Cerita pada hari Isnin, 9 Mac 2026 bersamaan 19 Ramadan 1447 H.
Pagi, saya keluar rumah, siram pokok. Tak berkebun pun. Malas sungguh.
![]() |
| Bendi sebatang |
Mesti nak tunjuk juga. Sehari, sebatang. Ada hari, dapat tuai dua batang. Biasanya, saya akan masukkan dalam hidangan yang saya masak. Sebatang pun tak apa, masuk juga.
![]() |
| Masak daging goreng kunyit |
Kelihatan dalam gambar di atas, ada bendi sebatang kena campak dalam periuk.
Bila sudah siap, saya guna fungsi stir fry sampai air kering. Eh, tak, saya keluarkan sikit air rebusan daging tu, sejukkan dan simpan freezer. Air rebusan daging tu, saya baca, buat sup, jadi sangat flavourful, itu yang saya simpan.
Bila daging yang dimasak guna fungsi stir-fry itu sudah kering, saya masukkan minyak masak sikit. Masukkan segala jenis sayur yang ada, iaitu carrot, bendi sebatang dan cili padi. Juga bawang dan daun kari. Malangnya tak ada kacang panjang. Malas keluar beli. Guna apa yang ada saja.
Alhamdulillah, lauk berbuka pada hari itu. 😋
Baiklah. Jumpa lagi, ya. 💗


Alhamdulillah.. nampak sedap :)
ReplyDeleteAlhamdulillah. 😋
DeleteCukup lengkap dah daging goreng kunyit majan dengan nasi putih. Bismillah.
ReplyDeleteAlhamdulillah, kak.
DeletePasti sedap menambat selera
ReplyDeleteSedaplah kat tekak saya, Wak. Alhamdulillah.
DeleteLauk macam ni kadang tu tak pyh kuah banyak pun, janji ada daging kunyit panas dan nasi putih, dah cukup buat bertambah nasi
ReplyDeleteBetul, CCL, sesekali tukar selera, makan lauk kering pula.
DeleteBagus betul campak bendi dalam lauk. Rasa tidak sesuaipun kitalah yang pandai buat.
ReplyDeleteHa ah, NA, kita yang makan. Masukkan je, apa sayur yang ada.
Delete1 lauk ni pn dh cukup mkn ngan nasi panas2 + kicap
ReplyDeleteBetul, mama tisya.
DeleteLama pulak tak buat daging goreng kunyit, sedap ni Nur
ReplyDeleteSedap, Mulan. Bolehlah buat.
DeleteWahh feveret ni daging goreng kunyit. Pastu makan ngn sambal n kicap!
ReplyDeleteKann, Mazni... Selera makan. 😋
DeleteHancuss diet kalau kena dengan daging goreng kunyit ni.
ReplyDeleteHehe... kannn... 😋
DeleteLauk simple , tapi buat napsu makan. Bendi, di sini sebutnya Okra, agak susah dicari. At least dj pasar dekat rumah saya tak banyak yg jual. Tp di Medan banyak. Saya sukaaa okra ini apalagi kalau dicampur dalam kuah kari
ReplyDeleteBetul tu, Fanny, biasa memang okra letak dalam kari atau dicelur saja jadi ulam.
Delete