Bila IF tumbang di kedai mamak
Dalam minggu lepas, banyak hari juga tidak IF (Intermittent fasting). Mode malas. Pagi-pagi sudah cari sarapan. Perut pula berkeroncong waktu pagi, minta diisi.
Fikiran baik: Perut berbunyi itu bukan lapar. Itu tanda tengah ketosis mode. Lepas 12 jam ke atas IF, simpanan glukosa dalam hati habis. Badan mula bakar lemak. Kan kita belum makan. Sila minum air. Nanti hilanglah rasa lapar itu. 😇
VS
Fikiran jahat: Jom pi mamak! 😈
Pada hari itu, fikiran jahat lebih kuat dari fikiran baik. 🙈 Tambahan pula, nanti nak pergi hantar dua anak yang pulang hujung minggu balik semula ke Ipoh. Kalau pergi mamak, boleh sarapan dan bungkus makanan sekali untuk anak-anak. Jadi pada hari itu, Ahad, 19 Julai 2026, saya ajak suami yang kerja shif petang, sarapan di mamak. Hehe... dasar seorang Tot.
Kami ke restoran mamak Biriyani Kampung Acheh.
![]() |
| Pinggan suami |
Banyak betul la suami saya ambil makanan ni. Ada banyak hidangan sudah terhidang macam mini buffet di bahagian depan mamak ini. Ceduk la sendiri, apa yang nak. Ada nasi, mee, bihun, kuetiau goreng, idli, lauk ayam goreng berempah pedas, dan lauk ayam kari ke masala, saya tidak pasti.
Suami ambil bihun dan nasi goreng serta lauk ayam goreng pedas itu.
Saya pula pesan roti bakar satu set.
![]() |
| Satu set roti bakar ada dua keping roti. |
![]() |
| Suami pesan air teh tarik halia dan air suam seorang satu. |
Tak kan makan roti bakar saja. Saya pesan juga...
![]() |
| Telur tiga suku masak. |
Kalau satu set, sepatutnya ada 2 biji telur saja. Tapi sebab telur dia saiz kecil, mamak bagi 3 biji telur. Saya lebih suka tiga suku masak dari separuh masak.
Nak tahu tak, apa yang tak ada dalam gambar? Saya pesan nescafe tarik. Apa nak jadi dengan saya ini. Macam tak betul sikit kepala semenjak dua menjak ini. Minum air manis. Lagi-lagi nak dekat temujanji doktor bulan depan, dia lagi kuat godaan minum air manis itu. Gilakah aku? Huk huk...
Siap bungkus sekali makanan untuk anak-anak di rumah iaitu nasi goreng ayam untuk budak Sulaiman dan tosei telur tiga keping untuk budak Hafizan.
Later that day, sebelum tengahari, selepas siap, saya ikut suami hantar anak-anak balik politeknik Ipoh dan terus balik Manjung semula. Kemudian suami masuk kerja sebelum pukul 4 petang. Macam kartun.
Sekian cerita pada hari tersebut.
Semoga segala urusan anda semua pada hari ini dipermudahkan.
Jumpa lagi, ya. 💗




Samalah dengan saya. Kadang terlajak-lajak melayan selera. Sata lupa sudah berumur. Juga lupa kandungan lemak dalam badan terus jadi gula dalam darah sebab saya rak rajin bakar. Nur tu bagus, rajin lari. Saya tak banyak gerak huhuhuuu.
BalasPadamSaya tak berlari secara konsisten, kak Amie. Semoga kita sama-sama lebih kuat untuk jaga pemakanan kita, ya kak. Mahu lebih sihat, dan keputusan ujian darah baik-baik saja. Aminn... 🤲
PadamWak jarang2 sangat masuk kedai mamak sebab pn is3 tak mahu.
BalasPadamOoo.. citarasa masing².
PadamBestnya kedai mamak ni ada macam² menu sarapan. Dekat tempat Sy ni kena order la kalau nak bihun goreng ke mee goreng ke...
BalasPadamSekali sekala nikmati hidup Nur hehe
Ooo.. gitu. Pagi memang ada mini breakfast buffet. Petang² ada kuih macam vadei atau putu mayam pula.
PadamBukan sekali-sekala, PH. Udah macam selalu pulak. Ater .. huhu..
KSarie juga lebih suka telur 3 suku masak sebab kuningnya lebih pejal. Mamak ni senang sebab ada banyak pilihan. Tinggal sediakan perut je
BalasPadamSama kita, ya. Suka tiga suku masak.
PadamHehe.. betul²!
Cie jarang jugak dah IF sekarang ni. Banyak fikiran jahat juga ni. Hahaha
BalasPadamHehe.. apa nak jadi ni, Cie oiii... 😂
PadamBagus suami Nur layan apabila Nur minta makan luar.
