Tuesday, July 29, 2025

Makan bubur ayam

 Tarikh: 9 Julai 2025

Pada hari tersebut, saya tak berapa sihat. Demam sikit, dan sakit tekak. Lepas ke klinik, rasa macam nak makan bubur ayam

Kedai Bubur Ayam Mama, Manjung Point.
Kedai Bubur Ayam Mama, Manjung Point.

Pernah beli sekali dulu. Jadi, tahu yang bubur sini sedap.

Bubur yang ada adalah bubur kosong, bubur ayam, bubur daging dan bubur sotong. Ada lauk tambahan kita boleh add-on seperti kangkung, kentang, telur masin, ikan bilis dan sebagainya.

Selain bubur, dia ada jual nasi ayam, nasi tomato, nasi ayam kicap, nasi daging kicap, nasi ayam goreng kunyit dan nasi daging goreng kunyit.

Waktu saya masuk restoran, ada satu famili sedang menjamu selera. 

Bubur ayam di Bubur Ayam Mama, Manjung Point.
Saya bungkus 1 bubur ayam

Dia ada bagi satu paket kecil kicap cili.

Sudah tuang kicap cili atas bubur ayam beli dari Bubur Ayam Mama.
Saya tuang satu paket kicap cili atas bubur.

Penuh bekas.

Kacau mesra kicap cili dan bubur ayam
Kacau mesra kicap cili dan bubur ayam.

Makan. Sedap. 😋 Ada kacang dalam bubur dia.

Takde rasa sangat sebab sakit tekak waktu itu. Telan sajalah, sebab kena makan ubat.

Harga bubur ayam, RM6.50.

Saya tak habis makan. Kenyang. Simpan peti ais. Esoknya, panaskan, makan sampai habis. 

Alhamdulillah. Pada tarikh tersebut, saya demam satu hari je. Tak suka keadaan bila kena makan ubat klinik, macam di bawah pengaruh dadah. Rasa tindakan macam slow. Esok dan lusanya, buat air halia, minum. Lega sikit.

Tapi bubur ayam dia memang sedap.

Nama kedai: Bubur Ayam Mama

Lokasi: 50, Jalan PPMP 3/1, 32040 Seri Manjung, Perak.

Masa operasi: Setiap hari. 10 pagi hingga 10 malam.

Baiklah. Jumpa lagi, ye. 💗

6 comments:

  1. meriah isinya, penuh. Semoga cepat sembuh adikk...rest well...

    ReplyDelete
  2. Ammi kalau anak-anak demam mmg tak perlu offer pun dorang akan request bubur ayam. Sebab tu kat rumah tak pernah susut stok pek nasi impit tu sebab senang sikit nak hancur masa masak

    ReplyDelete
  3. Dah dua orang kawan blogger sy demam ni. Dua² pulak tu makan bubur ayam. Semoga cepat sembuh ya, Tot.

    ReplyDelete
  4. bila tk sihat..dpt menu bubur rs lega kan

    ReplyDelete
  5. sesekali makan bubur memang sedap

    ReplyDelete
  6. Bubur kalau meriah dgn isi.. lepas sedap .. mmg puas hati makan.. ☺️

    ReplyDelete