Assalamualaikum...
Salam Nuzul Quran kepada semua pembaca...
Sekolah Sulaiman cuti hari ni. Jadi, boleh la rehat.
Hari tu, saya ada bawa masuk bawang dari dapur luar, ke dalam rumah, sebab nampak ada beruk ambil bawang besar.
Semalam, dia balas balik. Tak dapat makan bawang besar di dapur belakang, dia korek pokok bawang yang saya tanam. Habis semua, satu pun tak tinggal.
Gambar agak gelap. Sebab saya keluar rumah masih awal pagi, tengok pokok bawang dah kena cabut.
Situasi sebelum kejadian. Dalam kawasan kecil empat segi di atas, saya ada tanam 4 biji bawang yang sudah ada akar hijau di tengah-tengah. Hidup, jadi pokok. Setiap bawang yang ditanam, beranak jadi 3 buah pokok bawang. Saya belum tuai lagi. Daun bawang pun saya tak ambil. Tunggu masa nak tengok dia boleh besar lagi ke tak.
Beruk cabut pokok bawang, gigit bawang, lepas tu campak dekat situ. Dia khianat la. Bukan nak makan sangat. Atau dia kurang suka bawang merah kecil macam ni. Kalau bawang merah besar yang dia curi dari dapur, dia boleh makan macam epal je. Haha.. nampak sangat deme ni lapar, kan. Macam dah takde makanan lain.
Yang ini, ada satu saya boleh selamatkan, sebab tak ada kesan gigitan. Saya dah ambil bawang tu, buat masak. Daun bawang pun saya dah ambil.
Yang ini nampak macam elok. Bila saya ambil dan terbalikkan, dah kena gigit. Jadi, tak leh guna juga.
Selain pokok bawang, dua biji buah tembikai pun dia ambil. Masih kecil kedua-dua tembikai tu. Pun selamat hilang.
Saya dah redha. Tapi saya sudah tak mahu tanam pokok buah dan sayur. Penat je tanam, tapi tak boleh nikmati hasil, beruk akan kacau. Kecuali sayur jenis daun la, macam bak choi tu, dia tak ambil. Kalau kacang panjang dan tomato, beruk ambil.
Pandai menatang beruks ni. Sebab apa?
Hmmm... alahai. Tanam bunga je la sekarang.
Jumpa lagi, ye. 💗