Jumaat, 4 Julai 2025

Dinner di Johan Tomyam

Tarikh: Sabtu, 21 Jun 2025

Hari itu, hari semua orang makan di luar. Sudah sampai di Kedai Tomyam Kin Aroi, tapi penuh kedainya. Dalam kereta, perhati meja pelanggan. Ramai belum dapat makanan. Ok, marilah kita cari kedai lain saja.

Betul-betul seberang jalan saja dari Kin Aroi, ada Johan Tomyam. Ada orang di beberapa meja, tapi ada meja kosong. Ok la, mari kita cuba tempat baru.

Lepas duduk dan pesan makanan, nak kata cepat tu, tak. Lambat sangat pun tak. Tapi ok la. Makanan kami pun sampai.


Nasi goreng sotong
Saya punya, nasi goreng sotong.

Sedap nasi goreng. Sotong dalam nasi goreng pun agak banyak. 


Telur dadar
Suami pesan telur dadar




Nasi goreng kampung
Juga nasi goreng kampung

Dapat sup kosong untuk setiap satu nasi goreng. Sup kosong dia sedap, sebab masam-masam pedas. Hirup panas-panas, memang nikmat. 

Boleh la repeat lain kali Johan Tomyam ni. Ada bungkus makanan juga untuk Sulaiman. Jumlah harga, RM29. 

Alhamdulillah. 

Baiklah. Jumpa lagi, ye. 💗

42 ulasan:

  1. Nasi goreng sotong tu, sedapnya Nur.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang sedap, Mulan. Saya pula pertama kali order nasi goreng sotong. Lepas ni, boleh la repeat.

      Padam
  2. sedapnya. Portion dia pun nampak banyak juga. kenyang ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang, nasi goreng membukit, kak. Alhamdulillah.

      Padam
  3. Murah erk makanan kat sana...nasi goreng soong tu saje je buat terliur kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ha ah, memang murah kedai tomyam ni. Terkejut juga. Boleh la repeat datang, harga berpatutan dan portion nasi pun banyak, SA.

      Padam
  4. ni tengok gambar pun aroi aroi mak

    BalasPadam
  5. Kalau tidak sebab ramai di Kin Aroi maka dapatlah cuba di Johan. Alhamdulillah makanan sedap.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, NA. Alhamdulillah, dapat jumpa kedai tomyam alternatif dengan harga berpatutan dan sedap.

      Padam
  6. aduhaiiii nampak sedapnyaaaaa nasi goreng sotonggggg

    BalasPadam
  7. Banyak juga nama kedai Johan Tomyam, Haris Johan Tomyam kalau di area N9. Rezeki dapat makan di sini. Lain kali boleh ke kedai tomyam Kin Aroi pulak. Hidangan dihidangkan bersama sup tu sedap. Sup pulak masam-masam pedas, sedap lah cerita dia. Service pun okay. Kira okaylah juga makan di sini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, Fizah. Boleh repeat datang lagi, sebab sedap dan murah.

      Padam
  8. Sedap nampaknya NG Sotong tu Nur... Sy pun akan pilih kedai yg kurang orang, malas nak tunggu :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan... tak kisah kalau kedai ramai orang, banyak lagi kedai tomyam lain boleh cuba.

      Padam
  9. Aik? Uncle pun makan nasik goreng kampung malam ni....

    BalasPadam
  10. semuanya sedap n harga pun berpatutan. Boleh dtg lg tu...

    BalasPadam
  11. Nasi goreng sotong tu nampak meriah aksesorinya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, kak Amie, tak kedekut bahan. Alhamdulillah.

      Padam
  12. nasi gorengnya agak unik ya
    Wah saya kok jadi penasaran
    Pengen mencobanya

    BalasPadam
  13. Kami pun kalau makan kat luar mesti order telur dadar tu.

    BalasPadam
  14. Murahnya, siap bungkus lagi, cuma RM29. Macam² pulak ada tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu la. Suami siap tanya dua kali, betul ke kira. Dia cakap betul. Haa.. lain kali boleh mai lagi.

      Padam
  15. Rm29 utk semua ni termasuk bungkus ke? Agak murahlaaa
    Sotong pun nampak banyak tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ha ah. Boleh repeat pergi lagi. Murah dan sedap.

      Padam
  16. Telur dadar dia tampak sedap..... 🤤😁

    BalasPadam
  17. Nasi goreng sotong itu tampak😋😋😋Sotongnya pun nampak meriah

    BalasPadam
  18. Kalau anak2 ammi pantang aja abah start enjin kereta terus tanya “abah nak gi mana? Nak ikut”. Mungkin sebab anak2 disekolah asrama jadi setiap saat tu bermakna utk dorang bersama mak ayah kot

    BalasPadam
    Balasan
    1. Anak kita fasa ngekor lagi kak Amie...hihihi

      Padam
    2. Bagus la macam tu, Ammi. Kalau anak-anak ikut, tak perlu susah-susah nak tapau makanan.

      Padam
    3. Tunggu la nanti Linda, sampai masa, depa nak malas nak ikut kita. Haha..

      Padam