BalasPadamHaha baru terlintas di fikiran aik takkan Nur makan roti bakar sahaja, mana kenyang. Rupanya ada pesan telur 3/4 masak. Baru tahu kedai mamak boleh buat telur begitu.
Dia okay je. Makan boleh, tak makan pun boleh.
PadamHa ah. Boleh, NA. Cuma tunggu lama sikit.
Trliur tgk telur masak 3 suku tu =)
BalasPadamHehe.. sedap, Nieza.
Padamlagi nak jumpa doctor lagi banyak dugaan makan....padahal doctor tu manusia jugak.
BalasPadamBetul, Sueann. Bukan takut doktor, cuma risau bacaan result darah nanti. Sebelum jumpa doktor kena ambil darah dulu.
Padamkadang tu lah fikiran jahat menghasut. Dah makan kita menyesal. huhu...Nak jumpa doktor tu yang lagi risau rosakkan results. Jauh juga tu nak ke Ipoh. Balik hari agak memenatkan sikit kan.
BalasPadamBetul, Fizah. Lepas makan, dalam otak rasa menyesal sebab iman tak kuat.
PadamYa, sebab jalan nak ke Ipoh, banyak trafik light. Dengan sesaknya lagi, ambil masa 2 jam juga dari Lumut ke Ipoh.
Haha faham sangat dugaan IF tu, part fikiran 'jahat' yang menang tu memang paling real! Sekali-sekala layan roti bakar pekena pula dengan telur tiga suku masak kat mamak memang tak boleh nak tolak, nikmat betul. Bab Nescafe tarik tu kita layan je dulu buat pengubat tekak, nanti nak dekat temujanji doktor baru kita 'picit brek' balik air manis tu, hehe.
BalasPadamBetul Syaz, memang nikmat pekena telur tiga suku masak dengan roti bakar. Hehe.. harap-harap tak menjejaskanlah bacaan ujian darah nanti. Huhu...
Padamkalau sabtu ahad, duduk asrama je...boleh pula IF tu.. kalau pegi kerja, lepas thumbprint je, terus beli air nescafe panas dekat kafe.. hahaha
BalasPadamHaha... itu booster tu, Linda. Pekena nescafe panas, baru semangat nak mula kerja, kan.
PadamHahahaha kecundang ekkk..
BalasPadammamak ni ada satu aura tau.. kadang kan lalu depannya ajerr, etrus terbayang mee goreng mamak, megi goreng, roti tampal, tosei hahahahaha
Tewas, Sis... huk huk... memang kuat godaan mamak ni.
PadamHaha part fikiran 'jahat' yang menang tu memang paling relatable! Bila perut dah berkeroncong, memang hilang terus teori ketosis tu. Nescafe tarik dengan telur 3 suku masak kat kedai mamak memang kombinasi yang tak boleh tolak, pekena pulak sebelum hantar anak balik politeknik, dikira energy booster la tu Nur! 😄
BalasPadamBetul sangat cakap SA. Baru semangat nak tempuh perjalanan yang sesak ke Ipoh, gitewww....
PadamFirst time tengok telur 3 suku masak, selalu separuh masak je
BalasPadamBoleh request dekat mamak sini, tiga suku masak, Mulan.
PadamHahah...ammi selalu ada berfikiran jahat itu. Patutnya IF 16 jam tapi jam ke 14 dah heboh nak makan.
BalasPadamMihun yg husband Nur makan tu nampak mcm tebal je, memula ammi ingatkan angel hair goreng
Kann... sabor je la. Hehe...
PadamItulah, bihun, cuma jenis tebal dari biasa.
Selalu ikut fikiran jahat 🤣🤣 esok2 boleh sambung diet 😌 sama macam beli barang. Pujuk hati, esok2 boleh sambung saving 🫢
BalasPadamBetul, Faa. Kita memang mudah terpengaruh dengan bisikan syaitonnn....
PadamKaaaak, samalah kitaaa. Akhir2 ini agak susah nak disiplin makan. IF saya masih lakukan, tp begitu makan, macam tak ingat pola 😢. Makanya nak buat disiplin lagi lah nih.
BalasPadamKemarin kan saya timbang badan , dah dibawah 50 berat badan. Langsung happy. Tapi mudian, langsung makan Macam2. Ga usah heran kalau nanti naik lagi 😔
Sama ya, Fanny. Aduh.. semoga kita kuat untuk jaga pemakanan lepas ini.
PadamFanny ringan tu, bawah 50 kg. Tak apa, sebab angkat beban, Insya-Allah, boleh turun dengan cepat. Jangan risau, ya.
eehhh... jahat betul Fikiran Jahat tu 😁
BalasPadamKita hanya manusia yang mampu merancang... godaan banyak betul hehe
Kann.. huhu... betul, kak. Tak apa, esok hari baru, untuk mula diet semula.
Padam