Tarikh: Khamis, 3 Julai 2025
Sudah 2-3 kali nak merajuk dengan kedai nasi kandar ni. Tapi, bila tak ada tempat nak dituju, kita teringat kat dia juga. Bukan apa, suka hati dia je. Ada sekali tu, kami pergi hari Sabtu. Hujung minggu, dia pi tutup kedai. Kempunan acik. Kalau ikut google, kedai ni tutup hari Selasa.
Tapi sekejap je la merajuk. Cari dia balik. Mana lagi? Restoran Nasi Kandar Pantai la, di Pantai Remis, Perak.
Nasib baik hari tu, dia buka. Orang pula tak berapa ramai. Cantik!
![]() |
Pinggan nasi kandar saya. |
Saya ambil lauk daging, telur masin dan bendi. Saja, nak cuba lauk daging pula. Sebelum-sebelum ni, kalau datang sini, biasanya saya ambil lauk ayam kandar atau ayam goreng atau lauk kambing.
Di sini, kari dia rasa special sikit. Tak sama dan tak pernah rasa macam di kedai nasi kandar lain.
![]() |
Pusing pinggan, mengadap daging dia pula. |
Saya, close-up sikit daging dia yang besar itu. Sedapnya... 😋 telan air liur saya, waktu taip entri ini. Nanti bila suami off kerja, nak ajak dia datang sini lagi la.
Itu je la, nak share. Pekena nasi kandaq sedap!
Jumpa lagi, ye. 💗
lama tak pekena nasi kandaq. tapi jenis tak minat kuah banjir sangat2
ReplyDeletesaya suka ambil lauk ayam goreng rempah. sedapp
Iye laa... daging dia nampak besar juga.
ReplyDeleteSelamat menjamu selera Tot.
nampak lembut dagingnya tu kak tot. Uish terus lapar rasa tengok gambar tu hehehe
ReplyDeleteAihhh tak baik tau tunjuk malam2 ni, termimpi2 lah dalam tidur nanti.
ReplyDeletePotongan dagingnya besar-besar, Mbak. Ada telur asin juga. Ah dijamin sedap...
ReplyDeleteSalam,
Tengah hari tadi pun saya pekena nasi kandar. Sedap tu..
ReplyDeleteLama sudah tak makan telur masin. Mengancam betul tengok.
ReplyDelete