Jumpa doktor gigi
Pada 22 Julai 2026 yang lepas, saya ada temujanji doktor gigi di Klinik Pergigian Seri Manjung. Ini pertama kali saya nak buat pemeriksaan gigi di klinik pergigian kerajaan. Saya sudah buat tempahan temujanji ini tak silap saya, lebih kurang dua bulan lebih awal, melalui aplikasi MySejahtera.
Saya bukan sakit gigi. Cuma, saya ada masalah gusi menyusut. Bila makan, mesti ada sisa makanan terlekat di gigi. Tidak sakit, cuma ada rasa tidak selesa.
Kali terakhir jumpa doktor gigi
Saya last jumpa doktor gigi tahun 2016. Hehe.. punyalah lama kan. Kali terakhir jumpa doktor gigi itu, sebab ada pembedahan kecil, cabut gigi geraham bongsu. Pergi klinik gigi swasta. RM900 melayang. Huiii... kalau boleh tak mahu ingat, sebab dia punya sakit tu, rasa macam nak tumbuk orang.
Hari temujanji
![]() |
| Temujanji melalui app MySejahtera |
Pertama kali datang, saya perlu isi borang. Kemudian, bayar yuran sebanyak RM1. Saya tahu akan kewujudan klinik pergigian ini sejak sekian lama, melalui bapa saya yang selalu datang ke mari periksa giginya. Bapa saya kata, sini memang kakitangannya baik, kalau cabut gigi pun tidak sakit. Itu yang saya pilih klinik pergigian yang ini.
Setelah selesai proses pendaftaran, saya diberi nombor giliran. Orang ramai. Tempat duduk kosong terhad.
![]() |
| Slip angka giliran |
Saya tidak tunggu lama pun. Dalam 10 minit, macam tu, nombor saya dipanggil. Terkejut juga saya. Sebab orang kiri kanan saya tidak dipanggil padahal mereka datang dulu daripada saya. Pada masa kemudiannya, saya dapat tahu, mereka itu walk-in saja. Orang yang ada temujanji dipanggil terlebih dahulu mengikut masa temujanji. Begitu rupanya, baiklah.
Perasaan
Saya takut, okay. Bila masuk tengok tempat duduk itu, bunyi mesin gigi dan sebagainya, serammmm nih... Tapi buat-buat beranilah, ya.
Saya disuruh duduk di meja tepi dahulu, untuk ambil bacaan tekanan darah. Hmmm... saya tak tahu pula nak periksa gigi, kena ambil tekanan darah dulu. Ini pertama kali bagi saya. Dulu masa jumpa doktor gigi swasta, tak ada kena periksa tekanan darah. Masuk je terus periksa gigi.
Sibuk kakitangan. Yang periksa tekanan darah sudah pasang alat pada lengan saya, tapi ke hulu ke hilir berjalan. Jadi, tidak nampak keputusan. Tapi mesin tekanan darah dia ada suara keluar. Bagitahu bacaan atas berapa, bacaan bawah, berapa. Normal, tekanan darah saya. Tapi sebab staf tiada di situ, bila dia kembali ke tempat saya, dia periksa lagi sekali, sebab dia tak dengar mesin itu bersuara.
Kali kedua ambil tekanan darah, juga normal. Alhamdulillah. Masa kemudian semasa gigi saya diperiksa, doktor gigi itu bersembang dengan pembantunya, tentang ada seorang pesakit dirujuk ke hospital, sebab tekanan darah dia tinggi, 200.
Begitu. Rasa kesian pula dalam hati saya. Datang ke klinik gigi untuk check gigi, tapi kena masuk hospital pula.
Pemeriksaan gigi saya
Selepas periksa tekanan darah normal, barulah saya disuruh duduk atas kerusi untuk diperiksa giginya.
Sambil periksa gigi saya, doktor gigi bercakap status sambil direkod oleh jururawat gigi di sebelah.
Selepas diperiksa gigi saya, doktor gigi suruh saya buat demonstrasi cara saya gosok gigi. Saya pun tunjuk.
Doktor cakap, saya gosok gigi dengan cara salah. Masalah gusi menyusut. Selain faktor usia, sebab gosok gigi terlalu kasar, seperti menyental. Sepatutnya memberus lembut secara gerakan membulat (circular motion).
