Bendi, bena putih dan sarapan nasi
Cerita pada hari Isnin, 6 Julai 2026. Suami saya off kerja. Biasanya kalau dia off, kami akan pergi jalan pagi ke mana-mana. Tapi pada hari itu, suami nak berehat di rumah saja. Dia baru habis kerja pukul 12 malam hari itu.
Saya pun berkebun saja lah di rumah.
Biasanya sebelum siram pokok, saya akan jalan-jalan dulu, tengok kawasan dalam kebun miniku.
![]() |
| Kutip dua bendi |
Bendi dan khasiat
Pokok bendi yang saya tanam, semua dalam pasu. Sekali tuai, banyak itu sajalah, dua biji, tiga biji paling banyak. Kalau saya masak kari, bolehlah campak dalam kari. Biasanya, saya stir-fry saja, buat sayur campur.
Bendi kaya dengan serat, vitamin (C dan K), dan antioksidan yang membantu melancarkan penghadaman, mengawal gula darah, dan mengurangkan keradangan.
Bagi warga emas yang sakit lutut, pengambilan bendi dikatakan berkesan secara tradisional kerana lendirnya. Lendir ini mengandungi bahan yang boleh membantu mengurangkan keradangan sendi dan menyokong kesihatan urat saraf, walaupun ia tidak boleh menggantikan cecair pelincir. Wallahulam.
Saya kalau makan bendi ni, sikit bolehlah, dalam tiga ketul. Banyak makan bendi, selalu mengundang cerry berry. Kome suka bendi?
Selepas jalan tengok kawasan dan siram pokok, barulah saya akan mula berkebun. Daun kuning atau bunga yang layu, kena trim buang. Ada kerusi kecil yang saya duduk sambil buat kerja ini. Ada pokok kita boleh nampak terus apa nak buat. Ada pokok lain yang perlu kita perhati dengan teliti dan selak-selak sikit daun, untuk pastikan pokok kita sihat atau tidak.
Jumpa bena putih
Bila tengok pokok ros jepun, tiba-tiba terjumpalah makhluk yang tidak disukai ini.
![]() |
| Bena putih atau kutu putih atau mealybug |
Menatang ini memang pantang tengok pokok hijau yang sihat. Adeh...
Bena putih ini serangga perosak yang menghisap cecair (sap) daripada batang dan bawah daun pokok. Serangan yang teruk boleh menyebabkan pokok menjadi terbantut, daun berkerut atau kuning, dan akhirnya pokok boleh mati.
Biasanya, kalau ada bena putih ini, mesti ada semut pada pokok kita.
Saya biasanya trim buang terus batang yang ada bena putih ini, takut ia terbang dan pergi pokok di pasu sebelahnya. Boleh juga sembur dengan racun organik seperti campuran cuka kayu, minyak neem atau sabun pencuci pinggan.
Saya tidak berkebun lama pun pada hari itu. Suami keluar rumah, ajak pergi sarapan di luar. Hehe..
Sarapan apa
Nak tahu tak... semua kedai makan kami pergi tutup. Isnin = Hari-kedai-makan-seluruh-dunia-tutup-kot.
Restoran Kak Za tutup, Nasi Ulam Lumut pun tutup, Restoran Selero Kito Teluk Muroh tutup, nak cuba tempat baru, Cili Village, pun tutup juga! 😅
Last-last, kami pergi makan dekat PAKAR (Pasar Komuniti dan Karavan Manjung). Nak makan apa, yek.. sini ada banyak kedai-kedai kecil yang menjual macam-macam jenis makanan dari roti canai ke puri, nasi dagang, nasi kerabu, nasi berlauk, menu goreng-goreng, sarapan ala western, dan banyak lagilah.
Saya lalu depan kedai nasi berlauk dan tengok ada masak lemak pucuk ubi. Wah, lama tak makan.
![]() |
| Nasi lauk masak lemak pucuk ubi, ikan kembung pedas dan sambal belacan. |
Sedap! Alhamdulillah. Saya tak pernah masak sendiri lauk masak lemak sayur di rumah. Kalau masak lemak ayam tu, biasalah. Itu yang kalau jumpa, mesti ambil punya.
Suami saya beli di kedai nasi berlauk lain, yang banyak menu Kelantan punya.
![]() |
| Nasi lauk paru, ikan tongkol gulai kuning, acar timun dan sambal. |
Telan air liur saya waktu taip entri ini. Hehe..
Lepas makan nasi, suami pergi beli pisang dan ubi goreng pula.
