Bila angin rajin datang
Tarikh: Jumaat, 11 Julai 2025
Saya bercucuk-tanam di luar rumah, sampai pukul 9 pagi. Cabut rumput, letak baja bunga, cantas mana yang perlu, dan siram pokok.
Siap berkebun, saya masuk dapur, dan masak pula
![]() |
Daging goreng kunyit |
Masukkan daging dalam pressure cooker. Beli daging sekilo je, di pasar. Lepas siap dalam pressure cooker, goreng daging bersama bawang, cili, dan serbuk kunyit. Lepas tu, saya tengok dalam peti ais, ada sayur sikit.
![]() |
Masak kacang buncis dan lobak merah pecah telur. |
Saya terjangkit dari blog Anamizu, tergoda sungguh tengok Ana buat stok begedil 👉 Jemari Rajin Tambah Stok.
Pertama kali saya goreng kentang. Sebelum ni, saya biasa rebus kentang tu. Ha ah, lebih bagus kentang itu digoreng. Jadi, adunan kurang berair. Kentang pun lembut juga, senang dilenyek dengan garfu saja. Saya tambah ayam kisar, bawang goreng dan daun sup. Sambil kacau dan membentuk adunan, air liur rasa nak meleleh. Wangi aroma dari bawang goreng, kentang goreng dan daun sup. Saya suka begedil ni. Kalau makan nasi campur di luar, kalau ada lauk begedil, mesti saya ambil seketul. Cuma itu la, malas bebenor nak membuatnya.
![]() |
Begedil belum dimasak. |
![]() |
Begedil sudah digoreng |
Hitam sebab sibuk dengan handphone. Suami tanya nak order Zus tak, dia boleh pick-up kopi on the way balik rumah dari ofis. Saya sibuk order Zus kat app, lupa nak tengok begedil atas dapur.
Budak Hafizan yang kurang suka sayur pun, boleh makan begedil ni. Naik hairan saya. Masa tengah menggoreng pun, dia tanya, mama masak apa. Hahaha... sedapnya! 😋
![]() |
Lebihan telur celup begedil tu, saya buat telur dadar. |
Alhamdulillah, rezeki pada hari itu. Saya biasa masak satu lauk je. Hari tu, kena sampuk angin rajin, dan bahan-bahan nak masak pun ada.
![]() |
Daging kunyit, sayur kacang buncis, begedil dan telur dadar. |
Seronok sebenarnya, masak di rumah ni. Tapi sebab saya seorang surirumah, hari-hari memasak, saya jadi malas. Tambahan pula, dapur outdoor. Cuaca panas. Bila masak, berpeluh. Bila rumah sendiri nanti dah pencen, nak buat dapur indoor je. Itu yang kena tambah semangat, dan idea, bila berkunjung ke blog rakan-rakan bloggers yang rajin memasak.
Baiklah. Semoga urusan anda semua pada hari ini dipermudahkan.
Jumpa lagi, ye. 💗