Urut
Assalamualaikum, semua...
Kisah pada 2 Disember 2025 yang lepas. Jumpa kerusi urut sedemikian rupa di Lotus's Manjung. Orang pun tak ramai. Menarik untuk dicuba. Macam duduk dalam cubicle. Agak bertutup di kiri kanan dan atas. Macam ada privacy sikit.
![]() |
| Jom kita try |
Harga RM3 untuk 6 minit. Ada dua buah kerusi urut. Suami sebelah, saya sebelah.
![]() |
| Bila sudah duduk, dongak ke atas. |
Ada aircond di dalam. Sedap kena urut. Selesa pula tu dan sejuk sebab ada aircond menghala direct ke muka. Rasa nak tertidur masa dia urut. Dari tengkuk belakang, belakang badan, lengan, peha, kaki di betis, masya-Allah, syok rasa. Kalaulah ada kerusi urut begini sebiji di rumah. Lokasi kerusi berhadapan tempat permainan indoor budak-budak. Itu ada signboard babyland dalam gambar di atas.
Lepas diurut, kami masuk pasaraya, beli barang dapur sikit. Lepas tu, beli kopi.
![]() |
| Minum di food court |
Suami minum latte ais, saya americano panas. Kopi panas lagi, melebor (orang Perak kata), jadi buka penutup cawan supaya cepat sejuk. Saya pergi cari tudung raya sementara itu. Suami duduk situ, main handphone. Tak lama pun, lima minit je pergi beli tudung. Sebab sudah aim kedai dan nampak dari luar tudung apa nak. Hehe.. baju raya sudah ada untuk tema raya tahun ini, cadang pakai baju tahun lepas-lepas saja. Tudung saja tak ada warna yang dikehendaki.
Ok. Jumpa lagi. 💗



Bagus kerusi urut tu..nampak lah secure sikit.. sepp sikit, Linda pun ada dah pilihan warna dan baju raya(recycle juga).. tinggal nak beli baju anak² je nanti...
BalasPadamWah, sama kita, Linda. Pakai baju raya lepas-lepas je, kan.
Padamwah dah prepare baju raya tahun depan. Haah kan bulan 2 je dah puasa bulan 3 dah raya. Syioknya kalau kat rumah ada sebiji kerusi urut camni.
BalasPadamPakai baju lama je, kak. Banyak baju dalam almari tu, tak pakai pun.
PadamKannn... bila lenguh-lenguh best je mesin urut.
Moga satu hari Cuya ada rezeki belikan ibu kerusi urut. Dia memang suka kalau diurut ni.
BalasPadamSenangkan pakai je baju apa ada takyah beli baru. Tapi ibu suruh juga Cuya tempah baju haha
Aminn... Insya-Allah, Cuya.
PadamKalau ibu suruh, tempah je la. Itu pun, ada lagi ke tukang jahit nak terima ni.
Moga satu hari Cuya ada rezeki belikan ibu kerusi urut. Dia memang suka kalau diurut ni.
BalasPadamSenangkan pakai je baju apa ada takyah beli baru. Tapi ibu suruh juga Cuya tempah baju haha
Bagus la mesin tu macam ada penutup gitu takdela nampa jelas kita duk mengurut atas kerusi tu. Raya awal tahun depan ni memang kena prepare awal kan. Cie belum decide warna apa. Selalu masuk kedai dapatkan semua size baru la tau warna apa. Kalau cari warna awal2 susah nak jumpa size semua ada.
BalasPadamYa, Cie, beli sekarang je, jadi tak kalut.
PadamOh, tips yang bagus juga tu, cari saiz baju yang ada dulu.
Tu dia, siap dah ada tema baju raya tahun depan, hihihi.
BalasPadamBiasa, advance. Hehehe...
PadamPantas betul beli tudung, 5 minit ajer 😀
BalasPadamAdvanced ni dah sesiap fikir warna tema baju raya. Senang hati dah selesai satu hal.
