Thursday, December 18, 2025

Tiada rotan, Akar pun berguna

Assalamualaikum, semua... harap hari anda hari ini ceria dan anda sihat sejahtera. Semoga dipermudahkan urusan dan tabah pada mereka yang diuji dengan ujian banjir sekarang ini.  

Pada 5 Disember 2025 yang lepas, kami buat pencarian cendol. Sebelum itu, ada baca di beberapa blog, teman bloggers pergi menyendol. Saya pula, rasanya dah bertahun tak makan cendol. Jadi, saya dan suami pun pergi ke tempat yang ada jual cendol. Kedai cendol pertama tutup. Pergi tempat seterusnya, pun tutup! Pergi lagi satu tempat, tutup juga, kome, walaupun google cakap buka. Hari Kedai Cendol Tutup Sedunia kot, pada hari Jumaat itu. Last-last kami pergi Aicha saja.

Oh, sebelum itu, saya baru balik dari temujanji hospital, jumpa doktor. Keputusan ujian darah berkala semakin membaik, walaupun belum normal. Alhamdulillah. Jadi, tiba-tiba rasa nak celebrate la. Celebrate makan benda manis. Hehe... aje gatei, orang Perak cakap.

Sunday Mango dan vanilla cone di Aicha
Tadaaaa.... 

Pernah sekali beli aiskrim Aicha ini, dulu. Kali ini, kami tak bungkus. Kami makan di dalam kedai. Sunday Mango untuk saya, harga RM5. Aiskrim cone vanilla untuk suami, RM1.99.
Ada seorang saja pelanggan yang sedang duduk di meja selain kami. Itu pun, air dia dah habis, tengah buat kerja guna laptop. 

Sunday Mango di Aicha
Nikmatnya! 😋

Gambar close-up sunday mango yang sedap. Terasa jeli perasa mangga di setiap suapan aiskrim vanilla. Masya-Allah... lega rasanya, setelah sekian lama tidak menikmati benda manis. (ye la tu kan.. semalam ko dah makan brownie sejibik). 

Kami suami dan isteri sedang menikmati aiskrim Aicha
Selpiaq sekeping. 

Syok juga makan aiskrim di kedai, sebab tempatnya sejuk dan tidak ramai orang. Alhamdulillah. Sekali-sekala boleh la melayan. 

Tajuk entri bukan main lagi kan. Peribahasa tiada rotan, akar pun berguna membawa maksud sesuatu perkara yang dihajatkan, sekiranya tidak diperolehi, memadai dengan apa yang ada. (Sila baca penerangan peribahasa ini dengan membayangkan gaya ala ala pemberita TV3 dulu, Karam Singh Walia).

Baiklah. Jumpa lagi, ya. 💗

11 comments:

  1. Hahahah..
    Cendol ❎
    Aiskrim ✅

    Tiada cendol aiskrim pun bolehhhh.

    ReplyDelete
  2. wah sebut pasal karam singh walia dia pi mana ye tak pernah tahu cerita dia sekarang. Aiskrim mango mengoda sungguh

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah, berita baik pasal check up 🤲🏻
    Takde cendol, aiskrim pun berguna. Sedap dua² tu

    ReplyDelete
  4. Fav anak-anak aiskrim ni, maknya layan jugak aiskrim kekadang... tp mkn dgn encik suami mmg lagilah layan.. bonding time kan... xde cendol aiskrim pun on... hehehe

    ReplyDelete
  5. Kihkihkih…lain macam penggunaan peribahasa ni.

    ReplyDelete
  6. Oh peribahasa rupanya. First time dengr.
    Tula blogger lain semua up pasal cendol kan. Dah satu keje nak mencari cendol hahaah

    ReplyDelete
  7. Uncle pun dah angkat-angkat tangan macam Karam Singh Walia....

    ReplyDelete
  8. Tak perasan pula Aicha ni. Nampak sedap ice cream tu.

    ReplyDelete
  9. Jadi teringat baru-baru ini juga saya makan es krim sundae mango nya mixue seger banget

    ReplyDelete
  10. Alahai, saya baca cerita awak nie pada jam 2.36 pagi.. aigooo mana nak cari aiskrim pepagi buta nie sebab tetiba rasa craving aiskrim plak... hihihi

    ReplyDelete