Rawatan
Mungkin sebab saya datang untuk dental check-up saja, doktor tanya pada saya, boleh tak, kalau dia proceed untuk tampal gigi saya? Saya cakap, boleh. Alang-alang dah datang, kan.
Saya rasa seram dalam hati. Zikir saja, waktu doktor buat kerja. Doktor tampal gigi saya, empat batang! Sekejap doktor akan tanya saya, Puan okay ke? Okay, saya jawap. Baiknya doktor ini.
Saya suruh ChatGPT buat gambarajah perbandingan sebelum dan selepas rawatan gigi. Malulah nak tunjuk gigi saya. Sebab gigi saya tak tersusun.
![]() |
| Sebelum dan selepas rawatan |
Sebenarnya, sebelum rawatan itu, gigi nampak panjang dan hodoh la rupanya, sebab bahagian gigi yang duduk di dalam gusi sudah melanjut ke bawah. Si ChatGPT buat, gambar sebelum elok je. Tapi percayalah, hodoh, tau, gigi nampak lebih panjang. Macam gigi hantu jerangkung. Itu saya malas nak tunjuk gigi sebenar. Alaa, lebih kuranglah. Kome gunakan imaginasi kome ya.
Selepas ditampal dengan warna sama dengan gigi, cantik, wei. Later that day, sekali-sekala saya tengok gigi saya guna cermin kecil yang saya sentiasa bawa dalam handbag, elok doktor gigi tu buat. Sebelah gigi saya, empat batang belah kanan, sudah cantik rupanya. 😍 Gigi belah kiri masih hodoh dan panjang. Hehe..
Bayaran rawatan klinik pergigian
Harga tampal sebatang gigi RM2. Empat batang gigi ditampal. Jadi harga RM8. Campur RM1 bayar semasa pendaftaran, jumlah harga RM9 kesemuanya.
Sangatlah murah, banding rawatan yang saya terima. Suka hati saya. 😁 Syukur, Alhamdulillah. Doktor gigi suruh saya buat temujanji lagi, sebab doktor kata ada lapan lagi gigi atas saya perlu ditampal. Hehehe.. baiklah.
![]() |
| Suruh suami ambil gambar kenangan depan klinik gigi. |
Selepas rawatan gigi
Gigi yang ditampal ada rasa sengal-sengal sikit. Keesokan harinya, saya ada cuba buat temujanji susulan melalui aplikasi MySejahtera. Tapi tiada tarikh available hingga akhir tahun. Saya buat research sikit. By default, orang jumpa doktor gigi 6 bulan, sekali saja. Oleh itu, app itu cuma benarkan kita begitulah. Itu pasal saya tidak jumpa tarikh available untuk saya di klinik yang sama. Mungkin tahun depan, baru akan keluar tarikh itu. Terer betul orang yang buat MySejahtera ini. Tapi saya faham. Takkanlah kita saja yang jumpa doktor gigi. Orang lain pun nak jumpa juga, kasi peluang untuk orang lain buat temujanji pula. Kalau saya salah, minta maaf. Ada pembaca yang ada pengalaman dalam perkara ini? Bolehlah dikongsikan di ruangan komen, ya.
Tangan saya ini memang sudah biasa menyental gigi agaknya, bukan memberus gigi. Saya teringat doktor gigi cakap, kalau Puan masih kekal berus gigi dengan cara yang sama, tidak mustahil tampalan yang baru dibuat pun boleh tercabut dengan cara saya berus gigi.
Jadi, saya pun ajaklah suami pergi farmasi, cari berus gigi elektrik. Saya buat carian dulu, jenis apa yang harga berpatutan dan dia punya kepala mudah didapati di farmasi seperti Watson ataupun Guardian.
![]() |
| Oral-B ProClean Sensitive Clean. |
Bateri didatangkan sekali. Saya sudah lupa berapa harga. Resit pun sudah hilang. Dalam RM60, tak silap saya. Setakat ini, saya suka guna berus gigi elektrik ini. Tak adalah lenguh tangan masa berus gigi. Tudiaa... patut tangan saya lenguh bila berus gigi dulu. Aku menyental rupanya, bukan berus gigi. 🙈
Saya puas hati dengan perkhidmatan klinik gigi yang saya pergi ini. Siap saya suruh suami dan anak-anak buat temujanji sekali, periksa gigi. Tapi dia orang, biasalah, cakap nantilah, nantilah.
