Tarikh: 8 Julai 2025
Bila suami off kerja, ada peluang untuk jalan jauh sikit. Takde lah jauh sangat. Masih negeri yang sama. Tapi, dia punya persiapan tu, macam la nak berjalan sampai ke KL nun.
Pada hari tersebut, nak pergi jalan ke Taiping. Nak ke Taiping dari Manjung, mengikut Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) lebih kurang 90 kilometer. Tapi kami spesies yang kurang suka ikut lebuhraya, lebih suka ikut jalan kampung. Memandu pun tidak lah laju, kelajuan sederhana saja, sambil menikmati pemandangan bukit bukau, tengok rumah orang kampung, pokok-pokok di dusun tepi jalan, dan sebagainya.
Sebelum keluar Manjung, singgah dulu ke CU Mart, nak beli kudap-kudapan, boleh makan dalam kereta, di waktu mengantuk. 🙈 Hehe.. janganlah gelak. Itu baru nak pergi Taiping kan, belum lagi pergi KL atau balik kampung Kelantan, bayangkanlah makanan apa kami beli masa dalam perjalanan. Eh, suka aaa... hidup untuk dinikmati.
CU Mart adalah kedai serbaneka yang dibuka 24 jam. Selain barang keperluan, ada makanan juga, macam Family Mart dan 7-Eleven Cafe.
![]() |
Lepas pesan makanan, tunggu sekejap di kerusi yang disediakan. |
Pernah beli untuk anak-anak. Tapi, tak pernah merasa. Ini kali, mahu cuba juga. Kalau anak tahu ni, mau kena gelak dek deme. Bukan main lagi mama, nak makan real food only, tengok-tengok kita pun bantai makanan ringan. Hahaha... senyap-senyap, ok. Kome jangan bagitahu kat Hafizan, tau. 😉
Saya pesan corn sausage dan sotong goreng.
![]() |
Jumlah harga, RM15 |
Tak lama pun tunggu makanan siap, sebab pagi-pagi, cuma saya seorang pelanggan dalam mart.
![]() |
Siap, corn sausage dan sotong goreng. |
Saya lupa ambil gambar sotong goreng atau fried squid tu. Lebih kurang macam sotong celup tepung yang dipesan di kedai tomyam. Tapi, potongan sotongnya, besar. Sotong ada 4 potongan sahaja. Empat ketul. Saya makan dua, suami makan dua. Tahu dah, kalau sotong goreng, kena makan panas-panas. Kalau tunggu lama, mesti liat. Itu la, gambar pun lupa ambil. Teruja punya pasal, tengok potongan sotong besar.
Corn sausage ingat, untuk ambil gambar.
![]() |
Corn sausage CU Mart |
Besar. Nasib baik beli satu sahaja. Atas corn sausage, ada sos cili dan keju.
Ok. Alhamdulillah, dapat merasa.
Itu je la cerita. Jumpa lagi, ye. 💗
owhh tak pernah lagi singgah ni
ReplyDeleteCorn sausage tu anak saya suka..
ReplyDeleteTahniah! Saya belum pernah rasa lagi sosej gini kat CU. Selalu beli jajan je dalam tu.
ReplyDeleteKat area rumah SA ada CU Mart ni tapi Dania je yang selalu pergi situ...SA macam biasa la malas nak lepak lama- lama
ReplyDeleteoh mcm corndog la ye ...CU mart ni bdk2 mmg suka
ReplyDeleteSuka makan dalam kereta ya. Saya macam kurang suka sebab tidak selesa, berlengas rasa.
ReplyDeleteTidak ingat CU Mart ke Family Mart, adik beli corn dogs juga.
Apa salahnya sekali-sekala makan macam ni, kan. Lagilah sambil jalan² ikut jalan kampung tu, menikmati keindahan alam sambil meraikan isi perit, hihi.
ReplyDelete