Wednesday, July 16, 2025

Terima hadiah dari Jurnal Shikin Razali

 Rabu, 16 Julai 2025.

Saya recap semula, tak berapa lama hari tu, saya dapat tahu yang saya ada menang hadiah saguhati dari blog Jurnal Shikin Razali

Rujuk sini untuk pengumuman pemenang 👉 Top Commentator Bulan Mei 2025


Tangkap layar nama Tot sebagai salah seorang pemenang saguhati Top Commentator Mei 2025 Jurnal Shikin Razali
Tangkap layar nama saya, salah seorang pemenang saguhati Mei

Walaupun pada waktu tu, nama saya tercorot dalam senarai top commentator, tapi Shikin telah memilih saya sebagai salah seorang pemenang saguhati. Sangat gembira. 

Hari ini, baru sebentar tadi, suami saya telah bawa masuk bungkusan baru sampai. Saya telah dimaklumkan beberapa hari lepas oleh Shikin, yang hadiah sudah dihantar dan on the way. 


Bungkusan hadiah baru sampai dari Jurnal Shikin Razali
Bungkusan hadiah baru sampai

Sudah buka. Mari kita tengok hadiah di dalam...


Dua botol perfume Viyouna Premium EDP Perfume
Tadaaa... dua botol perfume! 😍

Minyak wangi wanita jenama Viyouna, High Quality EDP Perfume

Satu botol, haruman bernama Twinkle Moon, dan satu botol lagi, haruman Cherry Blossom

Dua-dua wangi, baunya. 

Saya ada buat sedikit carian mengenai perfume ni, wangian Viyouna ini boleh bertahan sehingga 24 jam, dibuat dari bahan halal, mudah dibawa dan mesra solat.

Alhamdulillah. Kedua-dua botol perfume ini 30ml kandungannya, dan botol kaca. Syukur, sampai dengan selamat dan dalam keadaan baik.

Terima kasih, kepada blogger Shikin Razali, yang sudi hadiahkan perfume ini. Saya sangat suka. 💗 Semoga Shikin semakin murah rezeki, sihat-sihat selalu dan bahagia di samping keluarga dan kerjaya. 

Kepada semua rakan-rakan bloggers, silalah berkunjung ke blog beliau, iaitu Jurnal Shikin Razali.

Boleh tambah kenalan jika anda belum kenal, dan memeriahkan blog beliau. 

Baiklah. Jumpa lagi, ye. 💗

11 comments:

  1. Alhamdulillah...rezeki terima hadiah minyak wangi

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah...Kalau dah rezeki kita, tetaplah milik kita. Tahniah kak Nur. Bestnya dapat hadiah perfume.

    ReplyDelete
  3. Tahniah!
    Moga tambah rezeki untuk pengirim dan penerima.

    ReplyDelete
  4. Tahniah! Seronok dapat perfume

    ReplyDelete
  5. Wow! jika Etuza dapat hadiah ni, wangian yg halal lagi wangi..hari-hari lah pakai pergi ke Masjid..ha harum wangi..tahniah dapat hadiah

    ReplyDelete
  6. Allhamdulillah
    Hadiahnya super sekali, keren

    ReplyDelete
  7. Bestnya dapat hadiah perfume. Tahniah2.

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah dapat hadiah berupa perfume ya Mbak.
    Selamat ya Mbak.

    Salam,

    ReplyDelete
  9. Tahniah! Yang sakura tu mesti wangi betul.

    ReplyDelete