Sekian. Jumpa lagi, ya. 💗





Bagus jugalah Kak Nur ambil keputusan untuk jumpa doktor. Lama tu last tahun 2016.Umangaii mahal bona cabut gigi sampai RM900 tu. Mungkin complicated nak cabutnya.
BalasPadamYa, biasanya macam tu lah. Keutamaan pada yang buat janji temu dulu baru walk in.
Paling seram bunyi mesin scaling tu. Aduhaiii auto cuak. Kalau klinik kerajaan memang kena ambil bacaan BP. Klinik swasta ada yang ambil, ada yang tak. Macam klinik saya pergi tak ada check cuma isi consent form je lah.
Saya tak boleh check BP kat klinik dan hospital, confirm mencanak naik tapi dah check doktor dah. Katanya saya ada white coat syndrome. Kat umah kalau check normal je.
Saya pun guna berus gigi elektrik sebab dah memang dia bergerak circular. Cuma kena gerakkan perlahan-lahan je bila gosok gigi tu.
Eh, boleh pulak ek buat 4 batang sekali. Selalunya doktor gigi kerajaan layan satu rawatan je sehari. Ke dia kata satu rawatan terus untuk 4 batang tu. Baguslah juga kalau terus buat macam tu.
Seronok juga ditampal dengan warna yang sama dengan gigi, nampak cantik jadinya.
Uncle memang takut dentist...
BalasPadamLast sekali jumpa diorang find out uncle ada high blood pressure! hahaha
Saya paling seram jumpa dentist. Macam-macam pengalaman menakutkan. Tekanan darah memang wajib naik di klinik pergigian, tapi check di farmasi normal.
BalasPadamLagi bagus ya guna berus gigi elektrik.
BalasPadamHehe rupanya faktor memberuspun boleh buat gusi menyusut. TQ untuk info.
Memang betul kalau nak buat kat klinik kerajaan, appointment kena awal 2 bulan gitu, kalau kat swasta 1 minggu je.. semoga gigi nya cepat baik. Thx info pasal cara berus gigi
BalasPadamCie pun pernah operate gigi geraham bongsu 2x. Tahun berbeza la. Ni pun dah lama tak check up. Seram kalau nak jumpa dentist entahla kenapa dari kecik.
BalasPadamAdoii nur terbayang dah bila sebut dentist hahaa... ni aritu cabut gigi, gusi masih bengkak lagi... mmg x selesa dibuatnya. Tapi bagus nur tergerak jumpa dentist, dh bole tau cara gosok gg pun dh salah ye... pasni makin cantek la gg nur ye hehe
BalasPadamMurahnya harga tampal gigi di klinik pergigian ni! Tapi itulah nak dapat slot yg susah kan..
BalasPadamMacam best je berus gigi eletrik tu...
Kelakar bab imaginasi gigi jerangkung tu! 🙈 Tapi memang salute doktor klinik kerajaan buat kerja kemas. Berbaloi sangat pelaburan berus gigi elektrik tu untuk jaga tampalan baru..SA tahun lepas scaling dan tampal gigi kat swasta RM770..RM500 tolak elaun gigi company bagi...so RM270 SA tambah guna duit sendiri
BalasPadamMesti Tot sental macam sental bilik air tu perasaannya, hahahha. Kita hari tu tengok VTT Dr Habib namanya, dia pesan guna berdua gigi yang lembut, terus sy tukar. Sejak tu dah tak rasa sakit gusi sangat. Sy pun mneyental la selama ni.
BalasPadammacam teringin pula nak dapatkan berus gigi elektrik tu.
BalasPadamAlhamdulillah..berbaloi pergi klinik kerajaan, bayran murah, kerja bagus..baru beli berus gigi, akk beli yg soft, ada yg ultra soft...menarik lak berus gigi elektrik..haáh cari yg mudah beli replaceable kepala..
BalasPadamAduhai..Ngilu baca. Last sy cabut gigi masa buang sepihan gigi yang dh reput. Itu pun kena belah sikit gusi sbb nk amik yg masih trtanam.
BalasPadam