Wira kena towing
Masa musim percutian ini, kurang sikit orang blogwalking, ya. Saya sendiri pun, macam terhad masa untuk online. Ye lah, anak-anak tiga orang ada di rumah. Kerja saya memasak je. Tak pun, habiskan masa dengan dia orang. Sementara anak-anak ada di rumah ni. Nanti dah balik asrama, rindu pula dengan dia orang. Hehe...
Jom tengok cerita pada hari Selasa, 4 Ogos 2026 yang lepas. Pagi-pagi, pergi briskwalk di Padang Astaka, Sitiawan.
![]() |
| Berjalan selama 56 minit, dengan jarak sejauh 4.58 kilometer. |
Alhamdulillah. Langit pagi cantik. Bila jalan luar, rasa happy, dapat tengok pokok, langit, dan orang.
Suami cerita, kereta Wira rosak clutch. Semasa kejadian, suami saya on the way balik, habis kerja pukul 12 malam. Kereta Wira tu, manual. Tak boleh masuk gear bila berhenti di trafik light. Jadi, suami saya call kawan-kawan ofisnya, tolong tolak kereta ke tepi jalan.
Pagi itu, selepas briskwalk, kami pergi tempat kejadian.
Cari dalam group penduduk setempat kawasan kami, nombor telefon trak tunda. Dapat, terus tunda kereta Wira ke bengkel kereta.
Saya sertakan video kereta Wira naik trak tunda.
Selepas hantar Wira pergi bengkel berdekatan rumah, kami pergi sarapan di Lumut Hotspot. Jom tengok kami pesan apa.
![]() |
| Air kosong untuk suami dan kopi o panas kosong untuk saya. |
Walau minta kosong, dia tetap beri gula, dalam bungkusan.
![]() |
| Telur separuh masak, suami nak makan. |
![]() |
| Saya pesan set Big breakfast |
Tiba-tiba rasa nak merajuk la, sebab dia lambat hantar pesanan saya. Huhu... tapi makanan dia sedap. Itulah kali terakhir kami pergi makan situ. Sejak itu, tidak pergi lagi.
Tapi set big breakfast ini memang sedap. Ada salad, mashed potato, telur omelette, garlic bread, sosej, baked beans dan chicken slice. Memang mengenyangkan.
Alhamdulillah. Lepas makan saja, kami balik rumah dulu. Lepas kereta Wira siap dibaiki, barulah saya hantar suami ke bengkel untuk bawa balik Wira.
Kereta antik. Kereta tu memang suami pakai untuk pergi balik office. Saya tak drive kereta Wira, sebab sudah lupa bawa kereta manual. Pernah cadang pada suami untuk jual, tapi suami kata, sayang. Hmmm....
Okaylah. Jumpa lagi, ya. 💗





Mesti ada sentimental value Wira tu.
BalasPadamAdehh... lupalah cemana nak bawa kereta manual.
kereta pertama sy ialah Wira maroon manual yg dibeli pd 2001. 10 thn kemudian trade in dgn Toyota...
BalasPadamSy suka tgk big breakfast tu..=D
BalasPadamNasib la big breakfast tu sedap walau dah sampai lewat.. kalau tak mau hangin dibuatnya..
BalasPadamWira tu pun nak cuti juga sempena cuti sekolah ni.. moga cepat sihat la wira tu..
Selagi boleh pakai..sayang nak jual.. Linda pun ada lagi wira sedan ni.. kalau terpaksa, bawa la juga..hihihi
BalasPadamAda sentimental value dgn kereta tu agaknya Nur. Lagipun masih boleh diguna, guna je. Selamat duit nak beli kereta baru hehe...
BalasPadamGeram Sy tengok nasi goreng kampung tu, favorite!