Berjalan satu hari

 Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang saya hormati sekalian... 😊

Entri kali ini, saya nak ceritakan perkara yang berlaku pada hari Jumaat, 28 Ogos 2026 yang lepas. Cerita satu hari, tau. Dari pagi sampai ke malam. Hehe... kalau nak tahu apa yang berlaku, jom tengok.

Jalan pagi

Suami off kerja pada hari tersebut. Jadi, kami keluar briskwalk di Esplanade Lumut. Berdua lebih baik. Tapi kalau suami kerja, solo pun jalan juga. Cuma saya tukar-tukar tempat berjalan. Ikut mood.

Rekod aktiviti brisk walk menggunakan aplikasi Garmin Connect
Berjalan sejauh 4.64 kilometer selama 1 jam 10 minit.

Ada tertera waktu saya mula aktiviti briskwalk, pukul 6.46 pagi. Awal mula, awal boleh balik.

Lumut International Yatch Club
Lumut International Yatch Club

Bangunan tinggal. Dulu-dulu memang berfungsi, dan ada banyak bot datang berlabuh di jeti depan yatch club ini. Tak tahu kenapa. Tempat ini besar, lengkap dengan kolam renang. Umpama hotel. Mungkin kos pengurusan atau ada masalah lain. Ada tertera papan tanda juga, bangunan ini diletak di tanah persendirian hak milik satu syarikat, yang saya tak perlu tulislah di sini. 

Nak tahu tak... saya pernah menyimpan angan-angan. Kalau saya banyak duit, saya nak beli tempat ini, dan uruskan macam mak Forrest Gump buat. Buat macam bed and breakfast. Sebab rumah besar dan ada banyak bilik. Orang luar yang bawa bot boleh berlabuh di jeti. Boleh tinggal sementara nak pergi bercuti di atas darat. Berangan itu percuma. 😊

Sayang kan, tempat besar dan cantik, tapi sudah tidak diuruskan. Memang bila briskwalk di Esplanade Lumut, anda akan melalui kawasan yacht club ini. Dulu ada pengawal jaga, sekarang sudah tiada.

Sarapan

Hari off suami, memang cenderung untuk makan awal. IF pun terbang dibawa angin lalu. Selepas jalan pagi, ronda-ronda cari ilham hendak sarapan di mana. Jumpalah orang jual nasi kuning Kedah di tepi jalan. Pertama kali nampak, berhenti beli dan boleh makan di rumah.

Nasi kuning lauk daging kicap
Saya punya nasi kuning, lauk daging kicap.

Banyaknya nasi dia... Harga sebungkus RM3. Suami ambil lauk lain, saya pun tak ingat. Beli tiga bungkus, untuk saya, suami dan budak Amirul. Okayla kan, walaupun dagingnya cuma beberapa ketul dalam gambar di atas, berpadananlah dengan harganya. Alhamdulillah... 😋

Mouse baru

Selepas sarapan, sempat on laptop sebentar, untuk update blog. Merasmikan wireless mouse baru beli hari sebelumnya. Beli di MR.DIY. Berfungsi dengan baik. Sebelum ini, saya pakai mouse ada cable. 

Mouse baru saya
Comel tak, mouse baru saya? 

Pergi Ipoh

Lepas solat Jumaat, saya, suami dan Amirul bertolak ke Ipoh, ambil budak berdua dari politeknik. Mereka cuti seminggu. Rekod paling lama, Hafizan tidak balik rumah selama 5 minggu. 

Hafizan agak sibuk bila masuk semester 5 ini. Dia ada naik bas pergi KL, rombongan cik kiah, ambil kursus CompTIA Security+. Alhamdulillah, lulus. Hafizan cerita, dia study banyak jam untuk kertas itu. Sebab kadar kelulusan pun agak tinggi, ada beberapa kawan dia yang turut pergi, tapi tak lulus. Kalau ambil sendiri sijil ini, agak mahal harganya, Alhamdulillah, bawah politeknik, ada harga subsidi sikit. Syukur, boleh menambah baik diploma budak ini. 

Duduk di barisan belakang kereta Alza
Mama duduk di barisan paling belakang

Siapa orang kaki paling pendek dalam family? Dialah kena duduk seat paling belakang. Anak-anak semua kaki panjang-panjang, boleh sakit kaki sebab tempat duduk belakang dalam kereta ini, paling sempit ruangan kakinya. Mama selesa dan siap terlelap pula, sebab ada kipas kecil bapa budak pasang di belakang. Udah macam rumah pun ada kereta ni. Bantal pun ada. 

Makan malam

Selepas ambil anak-anak politeknik, singgah makan malam di Restoran Nan Tomyam dekat Siputeh.

Oyen dekat kedai Nan Tomyam Siputeh
Kucing dekat kedai tomyam

Alhamdulillah. Tak ambil pula gambar makanan. Masing-masing kelaparan, gitu. 

Manjung Night Market

Selamat sampai Manjung, hantar anak-anak balik rumah. Lepas solat, kami suami isteri keluar semula, saja jalan-jalan di night market, ada satu tempat nampak orang berniaga di tepi jalan utama semasa dalam perjalanan balik rumah tadi.

Bulan di langit
Bulan di langit

Dekat saja di hadapan Aeon Mall Seri Manjung. Kami baru perasan. Boleh jadi baru juga dibuat, Manjung Night Market ini. Ada banyak gerai jualan, dari makanan, pakaian, kopi, aksesori, produk kesihatan dan macam-macam. 

