Tarikh 11 Jun 2025.
Brunch: Hidangan yang diambil lewat pagi yang merupakan kombinasi sarapan lewat dan makan tengahari awal.
Soalnya, bukannya tak sarapan hari itu. Sudah sarapan pun.
Lepas sarapan, dessert pula aiskrim.
Lepas pencuci mulut, nampak gerai jual nasi kerabu, pergi beli pula sebungkus. Aduh...
![]() |
| Nasi kerabu daging |
Berkongsi makan dengan suami. Nasi kerabu daging. Ambil sekali telur masin. Ada keropok dalam nasi kerabu dia.
Nasi kerabu: Hidangan nasi yang berwarna biru (warna diperolehi daripada bunga telang), biasanya dihidangkan bersama ulam-ulaman, kelapa parut yang disangai, dan pelbagai lauk-pauk seperti ikan goreng, ayam goreng atau dibakar, atau daging bakar, solok lada dan telur masin. Nasi kerabu berasal dari Pantai Timur Semenanjung Malaysia, terutamanya Kelantan dan Terengganu, dan juga popular di selatan Thailand. Sos budu, iaitu sos ikan yang diperam, merupakan antara perisa yang sering digunakan dalam nasi kerabu.
Pendapat saya, nasi kerabu di atas, sangat sedap! 😋
Lokasi: Warung nasi kerabu, di Persiaran Venice Sutera 8, Lumut, Perak. Berhadapan Rich Khalifah Family Mart. Nama warung jual nasi kerabu ni, tak tahu, sebab suami yang belikan. Baru dibuka juga. Dulu, tak ada. Tak silap, sejak Hari Raya Haji hari tu, mula nampak.
Harga nasi kerabu di atas: RM10
Portion banyak, membukit. Kena kongsi makan dua orang.
Ok. Sekian cerita makan brunch. Lepas tu, tak makan tengahari dah. Kenyang sampai ke petang. Alhamdulillah.
Jumpa lagi, ye. 💗

Ammi suka nasi kerabu kalau guna ulaman yg banyak. Nowadays byk kedai yg cuma letak hirisan kobis je
BalasPadamSekarang pun tengok yang jual tepi jalan kebanyakan begitu.
PadamHa ah, versi orang niaga, nak jimat kos. Ulam letak sikit.
PadamTgk gambar pun nmpak portion byk nasi kerabu tu
BalasPadamKalau jenis tak makan banyak tu memang bagi 2 hahhaa
PadamBetul, Kakmim, gendut lepas makan.
PadamHa, ye, Encik Mohamad Taufik, haruslah kongsi. Seorang, memang tak habis.
Wahh sedap nya.macam macam ada campuran.
BalasPadamSedap, Encik, Alhamdulillah.
PadamTengok taufik yang rply komen...rasa macam.. "tadi bukak blog kak Nur, ke silap ye"... Hihihi..
BalasPadamItulah cara komunikasi kita dalam blog nie... Terbaik
Hehehe... Encik Taufik tolong reply komen. 😁
PadamSarapan pagi paling favourite! Rasanya saya boleh habis makan sorang kot ni 🤭
BalasPadamHebat, Mazni, kalau boleh habiskan. Tapi takpe, Mazni naik gunung ganang dan bukit. Perlu tenaga banyak.
PadamNampak pun sedap sangat nasi kerabu tu 😋😋😋😋
BalasPadamMemang sedap, Mulan. Daging ada rasa dan lembut. Budu just nice, tidak masin. Alhamdulillah.
PadamAduh, rosak diet kalau dah ternampak makanan sedap. Sesekali takpe lagi kan Kak Nur. Banyak porsi nya tu kalau boleh kongsi berdua. Harga kira okaylah tu. Ada tempat RM12. Nasi kerabu favourite saya. Suka makan dengan sambal gepreklah tapi. hihi..Derhaka dengan budu.
BalasPadamTakpe makan dengan apa pun, sambal geprek pun layan, ikut citarasa masing-masing. 😋
Padamsedap tu nasi kerabu...kita suka lauk lemak bakar or kambing bakar mkn dgn nais kerabu
BalasPadamKalau ada kambing bakar, memang ambil. Tapi suami saya tak makan kambing. Itu yang beli lauk daging tu. Sedap yek, mama tisya, nasi kerabu. Yummy.
PadamKita baru petik bunga telang, cadangnya nak buat homemade nasi kerabu. Entah bila akan terlaksana tu tak tahulah hihi
BalasPadamChaiyok, PH! You can do it! Nasi kerabu, satu! 😁💪
PadamMakan nasi kerabu kenyang sampai hari rabu. hehehehe
BalasPadamHehe.. Pantun dua kerat kah itu.
PadamEsoknya dah lapor balik. 😅
Lama tidak makan nadi kerabu. Memang kena perut betul-betul kosong baru boleh habiskan.
BalasPadamTeringin juga hendak cuba nasi kerabu dengan lemak bakar.
Betul, betul!
PadamSilalah, NA. Sedap juga, pekena sekali-sekala, lemak bakar.
Ini salah satu jenis makanan yang belum saya temui disini Mbak.
BalasPadamDisini saya baru saya temukan nasi lemak di salah satu resto di Sukabumi.
Jadi, penasaran sekali dengan nasi kerabu ini...
Salam,
Enak sekali, Pak Asa. Lebih kurang serupa nasi ulam, tapi berbeda sikit, dari segi sosnya, dan lauk sampingannya.
PadamDah lama x makan nasi kerabu...suka gak..especially lauk daging dan lemak bakar
BalasPadamSedap kan, SA.
PadamMantap rupa nasi kerabunya tu. Baca post ini terfikir eh bila kali terakhir KSarie makan nasi kerabu kan🥲
BalasPadamHehe.. nampak benor dah lama tak pekena tu, KSarie. 😁
PadamOmg rinduuuuu sangat makan nasi kerabu 🤤🤤🤤❤️. Memang sukaaaa juga saya. Walau pun belum pernah coba di daerah asal dia. Waktu itu makan di Penang. Itupun dah sedaaap.
BalasPadamSedap, kan Fanny. Nanti bila Fanny datang Malaysia lagi, boleh cari nasi kerabu.
Padam