Nasi Kandar 786 Kampar, Batu dan Kampung Gajah serta Puteri Limau Purut

 Sambung cerita selesai urusan di klinik gigi, pada hari yang sama, iaitu 22 Julai 2026, suami saya off kerja. Waktu itu, sudah pukul 11 lebih. Hampir masuk waktu makan tengahari. Suami ajak jalan-jalan ke Kampar, pekena nasi kandar la, apa lagi. Saya on jer. 😁

Jadi, cerita sarapan di Warung Pak Wan, temujanji klinik gigi dan entri ini, berlaku pada hari yang sama, ya. Hehe...

Nasi kandar yang sedap

Tak padan dengan rasa sengal-sengal lepas tampal empat batang gigi. Tak apa, I am strong. Nasi kandar punya pasal. Apadehal...  kalau ngilu atau susah nak gigit, kita kulum sajalah makanan sampai hancur, macam orang tua takde gigi makan. 🙈

Nak kata dekat dari Manjung ke Kampar itu, tidak juga. Tapi sajalah, santai-santai bawa kereta, masuk kampung orang, tengok pokok, meronda menaiki kereta sambil lalu jalan dalam melalui Kampung Gajah.

Sampai saja di Kampar, memang tuju terus ke kedai nasi kandar. Jom tengok kami makan apa.

Nasi kandar ikan goreng, kobis dan telur masin di Nasi Kandar 786 Kampar
Pinggan suami

Suami memang suka letak kuah campur. Dia ambil lauk ikan goreng, bersama sayur kobis dan telur masin. Kuah campur sini, agak pedas, tau. Tapi memang kick la! Penuh rasa, auummm..!

Nasi kandar lauk ayam goreng bersama sayur kobis dan telur masin di Nasi Kandar 786 Kampar
Pinggan saya

Saya pula ambil nasi separuh, kuah sikit (tapi mamak terletak banyak juga), lauk ayam goreng bersama sayur kobis dan telur masin juga. 
Alhamdulillah, rezeki. Masih dapat menikmati makanan. Lepas makan, masuk kereta saja, periksa gigi. Geleng kepala suami tengok perangai saya. Baik, masih in place dan cantik. Maksud saya, tampalan yang doktor gigi baru buat dan gigi saya. Ayam goreng itu agak keras dan rangup. Sedap. Saya tak gigit langsung guna gigi. Koyakkan daging ayam guna jari saja, dan kunyah perlahan-lahan guna bahagian mulut yang tidak ada kerja tampalan gigi itu.

Selepas makan nasi kandar, kami singgah di stesen minyak sekejap, ke tandas. Kemudian pesan kopi di Zus Kampar dan terus pick-up. Lepas makan tengahari, pekena kopi panas pula, segar biji mata. 

Berhenti solat

Dalam perjalanan pulang ke Manjung, kami berhenti solat sekejap, di Masjid Toh Puan Besar Hatijah, Batu Gajah, Perak.

Masjid Toh Puan Besar Hatijah, Batu Gajah, Perak.
Masjid Batu Gajah

Ini kali kedua saya pernah berhenti solat sini. Dulu-dulu, saya solat di bahagian atas. Lepas tu, saya terlupa nak naiki tangga ke bahagian solat muslimat itu di mana. Semasa saya tercangak bangak cari tangga, ada seorang lelaki beritahu saya, ada ruang solat wanita di bahagian bawah, dan tunjukkan arah pada saya. Jadi, lebih baguslah, tak perlu naik tangga ke aras atas. 

Dahulunya, masjid ini dikenali sebagai masjid daerah Batu Gajah. Ia terletak di tengah-tengah bandar Batu Gajah. Masjid ini terkenal dengan kubah emasnya yang cantik, menyerupai reka bentuk Dome of the Rock di BaitulMaqdis serta senibina yang diinspirasikan daripada masjid-masjid di Istanbul, Turki.

Saya ada perasan banyak jendela stained glass yang cantik, tapi segan pula nak ambil gambar, sebab masih ada jemaah ulang alik keluar masuk. Udah macam pelancong pula, sedangkan saya berhenti untuk solat jamak. Baiklah saya segerakan urusan wajib dulu.