![]() |
| Cili kicap tertumpah dalam pinggan |
Memang sedap, pisang dan ubi goreng cicah sambal kicap. Beli dua ringgit jer.
Alhamdulillah. Dapat makan sedap-sedap. Hari ini kome makan apa?
Jumpa lagi, ye. 💗
Hari ni hari Jumaat. Esok boleh berjimba-jimba. Hehe...





saya suka bendi,kadang buat ulam rebus cicah sambal je
BalasPadamyang membaca ni pun tertelan air liur juga tengok pucuk ubi masak lemak tu...
pagi ni sarapan telur rebus 2biji kak,petang ni ingat nak singgah beli mee celup je..
Baguslah la Afzan ni, makan telur rebus je. Akak nak tiru Afzan, ya. Alamak... Sedap tu, mee celup. Lama tak makan.
PadamAssalamualaikum
BalasPadamHai Kak Nur, maaf lama tak singgah sini. Lama menyepi. Terima kasih masih sudi melawat saya.
Dapat kutip 2 bendi pun okay dah tu dapat buat ulam. Rebus je. Takpun tambah dalam masakan lain. Tak sesia lah juga kita menanam kan. Banyak khasiat bendi ni rupanya.
kalau ada bena ni kena cepat-cepat hapuskan. Kalau tidak cepat je rosak tanaman tu.
Sedapnya ada sayur pucuk ubi tu. Lama tak makan pucuk ubi. Buat kita rasa teringinlah pulak.
Waalaikumsalam warahmatullah, Fizah. 😊
PadamMemang sedap sayur pucuk ubi. Lagi-lagi kita jarang jumpa, kan. 😋
Bena putih tu mmg geram kalo dia memanjat dekat pokok..pernah tanam cili, habis dia kerjakan cili saya...sedap2 nya makanan....
BalasPadamHa ah, samalah, pokok cili pun bena putih suka duduk bawah daun.
PadamAlhamdulillah, memang sedap.
mujurlah ada nasi berlauk dijual di Manjung. dapatlah suami mkn selera Kelantan...
BalasPadamSini meme banyak kedai nasi berlauk Kelate, Abe Kie, tak ada masalah kot rindu nak make nasi berlauk.
PadamMasa tanam cili dulu selalu ada bena tu pada daun. Geram je nampak putih2.
BalasPadamBetul tu, Cie. Akak pun sama. Itu yang akak sekarang malas nak tanam cili.
PadamKira sarapan beratlah ni.
BalasPadamYe, Wak, suami saya orang Kelantan, memang cari nasi la, untuk sarapan.
Padambiasa menu bendi kita goreng sos tiram
BalasPadamSedap juga tu. Nanti nak cuba. Mekasih bagi idea, mama tisya.
PadamPokok Bendi saya tanam asyik mati je, mula subur lama-lama jadi kering.
BalasPadamAlaa.. ye ke.. takpe, cuba lagi. Boleh cuba bubuh baja atau siram air basuhan beras.
PadamBestnya bendi fresh camtu, dicelur pun sedap gak.
BalasPadamoo makan banyak-banyak boleh cherry berry pulak.
Itu la kak. Tapi setakat 2-3 batang bendi, okay jer, makan. 😊
PadamSy pun masa tanam bendi dulu dapatlah hasil sebiji dua. Bena putih tu kalau dah serang pokok mmg kena buang daun/rantingnya.
BalasPadamSedapnya pisang goreng dan ubi cicah sambal kicap tu Nur
Sedap, PH. 😋
PadamFaa sukaa makan bendi celur. Cecah dengan sambal belacan atau budu. Yummsss
BalasPadamSenang masak, celur saja ya, Faa.
PadamTak kisahlah dua tiga batang jerr, hasil dr tanaman sendiri cukup puashati kannn..
BalasPadamBena putih tu, kalau jirus dengan air beras, tak boleh ea? Dulu kata orang tua macamtu
Ha ah, betul, betul, Sis Lin.
PadamTetap ada juga, memang kena buang menatang tu dari pokok.
Saya tak makan bendi, dah cuba tak entah tak boleh. Jadi tak tanam bendi 😅
BalasPadamDulu kat rumah NS saya tanam ros jepun, senang berbunga tapi susah betul nak kena berperang dengan bena putih. Siap beria bancuh minyak, sabun, bawang putih kisar..entah sama je tak selesai masalah pun. So kat rumah sini saya tukar tanam rain lily, takde bena putih.