Tak suka duduk dalam kedai lama-lama, Ujie, nanti nak beli sehelai, jadi 3 helai.
PadamAlhamdulillah. Jadi nanti boleh fokus beli baju anak-anak je.
Salam perkenalan,
BalasPadamWahh so heaven bila duduk di kerusi urut.. bagus design macam ni at least orang lalu-lalang boleh sorok muka. Seronok prepare baju raya awal, tak kalut..
Salam perkenalan, LZ. Tak de pun orang lalu lalang waktu saya berurut. Nasib baik.
PadamPakai baju raya lama je. Jimat belanja.
Futuristik pulak tengok design kerusi tu.
BalasPadamHehe.. itula, pertama kali akak nampak sedemikian rupa.
PadamKalau aircond hala ke muka gitu, mmg boleh lena la hehe....
BalasPadamSy tak cari lagi baju raya. Belum decide warna tema 😁
Hik hik, betul, betul.
PadamTakpe, banyak masa lagi, PH.
Pernah teringin nak beli kursi urut itu, tp lihat Watt listrik dia, langsung batal 🤣🤣. Tak sanggub daya listrik rumah saya kalau ada kursi begini hahahah
BalasPadamOh, ye ke.. akak tak pernah check pula berapa kuat elektrik, kerusi urut ni pakai.
Padambaguslah ada penghadang mcm ni...takde le org lalu-lalang boleh nmpk...dah beli tudung raya..hehe..buat persiapan awal...
BalasPadamYe, kak.
PadamSebab dah jumpa yang berkenan, baik kita beli je. Nanti takut lesap.
Bagus kerusi urut ni sebab agak bertutup di tempat awam.
BalasPadamBetul, betul.
PadamSaya baju raya dah buat lama, kes tidak dapat buat tahun lepas.
BalasPadamHarap Nur jumpa tudung untuk baju raya tahun ini. Kalau tidak keberatan bolehlah tunjuk dalam blog.
Alhamdulillah, sudah siap awal ya, NA.
PadamSudah jumpa tudung. Selamat. Seganlah nak tunjuk. Tunggu raya ya. Hehe..
Coway kan ada jual kerusi tu..kawan yang agent coway suruh amik...hehehe...memamg x la...baik buat je urutan kat area yang disediakan mesin ni..bayar je RM5, nak lama buat RM10
BalasPadamBetul, betul. Huii kalau beli, ribu riban la juga. Dengan kena servisnya lagi..
Padamammi segan kalau urut kat tempat open gini...especially bila time dia gegar2 badan. terasa lelemak pun ikut gegar sekali
BalasPadamKalau pakaian longgar, ok je. Kerusi urut macam ni ok, macam privasi, orang kurang nampak.
PadamKerusi urut bentuk macam tuh mengingatkan KSarie pada telur alien dalam cerita Alien. Pernah ternampak kerusi urut macam ni di Econsave. Nanti boleh cuba bila ada kesempatan. KSarie punya tema baju raya tahun ini adalah baju kerja apa ye yang masih muat dalam almari itu ye😅
BalasPadamHaha.. saya dah lupa pasal telur alien tu. Betul la! Test, jangan tak test, baju raya dalam almari. Saya pun nak kena tengok juga, takut last minute tak muat, naya.
PadamOoo ini urutnya cara moden..terapi..boleh ja tertidur ..pernah juga guna mesin ni tertidur hehehehe
BalasPadamHehe, selesa ya cikgu, sampai tertidur.
Padambestnya kalau ada cubicle camni, takla rasa malu sangat
BalasPadamHa ah, Mazni, itu yang akak try tu.
PadamSesekali kalau duduk atas mesin urut ni kam .. lega satu badan .. CCL kalau pergi mall jumpa mesin urut nii memang tak lepaskan peluang laa
BalasPadamKan.. dapat mesin urut yang sedap, lega rasanya.
Padam