Monday, June 23, 2025

Brunch Nasi Kerabu

Tarikh 11 Jun 2025.

 Brunch: Hidangan yang diambil lewat pagi yang merupakan kombinasi sarapan lewat dan makan tengahari awal.

Soalnya, bukannya tak sarapan hari itu. Sudah sarapan pun. 

Lepas sarapan, dessert pula aiskrim.

Lepas pencuci mulut, nampak gerai jual nasi kerabu, pergi beli pula sebungkus. Aduh...


Nasi kerabu daging yang enak di Lumut
Nasi kerabu daging

Berkongsi makan dengan suami. Nasi kerabu daging. Ambil sekali telur masin. Ada keropok dalam nasi kerabu dia. 

Nasi kerabu: Hidangan nasi yang berwarna biru (warna diperolehi daripada bunga telang), biasanya dihidangkan bersama ulam-ulaman, kelapa parut yang disangai, dan pelbagai lauk-pauk seperti ikan goreng, ayam goreng atau dibakar, atau daging bakar, solok lada dan telur masin. Nasi kerabu berasal dari Pantai Timur Semenanjung Malaysia, terutamanya Kelantan dan Terengganu, dan juga popular di selatan Thailand. Sos budu, iaitu sos ikan yang diperam, merupakan antara perisa yang sering digunakan dalam nasi kerabu.

Pendapat saya, nasi kerabu di atas, sangat sedap! ๐Ÿ˜‹

Lokasi: Warung nasi kerabu, di Persiaran Venice Sutera 8, Lumut, Perak. Berhadapan Rich Khalifah Family Mart. Nama warung jual nasi kerabu ni, tak tahu, sebab suami yang belikan. Baru dibuka juga. Dulu, tak ada. Tak silap, sejak Hari Raya Haji hari tu, mula nampak.

Harga nasi kerabu di atas: RM10

Portion banyak, membukit. Kena kongsi makan dua orang.

Ok. Sekian cerita makan brunch. Lepas tu, tak makan tengahari dah. Kenyang sampai ke petang. Alhamdulillah.

Jumpa lagi, ye. ๐Ÿ’—

14 comments:

  1. Ammi suka nasi kerabu kalau guna ulaman yg banyak. Nowadays byk kedai yg cuma letak hirisan kobis je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang pun tengok yang jual tepi jalan kebanyakan begitu.

      Delete
  2. Tgk gambar pun nmpak portion byk nasi kerabu tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau jenis tak makan banyak tu memang bagi 2 hahhaa

      Delete
  3. Wahh sedap nya.macam macam ada campuran.

    ReplyDelete
  4. Tengok taufik yang rply komen...rasa macam.. "tadi bukak blog kak Nur, ke silap ye"... Hihihi..
    Itulah cara komunikasi kita dalam blog nie... Terbaik

    ReplyDelete
  5. Sarapan pagi paling favourite! Rasanya saya boleh habis makan sorang kot ni ๐Ÿคญ

    ReplyDelete
  6. Nampak pun sedap sangat nasi kerabu tu ๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹

    ReplyDelete
  7. Aduh, rosak diet kalau dah ternampak makanan sedap. Sesekali takpe lagi kan Kak Nur. Banyak porsi nya tu kalau boleh kongsi berdua. Harga kira okaylah tu. Ada tempat RM12. Nasi kerabu favourite saya. Suka makan dengan sambal gepreklah tapi. hihi..Derhaka dengan budu.

    ReplyDelete
  8. sedap tu nasi kerabu...kita suka lauk lemak bakar or kambing bakar mkn dgn nais kerabu

    ReplyDelete
  9. Kita baru petik bunga telang, cadangnya nak buat homemade nasi kerabu. Entah bila akan terlaksana tu tak tahulah hihi

    ReplyDelete
  10. Makan nasi kerabu kenyang sampai hari rabu. hehehehe

    ReplyDelete
  11. Lama tidak makan nadi kerabu. Memang kena perut betul-betul kosong baru boleh habiskan.
    Teringin juga hendak cuba nasi kerabu dengan lemak bakar.

    ReplyDelete
  12. Ini salah satu jenis makanan yang belum saya temui disini Mbak.
    Disini saya baru saya temukan nasi lemak di salah satu resto di Sukabumi.
    Jadi, penasaran sekali dengan nasi kerabu ini...

    Salam,

    ReplyDelete