Wednesday, January 7, 2026

Spagetti goreng pedas

 Pada 29 Disember 2025 yang lepas, saya masak spagetti goreng.

Spagetti goreng pedas
Rupa macam mi goreng

Letak udang juga. Ada letak sambal korek sikit, saya simpan dalam peti ais. Sambal korek yang Fanny bagi. Kicap pula saya guna kicap manis pedas. Masa menumis, saya tumis bawang ditumbuk dengan cili api pula. Hasilnya, spagetti paling pedas saya pernah masak. Berasap, kome!

Sulaiman yang paling tahan pedas itu pun turut mengakuinya. Awat mama masak pedas sangat, spaggeti ini? Haha... tak sengaja, anakku. Lepas makan spagetti, saya kena makan roti bakar cheese bagi hilang pedas.

Esoknya, saya repair semula. Saya tumis bawang merah sikit, tambah sos tomato sikit, kurang sikit pedasnya. Baru habis spagetti ini. 

Sekian. Jumpa lagi, ye. 💗

15 comments:

  1. Takleh bayang pedasnya. Sampai berasap tk telinga? Hehe

    ReplyDelete
  2. Adehhh potong selera kalau pedas ni. Nasib boleh repair semula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la. Nasib baik masih ada sos tomato yang belum expired di rumah.

      Delete
  3. terus jadi rupa mee goreng kak nur! nasib baiklah boleh adjust balik rasa pedas tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. itulah. Padahal guna spagetti, bukan mi kuning. Alhamdulillah, habis juga, setelah di-adjust tahap kepedasannya, Mazni.

      Delete
  4. kalo pedas sgt payah nk abis tp kalo mmg suka pedas pasti abis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Tapi ini memang pedas melampau, itu yang terpaksa adjust balik.

      Delete
  5. Spagetti yang dah menyerupai mi...ok juga tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rupa je sama. Bila makan, rasa spagetti juga, Encik.

      Delete
  6. Kalau pedas sangat, confirm saya akan sukaaaa 🤣😍😍😍😍😍. Ntahlah kak, lidah saya nih Krn dilatih makan pedas dari usia kecil oleh mama, JD sampai skr memang susah makan kalau tak pedas berapi 🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fanny seorang pempedas ya. Hehe.. Aduh, kalau kakak, mahu kena sembelit kalau level pedas berapi.

      Delete
  7. Ini makanan barat yang di timurkan... Fusion gitu... hehehe

    ReplyDelete
  8. Semua bahan ada unsur pedas Nur letak.
    Saya suka pedas tapi itulah untuk saya seorang, orang lain mesti tidak makan.

    ReplyDelete