Tuesday, January 6, 2026

Sulaiman kerja

 Assalamualaikum, semua..

Harap anda semua dalam keadaan sihat sejahtera dan ceria selalu.

Cerita pada 27 Disember 2025 yang lepas. 

Buat pertama kali dalam hidup anak bongsu saya, dia keluar bekerja. Ada seorang kawan Sulaiman ini, selalu ajak dia jadi krew catering di majlis orang kahwin. Walaupun kenduri biasanya di hujung minggu, tapi waktu itu, dia masih sekolah, belum habis SPM, jadi dia pun malas nak join. 

Lepas habis SPM, barulah dia join sekali. Masa Sulaiman cakap yang dia nak keluar bekerja, suami saya cakap, dia rasa terharu, sebab anak sudah pandai nak cari duit. Dua orang abang Sulaiman iaitu Amirul dan Hafizan tak pernah nak keluar bekerja.

Seawal jam 8 pagi, Sulaiman sudah bersiap dan keluar rumah.

Tugasan seorang krew catering
Tugasan lap pinggan.

Ini antara kerja Sulaiman. Lap pinggan segala, susun atas meja. Kena angkat-angkat barang catering dari lori ke kenduri, juga kena ceduk lauk refill, antara tugasan lain yang Sulaiman perlu buat pada hari itu. 

Seharian juga Sulaiman bekerja. Lebih kurang pukul 5 petang, barulah Sulaiman balik rumah. Lepas mandi, saya suruh dia berehat. Saya tanya, berapa upah Sulaiman dapat, bekerja satu hari? RM70, dia kata. Alhamdulillah. 

Doorgift dari tuan majlis kenduri
Doorgift dari tuan majlis kenduri

Malam itu, awal Sulaiman tidur, lepas makan malam, sudah dengar dia berdengkur dalam bilik. Kesiannya, anak aku penat kerja.

Tapi kan, sejak hari itu, dia takde dah minta duit dari saya bila nak keluar. Selalunya bila dia nak keluar naik motor lepak mamak ke, dia akan tercegat depan saya, tersengih-sengih, lepas tu saya akan bertanya, nak duit minyak ke? Dia akan jawap nak 5 ringgit.

Tapi sekarang, bila dia nak keluar, saya tanya nak duit tak, dia kata, takpe. Huk huk.. pandainya budak yinni... sudah besar dia.

Kerja dia one day basis. Kalau nak, dia pergi. Bukan full time pun. Macam last week, dia tak pergi, sebab ada program menyongket lain pula dia. Dia kata, ada kawan dia ajak buat kerja house keeping pula di hotel. Kata, mula tahun baru. Tapi sudah masuk tahun baru ini, tak kerja pula. Agaknya, dia serik kerja seharian hari itu kot. Takpelah. Saya pun tak paksa dia. Kalau dia nak, pandailah dia cari lubang-lubang kerja sendiri. 

Oklah. Jumpa lagi. 💗

29 comments:

  1. Bagus dia cari kerja sendiri. Harap dapat pengalaman berguna. Insya Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mudah-mudahan, Insya-Allah. Pengalaman tu yang berharga, kan NA.

      Delete
  2. Waaa dah besar... Alhamdulillah RM70 sekali upah.. okla tu good for starting.. dah tak tersengih sengih lagi nk duit kalau nak ke mamak.. moga menjadi anak yg soleh amin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminn.. YRA.. terima kasih Encik Time Traveller.

      Delete
  3. bagus ni...sama mcm Dania..habis SPM dia mintak nk kerja, dia kerja la kat pasaraya jadi cashier..5 bulan kerja dia dapat dekat 10k, siap rajin OT..sampai la dia masuk UCAM tu...asal cuti semester lama je dia mesti nak kerja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus Dania, dapat kumpul banyak tu, boleh juga guna untuk kegunaan belajar, kan.

      Delete
  4. Dapat pengalaman berharga yang paling utama tu.

    ReplyDelete
  5. Keje katering mmg penat sis...Semoga ada yg lebih sesuai utk si hero =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la. Tapi dia yang pilih. Mekasih, Nieza.

      Delete
  6. Kita pulak yg sebak baca, Sulaiman dah pandai cari duit ya. Tu takpa, tak minta dah duit dengan maknya tu, berdikari sungguh la Sulaiman. Sejuk perut ibu mengandung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Itulah, SK. Budak Sulaiman ni lain sikit banding abang² nya.

      Delete
  7. Bagus cari pengalaman kerja. Dapat pegang duit sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, Cie. Boleh juga menyimpan nak buat belanja sambung belajar.

      Delete
  8. Bagus Sulaiman... Anak buah sy yg IPG tu pun buat part time kerja catering time cuti sebulan ni. Hujung Dec baru ni banyaklah job. Abang belum mula kerja lagi tapi dok mencari² juga. Smlm ada vacancy dekat laundry tapi nak yg umur genap 18thn ke atas. Abg lahir Nov, mmg x cukup umur la 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rajin anak buah PH bekerja. Iyalah, sekarang banyak tempat nak yang sudah 18, lagi² yang di mall.

      Delete
  9. Alhamdulillah nak kerja cari pengalaman

    ReplyDelete
  10. Tumpang seronok tengok anak Tot nak bekerja ambil pengalaman. Bagus dia sendiri yang mahu. Baru tahu penat cari duit ya. Hihihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, Ujie. Baru tahu susah ke senang cari duit tu. Selama ni, tahu minta je kan.

      Delete
  11. Alhamdulilah pandai dah cri kerja. Pastu dia nak sambung belajar ke kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya-Allah, dia nak sambung belajar, Cuya.

      Delete
  12. Buat catering ni penat wooo. Masa ammi habis spm dulu tak keje catering tp kerja pizza hut. Sehari tu berjalan kalau dicongak bolehlah ibarat jalan dari somban ke ipoh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bapakk... mesti beribu-ribu steps.. pengorbanan mencari rezeki. Mahal pengalaman Ammi itu.

      Delete
  13. wah bagus lah sulaiman dah pandai cari duit. Satu pengalaman baginya bagaimana susahnya nak cari duit kena berpenat lelah dahulu . Apa pun pengalaman yang penting.

    ReplyDelete
  14. besar dah anak bongsu kak nur.. dah pandai cari duit sendiri. kerja katering ni gajinya agak best juga. tapi penat lahh

    ReplyDelete