Suami terbeli kacang pistachio dan gajus. Mixed nut pun beli juga.

Mengopi di 989 Kopi

Lepas jalan-jalan tengok barang, kami lepak berdua di 989 Kopi di pekan Lumut. 

Eh, dekat kawasan sini pun ada juga banyak gerai jualan. Kami baru tahu, rupanya Friday night di Manjung, agak happening juga. Kami jarang keluar malam. 

Kopi dua, lemon butter cake dan brownie
Kopi dua, lemon butter cake dan brownie.

Saya bawa buku Travelog Haji seperti dalam gambar di atas, dalam handbag. Bila ada peluang, saya baca, sikit-sikit. Buku ini pemberian teman blogger yang dikasihi, yang namanya beliau minta saya tidak perlu kongsi di blog. 😊 Terima kasih banyak, tau, beliau beri saya banyak hadiah selain buku, ada telekung Siti Khadijah, beg, stokin, dan beberapa hadiah cenderahati comel. Semoga Allah murahkan rezeki kawan blogger ini, dan beliau sihat-sihat selalu. 🤲

Night flea market di hadapan 989 Kopi
Night flea market di hadapan 989 Kopi

Macam-macam produk jualan ada. Pakaian pun jenis fesyen orang-orang muda pakai sekarang. Banyak vendor yang membawa meja kerusi jualan sendiri dan berjualan sekitar taman permainan di hadapan cafe ini. 

Buskers pun ada. Jadi saya tidak dapat fokus baca. Ulang baca perenggan sama berulang kali. 😂 Tutup buku, sambung baca di rumah. Terus menikmati kopi panas sambil melihat gelagat orang lalu lalang.

Laman Karya Lumut
Laman Karya Lumut

Nampak tak, meriah sampai ke kawasan Laman Karya Lumut yang lokasinya berdekatan dengan cafe 989 Kopi ini. Ramai orang Manjung suka keluar malam-malam rupanya. Di Laman Karya Lumut itupun ada Larwoot Cafe dan Kopikoi Cafe. Dua-dua kami belum sempat cuba lagi. Lain kali boleh try.

Alhamdulillah. Satu hari berjalan-jalan. Penat, tapi suka dapat lihat pemandangan yang jarang dapat tengok. 

Jumpa lagi, ya. 💗

Share:

14 ulasan:

  1. Wah hapenning sungguh waktu malam. Kita ni jenis tak keluar malam bila sesekali kuar gua seronok tenguk.

    BalasPadam
  2. Comel mouse nya Dan sweet warna biru. Kiter suke kiter suke

    BalasPadam
  3. Happening betul malam² dekat situ ye...
    Sy pun suka tengok citer omputeh yg usahakan B&B ni. Macam best kan...

    BalasPadam
  4. Hahaha nur kita gelak tau baca part kaki pendek kena dok blkg tu hehe comel je...

    Mouse tu pun nmpk comel juga tau🥰🥰

    BalasPadam
  5. Saya tengok maps, tak jauh dari Lumuda Hotel tempat saya menginap haritu. Cuma saya tak sempat nak explore Esplanade Lumt belah sana tu.
    Tak salah berangan. Syok juga kalau dapat jadi owner tu. Sayangnya kalau terbiar begitu saja.

    Nasi banyak, kalau saya memang susah nak habiskan ni kak melainkan kalau tengah lapar.

    Comelnya mouse. Lebih suka guna jenis wireless ni.
    Tahniah Hafizan, berjaya lulus.

    Saya pun rendah juga. Kalau duduk di kerusi pun boleh hanyun kaki lagi. hihi...Okaylah semua ada dalam kereta tu. Boleh tidur dengan lena gitu.

    Meriah juga malam-malam di Lumut ni ye.

    BalasPadam
  6. Wahhh..Ini betul2 brjln seharian ni sis. Sama la kita sis. kami dah jarang keluar lewat malam. Paling lewat nak smp rumah jam 8 mlm. Kalau mlm minggu ikut rajin la nk keluar lps maghrib..kalau x rajin mmg x kemana..=D

    BalasPadam
  7. Kemungklinan yang keluar malam2 tu bukan orang situ. Orang luar yang datang bercuti dan penduduk luar yg bermaustatin di sana.

    BalasPadam
  8. Terima kasih dah bawak saya sama-sama berjalan dari Esplanade Lumut sampailah berembun di Manjung Night Market.. hihi.

    BalasPadam
  9. dah lama tak bw. last haritu bw lepastu kena batuk yang teruk awal-awal jerebu melanda. sekarang duduk rumah dulu.. huuu

    BalasPadam
  10. Meriah hujung minggu di manjung dan lumut.. tak lama lagi, Linda la bakal duduk dekat row belakang sekali.. hahaha..buat masa ni, masih di sebelah pemandu..

    BalasPadam
  11. Saya jenis badan tak berapa cukup stamina, kalau dah berjalan seharian siang tu, malam mau terbaring rehat-rehat jelah 😅

    Baca buku ilmiah/separa ilmiah…saya perlu ruang senyap. Kalau baca novel takpe, tenggelam dalam cerita novel tak hirau suasana keliling.

    BalasPadam
  12. I enjoyed seeing all your photos. I love the cat, the views and the lovely tour...good food, too.

    BalasPadam
  13. dah lama juga saya tidak berjalan untuk riadah...selain jerebu, saya sibuk dengan projek keduniaan hehehehe

    BalasPadam