Assalamualaikum, semua...
Pagi tadi, saya sempat berkebun sekejap, sebelum keluar ke pejabat pos untuk pos barang lagi.
![]() |
| Hari ni, pos dua bungkusan. |
Ok la, cerita kami keluar sarapan pada 25 Disember 2025. Cuti umum Hari Natal. Cerita tahun lepas. 😁
Keluar sarapan dengan suami dan Amirul, yang pada hari tersebut, belum balik ke Dungun lagi.
![]() |
| Banner dalam kedai |
Nama kedai kami pergi sarapan adalah Warung Roti Canai Adik Terbang. Nama lama kedai ini adalah Warung Abang Mad Roti Canai. Tapi sudah tukar nama baru. Kedai ini pernah viral, sebab ada adik kecil tebar roti canai lambung-lambung dan berputar-putar. Bukan adik tu, tapi roti canai yang dia tengah uli tu la, yang pusing-pusing macam gasing.
![]() |
| Papan tanda di luar |
Saya ambil gambar papan tanda dan langit. Ada pakcik busker sedang main gitar sambil menyanyi di rumah yang ada papan tanda itu.
Walaupun kami pergi Warung Roti Canai, tapi kami tak pesan roti canai. Hik hik...
![]() |
| Pesanan Amirul dan saya |
Amirul pesan nasi lemak telur mata. Saya pula pesan nasi lemak biasa bersama kari kambing.
![]() |
| Close-up nasi lemak biasa kari kambing. |
Saya begitu fokus makan nasi lemak dengan kari kambing. Tak tengok kiri kanan dah. Sampaikan pesanan suami sampai pun saya lupa ambil gambar. Suami pesan mi kari. Sedap, mi karinya, suami cakap. Alhamdulillah, semua hidangan sedap belaka.
Lepas sarapan, alang-alang kami berada di Kampung Permatang, pergi jalan-jalan tengok laut di Kg Permatang Laut, dekat kuil cina.
![]() |
| Amirul cakap panas-panas pun nak selfie. |
Dia tak boleh buka mata, silau. Saja ja, lepas makan, briskwalk sekejap di situ, sambil ambil vitamin pagi hari.
Sekian perkongsian. Hari ini hari Sabtu, kome. Pergi jalan-jalan ke, lepak di rumah?
Baiklah. Jumpa lagi, ya. 💗






Nampak sedapnyer curri cumbing tu
ReplyDeleteDari Tronoh, balik sungai samak pula..esok balik Selayang pula
ReplyDeleteLamanya tak guna khidmat pos laju ni selepas banyak kurier lain ada.
ReplyDeleteBaru nak tanya kenapa nama adik terbang tu... hehehe
ReplyDeleteSedap betul makanan tu ye Nur, tak toleh kiri kanan dah tu 🤭
ReplyDeleteAlhamdulillah parcel sy dah sampai. Tqsm Nur. Mewah dan berkat sokmo rezeki utk Nur sekeluarga 🤲🏻