Assalamualaikum, semua...
Ada satu hari tu, suami ikut jalan dalam, pandu kereta melalui taman perumahan di Sitiawan. Bawa slow la, sebab bila lalu kawasan perumahan ada bonggol di jalanraya. Ternampak satu rumah. Rumah teres lot tepi. Cantik rumahnya, sebab penuh bunga berwarna-warni. Ada tanam dalam pasu, ada tanam di tanah. Ada bunga merah, pink, biru, ungu, bermacam-macam warna. Lawa giler, bagi saya. Saya tahu, bukan senang nak membela pokok bunga cantik macam itu. Tapi itulah yang saya nak, impian saya. Penuh bunga-bunga cantik di laman rumah.
Pada 4 Disember 2025 yang lepas, saya singgah Bujang Garden. Saja, jalan-jalan tengok bunga. Saya mencari pokok yang tahan panas, senang jaga, berbunga, tapi kalau tak berbunga pun tak apa lah, ada daun yang rimbun. Pusing punya pusing, saya pilih dua pokok.
![]() |
| Salvia ungu |
Brother yang jaga nursery cakap, tak perlu siram setiap hari. Mengikut AI, siram kira-kira sekali seminggu. Biarkan tanah kering di antara sesi penyiraman untuk elak air berlebihan, kerana ia lebih suka keadaan kering sedikit.
Pemangkasan berkala boleh menggalakkan pertumbuhan yang sihat dan lebih banyak bunga. Daun dari beberapa jenis salvia yang wangi boleh digunakan untuk dibuat potpourri. Saya lupa nak cium pokok salvia yang saya beli ada bau ke idok. Esok la saya tengok. Sekarang pokok ini saya sudah pindahkan ke pasu lebih besar.
![]() |
| Pokok dahlia |
Harga dua pokok bunga saya beli dari Bujang Garden ialah RM30. Semoga kedua pokok tumbuh dengan sihat dan keluarkan bunga cantik-cantik dengan warna yang terang supaya laman rumah saya tambah ceria dan berseri-seri. 🥰
Saja je, rekodkan di blog. Jadi, saya tahu bila saya beli. Kot umur pokok tak panjang pun, ada rekod saya beli pokok apa.
Baiklah. Jumpa lagi, ye. 💗


cantik la dahlia tu. minat la pula bila tengok. tapi risau mati kalau di bawah jagaan puan lydia sorang ni
ReplyDeleteCantik2 tapi tu la nak menjaga tu kurang rajin. Kalau jenis boleh hidup kalau dibiarkan ok la.
ReplyDeleteSemoga terus hidup subur dan rajin berbunga.
ReplyDeleteSemoga terus hidup subur dan rajin berbunga.
ReplyDeleteCantiknya pokok dahlia.
ReplyDeleteCuya sekarang tengah jaga pokok durian je
Cantik tona warna bunga dahlia tu. Semoga pokok yang dibeli semuanya membesar dengan baik dan jadi penyeri laman.
ReplyDeleteDua² cantik... Sy pun plan nak menanam bunga pula, gantikan pokok² berdaun depan rumah ni.
ReplyDeleteWah, cantik..banyak bunga2 di sana kan..
ReplyDeleteJujurnya uncle baru tahu itu bentuk bunga dahlia... (malu)
ReplyDeleteTapi pergi Pasar Tani beli anak pokok ketumbar jawa. Yang tanam sendiri tak hidup.
ReplyDeleteAyat awal tak keluar. Cantiknya pokok2 dan bunga. Nak tanam pokok berbunga belum lagi berani. Tanam pokok berdaun saja. Pastu ayat kedua di atas.... Hehe..
Deletecantiknyaaaaa dua-dua! gerammmnyaaa rasa mcm nak beli jugak tapi skrg ni kurang masa utk berkebun ehehe
ReplyDeletemesti cantik rumah teres lot tepi yg banyak bunga tu. laman luas, boleh tanam pokok banyak2
ReplyDeleteBerseri rumah ya ada 2 pokok bunga di atas.
ReplyDelete