Ahad, 4 Januari 2026

Pekena Nasi Beriani Gam

 Assalamualaikum, semua...

Semoga teman bloggers semua sihat-sihat sokmo dan ceria selalu.

Cerita tahun lepas belum habis lagi kome, padahal udah masuk tahun baru 2026. Apa kes ini... hehe.. saya tulis jugalah ya. Sebagai kenangan. 

Pada 26 Disember 2025 yang lepas, saya dan suami pergi makan tengahari di Restoran Beriani Gam Batu Pahat cawangan Manjung, Perak. Sudah lama tak pekena nasi beriani. Jom kita...

Nasi beriani daging
Nasi beriani daging

Kami dua-dua pesan nasi beriani daging. Nasinya membukit. Punoh diet. Daging tersembunyi di bawah nasi beriani.

Kuah dhal
Kuah dhal


Acar timun bawang dan papadom
Acar timun bawang

Acar dan kuah dhal satu set dengan nasi. Suami add-on papadom sepaket.

Set nasi beriani daging harga RM15

Mahal ke idok? Pada pendapat saya, berpatutanlah dengan nasinya yang membukit, dan lauk dagingnya yang lembut. Alhamdulillah. Lepas makan nasi beriani, rasa gendut sudah. Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati.


Oklah. Selamat beristirehat di hujung minggu.
Jumpa lagi, ye. 💗

26 ulasan:

  1. Harga murah.
    Hehe macam makan di kenduri kahwin.
    Baguslah daging lembut.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ha ah, NA, macam nasi kenduri. Alhamdulillah, rasa dimasak lama daging tu, terlerai dengan mudah dan orang tua pun boleh makan.

      Padam
  2. Tak payahlah pergi BP, kat sana pun ada rupanya. Samalah harganya kat BP sini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wah, sama harga rupanya. Baguslah begitu. Harga standard.

      Padam
  3. Kalau memang puas hati, tak terasa bab harganya tu kan. Hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye, Ujie. Alhamdulillah. Memang puas hati. 😋

      Padam
  4. Sedapnya nasi beriani. Alaa cheat day je Nur, lepas tu diet balik 😄😄

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye ye, Mulan, baiklah. (tengok-tengok cheat day everyday) 🙈

      Padam
  5. Sama la Cie pun cerita tahun lepas masih berderet schedule untuk hari2 mendatang. Takkan nak cerita sekaligus sehari kan. Jadi masuk tahun baru masih ada cerita tahun lepas.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu la, takpe la Cie, kita cerita satu satu, sampai habis, ikut kronologi. Hehe...

      Padam
  6. Tak payah pegi batu pahat... manjung pun ada..!

    BalasPadam
  7. Yg sos merah tu apa, Tot? Okey tu harganya berpatutan dengan portion dan tentu sedap kalau tengok pada rupanya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sambal, SK. Memang sedap, cukup rasa segala, daging, nasi. Terbaik!

      Padam
  8. wah cawangan dia pun sampai Manjung. Kat putrajaya pun ada depan hospital serang. Tapi dah berkurun tak pi situ makan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh ye ke, kak. Banyak juga la cawangannya gitu. Baguslah.

      Padam
  9. Nasi beriani BP ni memang terkenal sungguh kan. Harga mampu milik dengan kuantiti macam tuh. Bila makanan ada rasa ni memang kita rasa gembira je kan makan. Kisah 2025 KSarie pun berjujuk tidak tercerita lagi😅

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, KSarie. Memang tersohor nasi beriani gam BP ni.
      Haha.. sama kita. Takpe. Ambil masa untuk publish satu satu.

      Padam
  10. Murah harga tu...portion pun besar tu..kalau SA sure x habis..masalah SA kalau makan nasi2 berperisa ni..cepat pening kepala...

    BalasPadam
  11. sedapnya beriani gam. sedap kalau makan dgn lauk kambing!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu la. Lain kali kot pergi lagi, akak nak try kambing pula.

      Padam
  12. Masih okelaah kak harganya. Langsung teringat di Singapore kemarin, saya pesan nasi biryani, harganya SGD22 🤣🤣🤣🤣. Itulah nasi biryani termahal yg saya makan 😅😅.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masya-Allah, harga kayangan tu, Fanny. Kalau tukar ke RM, 69.60. Wahh! Mesti portionnya besar dan haruslah sedap, atau guna rempah mahal.

      Padam
  13. Diet memang tewas la bila jumpa nasi membukit macam ni 😂

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang, Nurul. Tenggelam diet dilaut dalam, gitew. 😂

      Padam