Minum petang di Onde-onde dan jalan-jalan Village Grocer
Saya sambung cerita selepas pergi makan kenduri di Amarin Mall, Seri Kembangan, Selangor. Hari yang sama, 11 Julai 2026.
Kami check-in di De Era Hotel pukul 2 petang. Lokasi hotel ini terletak seberang jalan saja dari kenduri yang kami pergi hari itu. Saja ambil lokasi hotel yang dekat supaya mana tahu, senang nak mengeteh dengan saudara-mara suami di sebelah malamnya.
![]() |
| De Era Hotel. Gambar dari google. |
Bagus juga hotel ini boleh check-in awal, pukul 2. Biasanya, pukul 3 kan, baru boleh check-in. Kami dapat bilik tingkat 2. Ada lif. Parkir kereta banyak, depan hotel saja.
Saya tak ambil gambar dalam bilik. Bilik okay. Basic la. Hotel 3 bintang. Semua kemudahan cukup.
Lepas solat jamak, kami pergi mengeteh dengan kakak sulung saya, di Citta Mall. Biasanya kalau datang KL, mesti jumpa bapa saya, tapi bapa saya tiada di rumah, dia pergi bercuti melawat saudara sebelah makcik.
Jadi, kami jumpa kakak sajalah. Citta Mall adalah kompleks membeli-belah yang terletak di Ara Damansara. Jarak dari hotel kami ke Citta Mall lebih kurang 30 kilometer. Kakak ajak jumpa di Restoran Onde-onde di aras bawah Citta Mall.
![]() |
| Onde-onde @ Citta Mall |
Ini pertama kali saya dan suami cuba makan di restoran ini. Citta Mall ini, kami sudah biasa datang, sebab ia terletak depan rumah kakak saya saja.
Restoran Onde-onde yang disahkan halal ini, terkenal dengan hidangan tradisi Malaysia dan lebih daripada 25 jenis pilihan kuih-muih. Selain di Citta Mall, Restoran Onde-onde ini ada cawangan lain di Sunway Putra Mall dan Desa ParkCity.
Masa mula jumpa kakak saya, kakak kata saya nampak kurus. Terus kembang lubang hidungku. Maklumlah, dia sudah lama tak jumpa saya. Eh, ye ke lama tak jumpa? Bila last sekali jumpa kakakku itu? Masa raya puasa la, bulan Mac lepas.
![]() |
| Syok juga lepak di sini. |
![]() |
| Kami pesan ABC |
Sedapnya makan ABC. 😋
![]() |
| Tauhu bakar |
Yang ini memang heaven!!! Udahlah saya dah bertahun-tahun tak makan tauhu bakar. Sedapnya. 😋
![]() |
| Sepotong tauhu bakar |
Dalam tauhu bakar ada timun, sengkuang, dan taugeh. Sepatutnya ada kacang tanah tumbuk di atas, tapi kakak tak suka kacang, boleh request tak mahu letak kacang. Topping sos atau kuah petis udang yang pekat, manis dan sedikit pedas.
Ada juga pesan teh o panas kosong. Suami pesan kopi o ais kurang manis. Semua hidangan kami makan kongsi-kongsi. Makan sambil sembang-sembang.
Selepas minum petang, kami ikut kakak beli barang di Village Grocer. Ramai betul orang membeli-belah, hari Sabtu. Seronok juga jamu mata tengok barang-barang.
Bahan mentah seperti ayam dan ikan yang kakak beli, tak adalah mahal pun. Kakak saya pencinta haiwan. Dia beli ayam dan ikan dan kemudian dia rebus, beri pada anjing yang ada di tempat dia jogging. Hehe..
Suami beli berus dan ubat gigi. Suami punya tahap keyakinan punyalah tinggi yang hotel ada sediakan, tapi bila masuk hotel, tak ada disediakan. Padahal suami saya tidak bawa dari rumah, itu yang kena beli.
![]() |
| Bila suami ambil gambar dari belakang ni, baru saya sedar yang saya ni kecik juga rupanya. |
Kecilnya kaki saya, patut kakak saya kata saya kurus.
Eh, ada BookXcess okay, dalam Village Grocer. Walaupun tidak besar mana, tapi lengkap dengan cafenya. Waiya...
![]() |
| Sementara tunggu kakak bayar, kita selfie dulu. |
Alhamdulillah, dapat jumpa kakak. Lepas itu, kami tak ada pun pusing-pusing dekat Citta Mall tu, terus balik saja.
![]() |
| Seronok betul makan jem di KL ni. |
Dalam lebih kurang 45 minit, kami sampai ke hotel semula. Walaupun ada kesesakan, tapi berjalan saja trafik di hujung minggu. Bayar tol sesaja yek, di KL ni. Hehe...
Baik. Sambung lain entri ya.
Jumpa lagi. 💗
P/S: Saya gatal tukar template blog. Saja, nak tukar angin.









tahu bakarnya menggoda banget ya kakk.. bikin ngiler yang di surabaya :D.
BalasPadamHehe.. silakan cari di sana ya, Mas Michael.
PadamTauhu bakar dia nampak rangup betul, it's our family fav.. dan template blog comel & tulisan dia pun lawa. Semoga berjaya dgn blog wajah baru ni 👍👍
BalasPadamSedap kan, tauhu bakar. 😋
PadamAminn... 🤲 terima kasih, Aynora.
Siapalah tak kembang hidung bila dipuji kurus. Sy tambah sikit, Nur nampak cantiklah pakai tudung warna ni .
