Assalamualaikum, semua..
Perkongsian apa saya masak pada 1 Disember 2025 yang lepas.
![]() |
| Ikan rebus goreng |
![]() |
| Sambal tumis ikan bilis petai |
Suami siang (siang ke? Macam siang ikan pula, padahal petai) petai masak dengan kulit-kulit. Kalau buka kulit dan belah petai, buat sambal tumis macam ni, biasanya cerry berry, bagi kamilah. Bila makan petai dengan kulit-kulit, ok pula, tiada cerry berry. Cuma kerap buang air kecil.
Lama sudah tak masak sambal tumis ikan bilis petai ini. Beli petai sejambak besar, harga RM10. Itu pun, tak masak semua. Ada dua tangkai lagi dalam peti ais. Suami kata nak bawa ofis, makan dengan nasi, tapi dia lupa. Dia boleh makan petai mentah, saya tak boleh. Kena buat sambal tumis juga.
![]() |
| Makan malam saya |
Makan ikan rebus goreng, telur rebus dan sambal tumis. Alhamdulillah, masak sendiri di rumah rasa nikmat, walaupun lauk simple dan sikit je. Saya baru nak mula semula jaga makan. Masuk bulan baru kan, Disember. Sebelum itu, sudah banyak hari makan macam bela saka. Rasa lain macam bila badan pun sudah keluar signal berat. Itulah masalahnya saya ini. Nak turun berat lambat. Nak naik berat, cepat saja. Berat sudah 59kg, last sekali timbang. Sebelum berat masuk bermula angka 6 semula, baiklah kembali ke pangkal jalan.
Sekian. Jumpa lagi, ye. 💗




Cepat jugak tu dia kembali ke pangkal jalan. Kalau saya, tunggu tahun baru baru nampak jalan, hihi. Sedapnya ikan rebus goreng, nak nak pulak makan dengan sambal tumis petai.
ReplyDeleteHehe.. nanti lagi jauh hanyut, lagi susah nak dapatkan semula berat ideal tu, SK.
DeleteBetul. Memang sedap. Alhamdulillah.
Akk lagi ringan drpd Cuya 🤣
ReplyDeleteCuya pon hilang kesedaran diri agaknya. Sedapnya sambal petai, nasib baik haritu Cuya baru beli sambal potai nogori drpd tiktok. Artis Nubhan tu jual, sedap betul sambal dia
Uit, ye ke..
DeleteMemang tersohor kesedapan produk Nubhan tu ya, Cuya. Kakak akak pun pernah beli.
Linda petai makan mentah boleh, makan bermasam pun boleh.. Alhamdulillah, setakat ni, makan takde pula ada kesan apa2 .kecuali bau lah..Kikiki.. ringan nya kak Nur..berat camtu 4 tahun lepas . Hahaha..tahun depan mungkin boleh kurus kot .😂😂
ReplyDeleteWah, untungnya, Linda, tiada side effect makan petai. Akak tengok sekarang pun Linda nampak kurus.
DeleteArwah Mak Sy buat sambal petai pun letak kulit sekali.
ReplyDeleteSy ni bila nak insaf tak tahu la Nur🫣
Wah.. sama pula.
DeleteTakpe PH, asal PH sihat, Alhamdulillah.
Wow..Menu ni bleh buat bertambah nasi =D
ReplyDeleteKann, Nieza. 😋
DeleteSedap dah tu. Siap ada sambal petai.
ReplyDeleteAlhamdulillah, BK.
DeleteAhkak lagi lerrrr tak nampak jalan pulang. Dah sakit kaki baru nak insof. hahahaha
ReplyDeleteNanti sampailah seru kembali ke pangkal jalan tu. Mana tahu, Insya-Allah.
DeleteCie tak pernah buat sambal petai sekali kulit. Jiran Cie selalu buat sambal petai sekali kulit. Dia rajin bagi Cie.
ReplyDeleteHa. Orang kata khasiatnya ada pada kulit. Alhamdulillah, dapat jiran baik hati.
DeleteSaya pun kurang suka petai mentah. Harus dimasak dulu. Makan dengan kulit pun sedap, yg penting jangan mentah. 😄
ReplyDeleteHaha, sama pula kita ya, Fanny, harus dimasak dulu petainya.
DeleteMenu combo yang paling mantap.
ReplyDeleteAlhamdulillah, Mulan. 😋
DeleteSamalah belum pernah makan petai mentah. Saya pula makan petai biji tiada kulit.
ReplyDeleteOoo... Baguslah. Saya tak boleh makan tanpa kulit, mesti perut memulas punya.
DeleteSedapnya...SA ada booking udang 2 kg kat adik yg keja LKIM....cadangnya nak buat sambal petai udang...cuma tu la..petai tu kena masak lama skit..kalau tak akan ada rasa pahit2 tu SA x leh makan...hehehe
ReplyDeleteBanyaknya SA booking udang, 2 kilo.
DeleteAmmi dah terlajak jauh dah dari angka 60... dulu dah elok sampai 57 pastu zasssss terus
ReplyDeleteYe ke.. tapi tak nampak pun. Nampak slim je ammi dalam gambar.
DeleteSekejap je dia kembali ke pangkal jalan. Chaiyok chaiyok💪💪💪💪KSarie memang sesat barat tak jumpa jalan pulang bab berat ni😭😭Dulu KSarie suka juga makan petai tapi sejak masuk 40an ni memang tak bisa lagi makan petai sebab mesti cerry berry
ReplyDeleteMekasih, KSarie. Jom la kita sama².
DeleteSamalah kita. Cer KSarie makan petai dengan kulit². Mana tahu, macam saya, tak cerry berry bila makan dengan kulit.
Sedapnya sambal Tumis petai ... Lagi sedap kalau potong macam tu makan sekali kulit
ReplyDeleteBetul. Orang kata, bahagian kulit itulah ada khasiatnya.
Delete