Ruang solat wanita di aras bawah Masjid Toh Puan Besar Hatijah, Batu Gajah, Perak
Ada jendela stained glass juga di bahagian solat wanita tingkat bawah ini.

Masjidnya cantik. Tapi antara tempat ambil wuduk dan ruang solat wanita, terbuka, jadi kena sarung tudung lengkap. Karpet pun cantik dan tebal. Aircond off. Agak panas masa solat.

Jalan Kampung Gajah

Kami teruskan perjalanan pulang dari Batu Gajah, melalui Tanjung Tualang, kemudian sampai ke Kampung Gajah. 

Jalan dari Tanjung Tualang ke Kampung Gajah
Jalan dari Tanjung Tualang ke Kampung Gajah.

Saja meronda tengok kampung orang, tidak melalui jalan utama. Lagi pun jalan di sini, kurang sesak. Tapi, mungkin tidak sesuai dilalui pada malam hari. 

Sebenarnya ada beberapa jalan alternatif untuk pulang ke Manjung. Pada hari itu, kami melalui jalan yang kami tidak pernah ikut. Susur masuk ke satu jalan kecil, tapi boleh tembus ke Lambor Kanan dan seterusnya akan tiba di jalan pintas ke Bandar Baru Setia Awan Perdana, Sitiawan, Perak. 

Sebelum itu, waktu kami melalui kawasan Pulau Tiga, Kampung Gajah, ternampak papan tanda Makam Puteri Limau Purut.

Papan tanda ke Makam Puteri Limau Purut di Pulau Tiga, Kampung Gajah, Perak.
Papan tanda ke Makam Puteri Limau Purut

Kome pernah dengar tak, Puteri Limau Purut?

Saya selaku orang Perak, pernah juga dengar dulu, arwah opah saya cerita. Puteri ni, cantik rupa parasnya. Seperti tertera pada papan tanda di atas, nama penuh beliau ialah Puteri Limau Purut Ibni Sultan Mukadham Shah.

Sejarah Puteri Limau Purut

Saya ringkaskan lah ya. Puteri ini terkenal apabila beliau memotong timun (atau tebu hitam, dalam versi lain) semasa berkelah, lalu terhiris jarinya. Baginda mangkat serta-merta selepas luka tersebut mengeluarkan darah warna putih, lebih kurang macam lagenda Mahsuri di Langkawi.

Habis tu, apa kaitan dengan Limau Purut pula?

Ada 2 versi cerita. bonda Puteri ini, semasa mengandungkan puteri, baginda mengidam limau purut. Dari situ, dapat nama Puteri Limau Purut. Lagi satu versi, kawasan di tempat Puteri mangkat itu, ada pokok limau purut. Itulah asal nama beliau.

Kemangkatan Puteri Limau Purut ini membabitkan sejarah di mana Sultan Aceh (Sultan Iskandar Muda) telah melancarkan perang ke atas Perak, kerana menyangka berita kematian puteri jelita itu hanyalah helah politik untuk menolak pinangan baginda. Pinangan kena tolak, raja Acheh murka, terus serang Perak. 

Macam itulah lebih kurang ceritanya. Kalau nak tahu lebih lanjut, bolehlah google ya. 

Saya tak berhenti untuk melawat makam, kerana waktu itu, hari sudah petang. Nak cepat sampai rumah sebelum maghrib. Dari hasil carian saya, dekat kawasan situ ada tiga buah kubur, di mana kubur Tuan Puteri Limau Purut berada di tengah dan diapit oleh dua kubur dayang-dayang baginda. 

Banyak juga makam-makam raja lama di kawasan Bota dan Parit yang boleh kita lawati, bagi sesiapa yang berminat dengan bab sejarah ini.

Okay. Sekian cerita saya berjalan-jalan makan nasi kandar di Kampar, singgah Batu Gajah, lalu jalan Kampung Gajah dan terjumpa makam Puteri Limau Purut.

Jumpa lagi, ya. 💗

Share:

19 ulasan:

  1. Dan lagi tu Kak Nur pekena nasi kandar. hihi..kalau dah nasi kandar tak boleh nak tolak. Husband saya pun jenis makan nasi kuah campur banjir. Agaknya memang lelaki makan macam tu kot. Baru surr agaknya kan.
    Seksa juga nak makan makan ayam isi dia keras sikit. Tapi takpe, slow-slow makan.
    Ruang terbuka macam ni tak dapatlah kita tanggal tudung. Kena bertutup je lah kan.
    Cerita tentang Puteri Limau Purut teringat cerita animasi tu. Tak pernah sampai lagi rasanya tempat-tempat ni. Jarang betul nak explore bumi Perak ni.

