. Tak boleh, tak boleh. 😁

      Delete
  11. Banyak pengetahuan baru saya dapat. Tq.
    Kat rumah ini lebih pada tanam tumbuhan untuk masakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama, NA.
      Bagus tu. Jadi kalau perlu, boleh petik je, kan. 👍

      Delete
  12. cantik... tapi MA memang x boleh la tanam bunga ros ni...dpt bouquet..ok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. nice, kalau dapat a bouquet of roses. 😍

      Delete
  13. Suka tenguk bunga ros berkembang tapi nak membela dia ya ampun susah banget.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak susah la, kak Notie. Kena rajin je. 😊

      Delete
  14. Nak sangat ada pokok Ros tapi tak sempat nak beli lagi. Cantiknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la, ros memang cantik. Sila la beli, Mulan. 😊

      Delete
  15. Bunga ros ni kalau mekar, harum dia wangi betul. Tapi betullah tu kak tot, cuaca sekarang yang panas membahang ni bukan saja pohon bunga je kena sentiasa siram, pohon lain pun habis mengering juga tanah...kesian rasa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, SS. Kalau malas siram semua, tengok mana pasu yang tanah kering, kita siram yang itu saja. Kalau biar, memang mati pokok.

      Delete
  16. Saya tak pernah tanam pokok ros. Kurang ilmu pasal pokok ni. Teringin jugak nak tanam bila tengok bunga mekar macam ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila la, BK. Cantik, tau, berseri dan ceria rumah, ada pokok ros kembang.

      Delete
  17. SA pernah tanam masa baru balik dari honeymoon 2023, semua matiiiiiiiii.....sedeyh...terus x tanam apa dah...hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala, cian dia. Takpe, boleh cuba lagi, SA, kalau berminat.

      Delete
  18. Paling suka dengan ros kuning di atas 😍😍😍😍. Ihhhh cantiiiiik. Dulu mama saya yg pelihara ros. Ditanam di halaman depan rumah. Memang cantik kalo berbunga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti kalau Fanny balik ke rumah mama Fanny, ambillah gambar tanaman mama dan share di blog ya, Fanny. Mesti cantik. 🥰

      Delete
  19. Cantiknya semua roses terutamanya ros kuning tuh. Suka tengok. Sejuk mata memandang. Nampaknya KSarie boleh cuba tanam ros di kampung. Dekat apartment ni memang semua pokok duduk bawah bumbung

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, KSarie duduk rumah apartment. Boleh cuba tanam, mungkin letak di balkoni.

      Delete
  20. benih bunga matahari yg nur bagi tu ammi tanam dah...tapiiiiiiiii hmmmm dia gagal untuk survive.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takde rejeki la tu. Saya pun selalu terjadi macam tu. Kadang kita tanam biji bunga matahari, boleh keluar tunas pokok. Kadang, takde apa terjadi.

      Delete
  21. Suka tgk.. dan kadang2 beli juga letak dalam rumah.. tapi nak menanam nya tak pandai.. pokok tumbuh subur tapi takde bunga huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh beli baja bunga, Encik. Letak jauh dari batang pokok. Insya-Allah, keluar bunga.

      Delete
  22. Kak Nur boleh dengan Kak Dana suka bunga ros. Dapat bunga rose yang rare ni cantik kan. Bunga kalau cukup makanan dia matahari, baja dan tanah yang bagus, baguslah dia tumbuh elok. Dari minat ni lah kita dapat belajar serba sedikit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, Fizah. Akak dulu pun tak reti juga menanam. Sikit-sikit belajar dari kesilapan.

      Delete