Oh, tak makan bendi rupanya.
PadamBaguslah bertukar ke rain lily. Udahlah lawa bunganya. Betul sangat, Ujie, ros jepun ni susah sikit, sebab bena putih suka bebenor pokoknya.
sebabkan belum makan lunch lagi.. terus rasa lapar nie
BalasPadamAlaa.. sian dia, pi makan, pi...
PadamWah, menarik sekali perkongsian tentang bendi bena putih dan sarapan nasi ini. Bendi memang antara sayuran yang mudah diolah dan mempunyai tekstur yang unik apabila dimasak. Ditambah pula dengan hidangan nasi untuk sarapan, nampak sederhana tetapi tetap menyelerakan. Terima kasih kerana berkongsi idea menu harian yang dekat dengan kehidupan seharian. Semoga terus berkongsi pelbagai cerita dan hidangan menarik.
BalasPadamTerima kasih kembali.
PadamSaya suka bendi juga.
BalasPadamOrang Negeri Sembilan banyak masak lemak cili api. Hari itu majlis harijadi Uwan, ada masak lemak cili api pucuk ubi dengan biji nangka. Hehe saya orang Melaka.
Haha kata suami tidak mahu keluar tapi keluar juga ya hari itu.
Wah.. menu rare tu, NA. Adeh, telan ailio.
PadamHaha.. bila perut lapor, memang ajak keluar la, saya pula belum masak. 😊
Liat ni saya jadi teringat rencana mau merapihkan kebun.
BalasPadamInginnya si hidroponik, hihihi
Bagus tu, Mas Fajar. Kaedah hidroponik lebih mudah, orang kata. Tapi harus keluar ongkosnya mahu beli peralatan jika belum ada. 😁
PadamBendi di celur cecah sambal. Bagus untuk sakit lutut
BalasPadamBetul tu, kak Notie.
PadamKSarie paling suka bendi dalam kari. Kalau bendi dicelur/direbus buat ulam pun molek juga. Kureng sikit kalau bendi masak tumis ke macam tuh. Ada baca petua rendam potongan bendi semalaman dan minum air + lendir bendi esok pagi - molek untuk lutut.katanya
BalasPadamSaya pun ada baca petua macam tu, KSarie. Baiklah. Lain kali saya cuba minum air bendi.
PadamBetul tu Nur...Hari Isnin memang macam ada pakatan sulit kedai makan satu dunia nak cuti serentak selepas bertungkus lumus Selasa sampai Ahad kan...Bagus perkongsian Nur tentang khasiat lendir bendi untuk sakit lutut tu. Tapi kelakar pula bila Nur cakap makan banyak boleh mengundang cherry berry, haha! SA pun suka bendi tapi biasa celur buat ulam, masukkan dalam asam pedas atau kari dan goreng...
BalasPadamItu la kan, Isnin je, banyak kedai tutup.
PadamHa ah, masukkan dalam asam pedas dan kari pun sodap!
Saya makan bendi pertama kali di Penang. Sebenarnya di sinipun ada, tp mungkin Krn mama tak pernah masak pakai ini, jadi saya baru tau saat kuliah di Penang itulah. Dan sukaaaaa. Cuma agak susah menemukan bendi di pasar dekat rumah saya. Hrs pasar yg lebih besar. Tp di sini sebutannya Okra atau ladies finger.
BalasPadamHaha... betullah tu, Fanny. Mat salleh panggil okra atau ladies finger. Kadang dekat kedai nasi kandar pun ada bendi dicelur.
PadamNasi lauk masak lemak pucuk ubi, ikan kembung pedas dan sambal belacan, ni cukup dah bertambah2 nasi nanti.
BalasPadamKann... nikmat sungguh la, lauk kampung macam ni kan, Mulan.
PadamKalau kat Seremban ni pun asal hari Isnin je cukup payah nak cari kedai sarapan. Semua pakat tutup.
BalasPadamDulu ammi rajin juga malam sebelum tidur rendam hirisan bendi dalam air panas, pastu bangun tido minum. Berlendirlah airnya konon bagus untuk lutut. Tapi sekarang dah malas dah
Kan... deme pakat-pakat agaknya, semua tutup hari Isnin.
PadamBaru tahu petua air rendaman bendi ni. Nanti kalau rajin, nak cuba. Thanks, Ammi.
Ohh barulah tahu nama dia bena putih.. ada gak sesekali nampak kat pokok
BalasPadamHa, ada orang panggil bena. Ada orang panggil kutu, Mazni.
Padam