Assalamualaikum semua...
Pada 27 Disember 2025 yang lalu, Siti telah kembali ke rumah.
Siti mana la pula ni kan...
***
****
*****
Si Tikus!
![]() |
| Selamat, terperangkap di dalam perangkap tikus. |
Sebenarnya, cencurut. Sebab muncungnya panjang. Sudah seminggu dengar bunyi menatang ini di bahagian belakang rumah. Itu yang suami pasang perangkap. Guna umpan tulang ayam goreng.
![]() |
| Gambar dekat sikit, si cencurut. |
Gemuknya. Kita risau kalau biar menatang ini lama-lama. Takut pemakan dia, yang pak panjang menyusur itu datang. Sebab pernah terjadi dulu. Hui.. simpang malaikat 44!
![]() |
| Aktif dia, cuba keluarkan diri |
Kome geli tak dengan menatang cencurut ini? Bahaya, membawa penyakit, air kencingnya. Padahal di belakang rumah sudah banyak barang saya sudah clearkan. Masih ada sikit barang yang tidak boleh dikeluarkan, sebab bukan barang kita. Itulah, rumah peninggalan orang tua. Cukup masa, kita keluar, kakak saya pula akan masuk.
Sudah selamat ke alam seterusnya cencurut ini. Suami lemaskan ia dalam baldi. Sudah ditanam sejurus selepas itu.
Sekian perkongsian.
Jumpa lagi ya. 💗



Muncung betul ek orangnya. Mintak² tak ada lagi keturunannya datang balik tu, kita memang meremang la bab Siti Siti ni, Nur.
ReplyDeleteSama la kita. Hee.. harap tak jumpa dah menatang ni.
DeleteIni yg tk syok ada benda ni kat rumah.
ReplyDeleteElok la pasang perangkap, risau melarat
Kann...
DeleteCecurut ni memang salah satu haiwan paling menyakitkan hati. Dah la boleh bawa penyakit, kadang suka berak merata, dan boleh merosakkan pula.
ReplyDeleteDah tiga kali motor saya rosak sebab kabel digigit si ni. Mujurlah kali ni dapat ditangkap, kak.
Betul, betul!
DeleteMemang makhluk perosak ini. Suka gigit barang-barang di luar rumah, kan.
Alamak...I dont like them...=)
ReplyDeleteMe too..
DeleteCencurut ni badan dia lembik. Pintu rumah yang kecil pun dia boleh loloskan badan. Cik Ti dengan cen ni memang buat sakit hati je. Pendendam pulak tu. Kalau kita marah kat dia eh tau pulak barang orang yang marah dia tu di rosakkan. Pernah berlaku tudung kesayangan akak di gigit2nya sebab kita perambat dia. Geram sampai sekarang. hehehe
ReplyDeleteBetul kak, dia boleh masuk bawah pintu. Bapakk, habis tudung dikerjakannya.
DeleteSayapun pening ada tikus masuk dapur basah. Itulah ada bahagian berlubang bahaguan atas untuk pengudaraan. Dapur bahagian luar. Tikus ini bijak letak racun, ia tidak makan.
ReplyDeleteItulah ujiannya dapur rumah bahagian luar ni ya, NA. Pandainya tikus, tak makan racun.
DeleteRumah sy pernah diserang tikus. Cukuplah sekali pengalaman buruk tu :(
ReplyDeleteAlamak, seramnya! Semoga tidak berlaku lagi ya, PH.
DeleteSpesies macam ni kadang-kadang buat pening kepala hendak menguruskannya lagi-lagi kalau tak dapat menangkapnya. Geram betul. Semoga siti dan cik cen semakin berkurangan dan terhapus terus dari kawasan rumah Tot
ReplyDelete