BalasPadamSedapnya tauhu bakar. Sy makan di Majlis kenduri baru² ni, dok teringat² kesedapannya.
Alamak, bertambah kembang lubang hidung saya. Maluuu.... mekasih, PH. Tiber rasa macam nak beli tudung warna hijau lagi.
PadamKannn... ya Allah PH, memang sedap, tauhu bakar ni. Nak buat sendiri, malas. Huhu..
dlu onde onde cafe ni ada dkt aeon shah alam dkt ngan opis....sempat celebrate birthday geng opis tp skarang dh tutup..yg dkt citta mall tk pernah pegi
BalasPadamOooo ye ke....
Padammemang kurus pun.. bila ye linda berjaya kurus juga ni.. hahaha
BalasPadamnafsu makan membuak2..
Itu biasa bila kita walking atau lari, memang nafsu makan membuak-buak. Huhu... pernah merasainya dulu.
Padamnampak macam student kak..comey lotey
BalasPadamStudent dari belakang. Depan, udah kerepot. 😂
Padamdulu masa kerja di area Ara Damansara rajin juga lunch di Citta Mall tu walaupun terpaksa buat muka tebal bila masuk office terlajak lepas pukul 2
BalasPadamHehe.. macam-macam ada ye, kat Citta Mall tu.
PadamBest kalau hotel bagi check in awal. Dapatlah kita berehat awal kat hotel. Eh lebih kurang je mukak Kak Nur dan akak Kak Nur. kecil pun lebih kurang. Comel je. Macam rakan sebaya pulak.
BalasPadamBerselera tengok tauhu bakar tu. Fav juga.
Alhamdulillah..rezeki juga dapat spend masa bersama. Biasalah kan, jem dimana-mana saje dan tol sana sini.
Ater... udah adik beradik. Ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. Hehe.. kakak kepada akak, slightly rendah dari akak. Petit, pakai baju saiz XS. Memang macam budak sekolah makcik tu.
PadamYeay Nur sudah kurus.
BalasPadamTakpelah sesekali makan 'jem' KL.
Alhamdulillah. Tapi perasaan saya ni macam masih rasa badan besar lagi. Entah ler.
PadamMemang enjoy. Suami saya suka bawa kereta dalam kesesakan. Sebab tempat kami tak ada jem. 😁
Menggunung AVCnya tu Nur. Puas makan..
BalasPadamDari luar nampak cantik hotelnya.
Ha ah, kak. 😋
PadamDalam pun cantik, kak. Alhamdulillah.
Hari ini terbaca Citta mall 2x. Belum pernah ke mall ini sebab saya memang tak pernah stay area sana jika ke KL. Kadang teringin juga nak eksplor area yg saya blm pernah datangi ini 😄.
BalasPadamAiiih lihat menu2nya, memang buat lapar nih kak 😍😍. Tahu bakar tuh penasaran rasanya
Kawasan ini, pinggir bandar sikit Fanny, kalau dari kotaraya KL, kena tempuh kesesakan dulu baru sampai. Hehe..
PadamLain kali datang KL, Fanny cuba tauhu bakar, ya. Enak sekali.
Nampak sedap-sedap belaka menu minum petang kat Onde-Onde ni! Gaya santai petang macam ni lah yang paling nikmat selepas penat berurusan seharian. Terima kasih atas perkongsian menarik ni, Sis!
BalasPadamSama-sama, Syaz.
PadamNice betul nama cafenya Onde-Onde..
BalasPadamSis kalau ke Village atau Jaya Grocer, carinya pickle aja.. tapi tulah susah, sebab ke masuk Mall ...
Wah... pickle-nya mesti sedap, yek.
PadamTauhu Bakar tu sedapnya nampak, lama sungguh tak makan.
BalasPadamMemang sedap! 😋
PadamSA dah lama x pi Citta Mall...ngn bopren lama dulu rajin menjelajah...hahahaha...tauhu bakar tu nampak sedap..kena tahan hati..x yah cari sebab tgh diet kan...
BalasPadamKata mula bulan depan. Silalah cari, SA. Hehehe....
PadamAuchhhh.... terasa di awang²an bila ada yang tegur sudah tuyushh😆
BalasPadamHehe... malu syaye...
Padambagusnya hotel yg tak berkira camni kan. dia okay je kita nak check in awal tanpa cas.
BalasPadamtauhu bakar tu nampak menggiurkan! memula tengok gmbar tu ingatkan sushi unagi tau
Ya, Mazni. Hotel ini sudah siap beritahu yang masa check-in pukul 2. Alhamdulillah.
PadamOhh... ha ah, lebih kurang rupa sushi unagi. Sebab kuah rojak petis atas, sama warna.
Tahu bakar !!! Uihhh lama betul tak makan nihh. Aaaa rindu nak makan dengan kuah kacang.
BalasPadamSedap kan, Faa. 😊
PadamKalau nampak tahu Bakar mesti beli tapi kadang kedekut sayur. Begitulah kehidupan Di kl Hari2 makan jem. Kadang keluar rumah tak nampak matahari Dan balik rumah nampak bulan.
BalasPadamYang dekat Onde-onde ni, melimpah ruah keluar sayurnya, kak.
PadamFaham apa yang Kak Notie cakap tu. Hidup di ibukota KL. 😊
Tahu bakar nampak menggiurkan. Langsung lapar jadinya. Alhamdulillah rezeki dapat jumpa kakaknya. Lembah Klang kalau tak sesak tuh memang miracle sungguh😅
BalasPadamYe, Alhamdulillah.
PadamAda ngeye... 😊