Assalamualaikum...
Saya ambil gambar ini pada 22 November 2025 yang lepas.
![]() |
| Bubblegum Sofuto FamilyMart |
Hari sebelumnya, saya ada cuba bubblegum sofuto ini. Sofuto ialah perkataan Jepun bermaksud soft cream. Masa saya beli sofuto, adik FamilyMart ini cakap, beli 1 sofuto cone, percuma 1. Jadi, dapatlah dua, satu untuk saya, satu untuk suami. Saya perhati je adik itu buat. Dia buka satu paket kecil kemudian tabur atas sofuto. Sekali jilat, terasa macam kembali ke zaman saya budak dulu. Sebab apa? Serbuk itu adalah popping candy.
Siapa dulu pernah makan, gula-gula letup-letup yang rupa dia macam serbuk, bila kita makan, kita tunggang terus masuk mulut dari paket. Lepas tu, letusan-letusan kecil meletup dalam mulut. Selalunya, kongsi dengan kawan-kawan. Letak kat tapak tangan sikit, ngap masuk mulut. Tak tahu nak terangkan macamana, letupan-letupan kecil itu. Siapa yang pernah makan, tahulah, ha.. itulah dia, atas sofuto ini.
Gambar pun saya tak ambil, sebab sedap sangat menikmati bubblegum sofuto ini. Sambil pejam-pejam mata gitu. Sesekali bila dapat benda manis memang syok. 😋
Saya tak pasti samana ada sekarang masih ada atau tak perasa ini sebab semalam saya tengok di FamilyMart, sudah bertukar ke Pistachio Sofuto pula. Banyak-banyak perasa, saya rasa yang perasa bubblegum itulah yang sofuto paling sedap saya pernah beli dari FamilyMart.
Sekian perkongsian. Salam Jumaat yang mulia.
Jumpa lagi, ye. 💗

Boleh imagine rsanya.. mst sedap kan.. sampai pejam² mata pulak tu menghayati kesedapan sofuto.. heheehe
ReplyDeleteSyok dulu makan gula gula tu. Gula-gula pop pop, meletup dalam mulut. Suka jenis sofuto FM ni. Tapi tu lah dia punya perisa bertukar-tukar. Kalau lambat tak merasalah. Kak Nur cakap pasal sofuto, macam teringin lah pulak. Nak pergi FM lah tengok perisa apa yang ada. Kadang rajin beli yang jenis pint tu. Senang beli dalam bekas boleh makan bila bila masa kat rumah.
ReplyDeleteTak pernah beli lagi.. mesti sangat sedapkan..
ReplyDeleteWahhh..hari tu ada nmpk tapi x beli sbb takut x sedap =D
ReplyDeletezaman sekarang ada lagi serbuk pop2 tu.. hihihi
ReplyDelete