Assalamualaikum, semua...
Cerita saya dan suami pergi mengopi buat kali terakhir di Richiamo Coffee, pada 11 Disember 2025 yang lepas. Cafe ini akan ditutup. Semasa saya taip entri ini, saya sendiri tidak pasti sama ada masih beroperasi atau tidak. Saya tanya pada staff yang bertugas, sebab saya tengok ada nota kedai untuk disewa. Memang betul adik Richiamo cakap. Cafe akan ditutup.
Selain kopi, makanan masih boleh order tak, saya tanya pada adik tu. Dia kata, muffin saja yang ada. Percuma.
Masa nak buat bayaran pun, hanya QR code dan cashless payment sahaja diterima. Bayaran secara tunai sudah tak boleh.
Sayu pula tengok pastries semua sudah tak ada. Chiller dia kosong.
![]() |
| Americano panas kosong, latte ais kosong dan muffin blueberry sebiji. |
![]() |
| Blueberry muffin |
Pertama dan terakhir kali makan blueberry muffin di Richiamo Coffee.
![]() |
| Close-up minuman kami. |
![]() |
| Akan merindui mengopi sambil duduk di kerusi sofa selesa ini |
![]() |
| Pakaikan baju kait pada cawan sebab kopi masih panas. |
![]() |
| Muffin percuma hari itu. |
Share lagu Untuk Terakhir Kali oleh Marsha.
Jumpa lagi, ye. 💗






Sedih pula rasanya, lagilah dah selalu datang. Ada kenangan.
ReplyDeleteKenapa ye. Sayangnya. Agaknya kos jualan tidak dapat menampung kos sewa kedai.
ReplyDeletedi tempat saya pun dah tutup juga..semalam saya baru tertanya2 kenapa Richiamo tutup sedangkan ramai je yang keluar masuk
ReplyDeleteSamalah, Richiamo di Seremban 2 pun dah tutup dan tak silap ada beberapa outlet di Negeri Sembilan ni pun bakal ditutup.. Tak tahu kenapa tiba-tiba tak beroperasi lagi padahal menu semua sedap..
ReplyDeleteSedihnyaaaaa....banyak dah outlet Richiamo ni tutup...
ReplyDeletePersaingan terlalu sengit. Kedai kopi macam ni lebih elok buat apps untuk orang collect point & buat order, sediakan standard recipe yang rasa makanan sama je semua tempat. Lipis ni ada tapi makanan failed. Kopi pun jarang beli sebab lebih prefer order Zus & Tealive boleh order thru apps.
ReplyDeleteSedih, kan. Khabarnya banyak jugak cawangan RC yang telah ditutup.
ReplyDelete