    BalasPadam
  2. Seram nak makan kalau lepas tampal gigi. Ayam goreng tu memang menarik.

    BalasPadam
  3. Dari lapar tengok nasi kandar, terpegun pula baca sejarah puteri limau purut.

    BalasPadam
  4. Hehe ingatkan rekaan je Kisah Puteri Limau Purut, rupanya betul betul ada! Teringat pulak Puteri Limau Bali badannya besar sikit. Hee

    BalasPadam
  5. Gigihnya demi nasi kandar Kampar! Walau gigi ngilu lepas tampal, trip jalan-jalan naik kereta memang tetap berbaloi. Menarik betul sejarah Puteri Limau Purut dan makam bersejarah di Perak ni. Nanti teringin nak singgah juga bila lalu!

    BalasPadam
  6. Nasi kandar itu mengundang rasa geram sebab kitanya kena eat clean tapi entahkan berjaya ke idok itu tidak la tahu😅Seronok betul life Tot. Slow life. Jalan-jalan ronda-ronda masuk keluar kampung. Singgah makan di kedai molek-molek. Mengopi. Life idaman sungguh ni

    BalasPadam
  7. Puteri Limau Purut itu macam ada dibuat cerita bersirinya oleh penerbit yang buat Upin Ipin tapi eh ke cerita puteri lain kan

    BalasPadam
  8. Sejujurnya wak tak pernah lagi makan nasi kandar.
    Masuk kedai makan mamak pun tak pernah.

    BalasPadam
  9. Mamak tu kalau mintak sikit memang dia letak banyak....

    BalasPadam
  10. Lovely photos! The food looks very good!

    BalasPadam
  11. Sedapnya nasi kandaq ni...
    Seronok baca kisah Sejarah pasal puteri dulu². Dekat kampung sepupu mertua Sy ada makan puteri juga. Tapi tak pernah ziarah pun.

    BalasPadam
  12. Kisah Puteri Limau Purut ada saya baca sepintas lalu dalam sebuah buku sejarah..Buku ini cukup detail mengisahkan gelagat para pembesar dan rakyat di Tanah Melayu suatu ketika dulu.

    BalasPadam
  13. Nnt blk kg nk try la pegi kedai mamak ni. Jln tg tualang ke kg gajah tu la jln nk kena kg sy..Kalau nmpk Sekolah Kebangsaan Sungai Galah area tu la rumah arwah mak yg kak yong sy dh beli. =)

    BalasPadam
  14. Wah, gigih betul demi nasi kandar Kampar! Memang respect tahan sengal-sengal lepas tampal 4 batang gigi terus demi makan nasi kandar. Tapi nampak menggiurkan betul ayam goreng dengan telur masin tu, berbaloi makan perlahan-lahan. Janji gigi tampal tak tertanggal dah kira menang besar

    BalasPadam
  15. Dari kisah makan nasi kandar yang gambarkan menyelerakan, kenapa tiba² sy rasa ada vibe seram pulak. Rajin suami Tot jalan² ikut jalan lain bila cuti. Tapi Perak memang banyak tempat boleh diterokai, kan.

    BalasPadam
  16. rasa macam Les'Copaque pernah buat cerita kisah puteri purut..saya ingatkan cerita dongeng

    BalasPadam
  17. Baca cerita pasal tempat-tempat di Perak dan Tuan Puteri Limau Purut ada teringat cerita Siri Bercakap Dengan Jin di mana dia ada singgah merata di Perak. Selalu bayang tempat berhutan dan seram. Hehe maaf itu yang saya dapat apabila baca dan tengok gambar dari Tanjung Tualang ke Kampung Gajah.

    BalasPadam
  18. Kami di Kampar dah tak suka dah gi Restoran Nasi kandar beratur 786 tu. Kami ada port baru- Hj Ibrahim Bistro. Nasi kandar dia pergh... lagi paduu...

    BalasPadam
  19. Pertama kali baca kisah Puteri Limau Purut.

    BalasPadam