Monday, July 14, 2025

Sunday breakfast

Tarikh: Ahad, 29 Jun 2025

Hari Ahad ialah hari di mana kita boleh bermalas-malasan di rumah. Bagi saya, tidak perlu bangun pukul 4 pagi untuk memasak, kerana anak tidak perlu pergi sekolah. 

Hari Ahad, boleh berkebun lama sikit. Ambil bangku kecil, khas digunakan semasa berkebun, letak depan pokok bunga ros, dan boleh perhati bunga-bunga yang sedang kembang mekar, sambil cium bau wangi bunga. 

Hari Ahad, boleh buka peti ais, kumpulkan stok barang basah yang ada, dan masak ikut suka hati. 

Kuetiau goreng tak ada sayur, homemade.
Saya masak kuetiau goreng

Bila pergi kedai runcit, kalau beli sebungkus kuetiau, saya selalu beli juga 5-6 ekor udang, untuk diletak dalam kuetiau. Kuetiau goreng tak ada sayur. Letak fish cake juga, selain udang. 

Saya suka refer resepi Che Nom, untuk goreng kuetiau. 


Scrambled egg dan sosej frankfurter ayam
Scrambled egg dan sosej frankfurter ayam

Buat lauk protein tambahan, telur hancur atau scrambled egg dan sosej frankfurter ayamas yang dikukus. Rasa masin, sosej tu. Ambil keputusan tak mahu beli lagi frozen food macam sosej di atas. 

Bila kita kurangkan pengambilan gula, deria rasa jadi lebih peka. Makanan proses rasa lebih masin. 


Nasi goreng dimasak guna perencah nasi goreng, homemade
Suami saya masak nasi goreng

Ada nasi secoet, dalam rice cooker dalam fridge. Suami goreng nasi, guna perencah. Bila guna perencah nasi goreng Seri Aji ke, Maggi ke, tak perlu letak garam kalau nasi secoet sahaja. Rasa dahulu, nanti takut masin pula.

Kena ada extra makanan, sebab kuetiau goreng kalau masak sebungkus, dua orang anak saja boleh habiskan. 


Home cooked breakfast
Alhamdulillah, rezeki pagi Ahad

Home cooked meal adalah yang terbaik. Rasa puas hati dan gumbira dapat sediakan makanan untuk dimakan seisi keluarga. Bersyukur dengan rejeki yang Allah berikan. 

Perasan tak, hari Sabtu dan Ahad berlalu dengan sangat pantas, banding hari-hari lain? 😁

Baiklah. Jumpa lagi, ye. 💗

6 comments:

  1. Kat rumah SA kuew Teow kureng laku...yang laku bihun ngan mee goreng..tapi sesekali SA buat gak la kuew teow..

    ReplyDelete
  2. Sedap kuetiaw goreng. Lagilah kalau ada cili jeruk. Cepatlah menambah kuetiaw dalan pinggan.
    Betul Cie. Memang cepat hari berlalu. Perasan hari jadi gelap sebelum maghrib.

    ReplyDelete
  3. Linda memang buat kuetiau goreng je..mudah nak goreng...hihihi...

    ReplyDelete
  4. Process food mostly banyak garam and MSG...sedap kuetiau goreng tu...

    ReplyDelete
  5. Ya betul. Kalau hari kerja lambatnya nak hari Jumaat. Tapi kalau hari sabtu ahad eh dah hari ahad. Isnin dah blues monday melanda.

    ReplyDelete
  6. pelbagai menu tu...kuehtiaw suka letak kerang or daging...

    ReplyDelete