Assalamualaikum, semua...
Entri kali ini, saya nak kongsikan tempat saya dan suami pergi sarapan pada 4 Disember 2025 yang lepas. Kami ada perasan satu tempat ini, kalau tidak ikut highway WCE, lalu jalan lama ikut Ayer Tawar, Perak. Atas sikit melepasi pekan, ada nampak lampu-lampu macam kedai makan tepi jalan. Hari itu, suami saya masih hari off. Jadi, jomlah kita cuba sarapan port baru.
![]() |
| Kafe Kg nama tempatnya. |
Kg itu, saya rasa singkatan untuk Kampung. Memang suasana dalam kampung kedai makannya. Di tempat parking ada surau. Nampak ayam juga berkeliaran. Masa kami sampai, masih awal. Dalam pukul 7 lebih camtu. Pilih tempat duduk, dan tuan kedai datang bawa menu dan tanya nak makan apa. Masih old school. Hehe..
![]() |
| Tempat makanan disediakan dan kaunter bayaran di sebelah kanan. |
Kami duduk di meja berpayung depan kaunter dan tempat masak. Pagi itu agak mendung. Banyak pokok-pokok besar. Rasa redup tempat ini, macam dalam hutan.
Antara menu yang ada ialah nasi lemak, set roti bakar dan roti arab. Kedai ini dibuka dua sesi, pagi untuk sarapan dibuka dari 7 hingga 11 pagi. Sesi petang pula dari 6.30 petang ke 11.30 malam. Kafe tutup setiap Isnin. Saya rujuk di google, menu malam dia, ada nasi goreng ayam crispy, burger, charkuetiau dan mi kari.
![]() |
| Tempat duduk sebelah kiri kami. |
Tempat basuh tangan, sinkinya adalah kuali, dalam gambar di atas.
![]() |
| Teh o panas kosong dan kopi ginseng kosong. |
Pesanan suami sampai dulu.
![]() |
| Nasi lemak telur mata. |
Saya makan separuh nasi lemak suami. Cukup aroma nasinya, dari halia. Santan dalam nasi lemak pun ada rasa. Sambal sedap. Macam orang masak untuk makan di rumah, bukan untuk niaga. Ada papadom beberapa keping.
![]() |
| Ini laluan pada mereka yang parking di tepi jalan |
Di belakang kami ada jambatan kecil.
![]() |
| Tempat makan di sebelah kanan kami. |
Ada tempat makan boleh duduk bersila di pondok bumbung biru itu. Sebelahnya, tempat air disediakan. Boleh nampak telur separuh masak yang saya pesan, ada di situ, belum siap. Dia guna bekas kuning yang letak air panas itu, macam dekat mamak.
![]() |
| Saya pesan roti bakar telur goyang. |
Sampai saja, suami makan dulu separuh. Alhamdulillah. Tempat makan yang redup dan tenang, di samping makanan yang sedap.
Lain kali boleh cuba yang sesi petang pula kot singgah sini.
Sekian perkongsian.
Jumpa lagi, ye. 💗








kalau linda, suka roti arab.. lawa lah dia bentukkan nasi tu... dah macam mangga
ReplyDeletecantik dan tenang tempat makannya. best suasanya gini
ReplyDeleteMenarik konsep ni. Dia punya, si dia makan dulu. Si dia punya, dia makan dulu, hihi. Susah jugak nak tebuk kuali utk buat lubang sinki tu, kreatif walaupun oldskul.
ReplyDeletecantiknya cafe, presentation makan cantik dan nampak sedap
ReplyDeleteKecik sangat gambar sinki kuali tu tak nampak. Hihi. Suka kedai konsep macam ni tenang je nak makan.
ReplyDeleteNyaman dan santai cafe nya. Menu pula simple dan ada rasa ye. Cafe macam ni memang KSarie minat hendak singgah. Kena masukkan dalam wishlist nampaknya ni ye. Banyak betul wishlist cafe sejak bertandang di blog Tot ni☺️
ReplyDeletesedap tgk roti bakar telur goyang tu
ReplyDeleteTenang je nampak kafe ni... Ada hijau pokok², meja kerusi kayu gitu mmg macam makan di tepi rumah sendiri la
ReplyDelete