Tarikh: Khamis, 19 Jun 2025
Kadang-kadang saya malas masak.
Ada hari saya rajin masak.
Ada hari saya tak tahu apa nak masak.
Ada hari saya rasa nak masak tapi tak ada bahan mentah untuk dimasak.
Pada hari itu, saya rasa macam nak masak bihun goreng. Saya suka makan bihun goreng sejak saya tadika lagi. Tapi bila saya sudah tua, saya baru tahu yang bihun itu termasuk dalam makanan diproses. Jadi, tak boleh makan selalu. Apa-apa yang keluar dari kilang, adalah processed food. Makanan asli adalah apa yang dalam bentuk asal, yang manusia tak boleh hasilkan. Saya seorang paranoid. Tapi paranoid yang lemah. Yang kalah dengan nafsu makan. Tapi saya seorang yang tidak suka membazir. Sebab ada sebungkus bihun tergantung di rak, maka pagi itu, saya pun masak bihun goreng.
![]() |
Bihun goreng simple jer. |
Ada kek ikan sahaja dalam bihun goreng saya sediakan. Tapi rasanya, tidak menghampakan. Sebab satu hari boleh habis. Kalau bihun goreng ambil masa 2-3 hari untuk habis, maka boleh dikategorikan kurang sedap. 🙈
![]() |
Telur dadar goreng dalam minyak yang banyak. |
Boleh menaikkan kadar kolesterol. Ye ke? Ada orang kata, minyak sawit tu bagus, ada nutrien yang badan perlukan. Kolesterol naik tu, sebab kita makan gula banyak, makanan proses dan junk food. Apa pendapat anda?
Sekali-sekala, boleh la goreng telur dadar guna minyak yang banyak macam ni. Saya sudah insaf, encik. Esok sudah masuk bulan Julai. Bulan Julai, hujung bulan, saya ada temujanji ambil darah. Yikes! Huu... takut. Sebab lain sikit ambil darah kali ni, sebab kena puasa. Biasanya, ambil darah untuk check hormon TSH, T4 dan calcium sahaja. Tapi kali ini, nak tengok bacaan kolesterol juga.
Baiklah. Saya akan jaga makan. Mahu kurang penggunaan minyak dalam masakan. I can do this! 💪
![]() |
Buah jambu batu merah. |
Jumpa buah jambu batu merah ni, di pasar malam Lekir. Satu pinggan, dalam 5 biji, RM10. Saya baru tahu yang kandungan vitamin C dalam buah ini lebih tinggi dari buah oren. Wow! Tapi buah ni, jarang jumpa.
![]() |
Comel kan, buah dia? |
Kalau orang jual ni tak beritahu yang ini jambu merah, saya pun tak tahu kalau tengok macam tu saja.
Ikut style Mummy Ayu, yang suka bawa tiffin ke ofis. Pada hari itu, saya pun letak apa yang saya masak dalam tiffin, untuk bekal suami ke ofis.
![]() |
Telur dadar campur ayam gunting beli pasar malam hari sebelumnya, buah jambu batu merah dan bihun goreng untuk bekal suami. |
![]() |
Dah siap untuk bekal suami. 😁 |
Rasa sangat berbangga dan puas hati dapat sediakan bekal untuk suami. Tapi disebabkan saya ni punya mood swing dalam memasak, saya tak dapat konsisten sediakan bekal hari-hari. Saya seorang hamba Allah yang lemah. Sangat malas. Huhu.. maapkan saya, suamiku. Tapi suami saya tak kisah pun, dia kata. Tapi lubang hidung dia kembang kempis hari tu, bawa tiffin ke ofis. Hehe....
Ok lah. Jumpa lagi ye. 💗
Sangat seronok kalau dapat bekal ni. Lagi kalau ada orang yang sediakan.
ReplyDeleteKita pun suka mihun. Memang favorite. Tapi da jarang makannya.
Saya pun suka bihun goreng. Masak kosong versi viral dulu pun sedap kak. Bertambah makan. Tambah taugeh rangup lagi sedap. Eh, masih ada jambu batu isi dalamnya merah. Macam tak pernah jumpa dah. Buah jambu ni paling bagus berbanding buah lainnya. Tapi kadang kita derhaka makan dengan serbuk asam. Jadi tak sihat pula. Saya suka buat telur dadar minyak sikit je buat alas gitu. Jenis minyak banyak ni nanti serap minyak, jadi pening makan minyak. Tapi kalau guna teknik betul, jadi crispy tu yang sedap. Wah berbunga-bunga hati bawa tiffin. Dahlah tiffinnya comel. Ada masa kita rajin, ada masa kita kurang rajin. Syukur husband akak jenis tak kisah dan memahami.
ReplyDeleteBekas pink pun nasiblahh, yg penting isinya airtangan isteri yang penuh kasih sayang gitu 🤭
ReplyDeleteOhh mihun tu processed food ye... tapi kita boleh olah dia jadi sihat hehe
Seronok bila suami nak bawa tiffin ke tempat kerja..suami Linda tak, dia cakap nanti dia balik makan tengah hari dekat rumah,sebab Kem dekat dengan rumah(masa duduk melaka)..tapi,ada masa dia tak balik pun..bila dia balik petang tu,terus dia makan lauk2 tengah hari tu takot bini tak nak masak dah lepas tu...hahaha.
ReplyDeleteSy pun tak konsisten juga sediakan bekal utk suami. In fact lama dah stop masak bekal 🫣
ReplyDeleteSaya pun suka bihun goreng dari dulu, kini dan sampai bila-bila.
ReplyDeleteAmboi kembang kempis hidungnya sidia ye... tahniah...isteri solehah!
Husband Cie suka bihun goreng. Cie lebih suka mi goreng.
ReplyDelete