Monday, March 16, 2026

Juadah berbuka 22 Ramadan

Hari ini sudah masuk 26 Ramadan 1447 H. Terawih malam ke 27. 

Entri ini, saya nak cerita tentang juadah berbuka kami pada 22 Ramadan yang lepas. Berbuka tiga beranak. Mama, Amirul dan Sulaiman.

Pergi kedai Ayam Ori, beli ayam mentah seekor. Amirul nampak dan bertanya,"Mama nak masak apa, ayam tu?" Belum jawap, dia dah komen, "Buat masak lemak la pula mama. Asyik kari, kari je"

Amboi, budak ni, kan... demand bukan main. 

Ha, apa lagi.. kita pun masaklah ayam masak lemak cili api. 

Ayam masak lemak cili api

Hehe... tak lawa sungguh la kita masak. Tak boleh lawan blogger Suria Amanda masak. 😁 Saya ikut resepi SA la. Ada letak kentang juga. Walaupun tak berapa menarik rupa masak lemak saya ini, tapi rasanya boleh tahan la. Alhamdulillah.

Pinggan Mama

Saya berbuka dengan salad dan lauk ayam seketul, ambil bahagian kepak, dan kentang dua ketul. Kurma sebiji.

Kentang goreng

Nak habiskan stok makanan dalam freezer. Kita goreng apa yang ada. 

Karipap frozen kedai Eco

Berlubang karipap. Sebab ia melekat masa duduk dalam kuali. Puas tuang-tuang minyak, nak kasi pisah, terpisah dengan kulit-kulit. Ambik... takpe, kita juga yang makan. Karipap frozen beli di kedai Eco. Okay rasa yang ini. Sebelum ini saya pernah cerita, kena buang inti karipap, baru boleh makan, kan. Yang ini rasa okay pula inti dia. Ada tiga jenis karipap kedai Eco saya beli, inti ayam, sardin dan kentang. Tengok nasib jugalah. Kalau dapat inti tak elok, tak sedap lah jadinya. Tapi kali ini, saya goreng, okay.

Orait. Ala kadar je berbuka. Tidak beli kuih atau pergi ke bazar. 
Jumpa lagi, ye. 💗

28 comments:

  1. fries kak tot nampak betul-betul menyelerakan

    ReplyDelete
  2. Nak cantik warnanya kena pakai kunyit hidup Nur...blend aje ngan cili...SA selama ni guna kunyit hidup...kuning2 tangan tapi x pe..janji nampak cantik lauk tu dan rasanya lagi sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pakai kunyit hidup, tapi korek kunyit tanam sendiri, sikit benor. Santan terletak banyak kot. Lain kali nak guna santan segar, tak mau santan kotak. Baik. Terima kasih bagi tips, SA. 👍🤗

      Delete
  3. Sedap je saya tengok MLCA kak nur ni. Anak akak sama dgn sayalah. Lebih prefer makan masak lemak berbanding kari. Kari tu macam terlalu heavy bagi saya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh.. itu macam ka.. hehe.. baik. Ye la, boleh gang dengan anak akak, Mazni ni. 😊

      Delete
  4. Aduhai..trliur tgk ayam masak lemak tu =)

    ReplyDelete
  5. MLCA sentiasa jadi kegemaran saya, masakan kari cuma suka kalau kari daging. Memilih 😁
    Karipap kalau dah berlubang memang leceh sikit nak goreng. Melekat dan terkeluar isinya. Tapi membazir pulak nak buang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, lagi ramai rupanya prefer MLCA dari kari. Huhu..
      Betul, Ujie. Lantaklah dia berlubang. Udah beli, takpe kita juga yang makan.

      Delete
  6. dulu2 cie masak ayam lemak tak letak kentang. sejak anak2 suka makan kentang dalam gulai baru la letak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orait juga kan Cie, letak kentang dalam lauk.

      Delete
  7. Hi Nur, Selamat berpuasa utk Nur sekeluaga. Hewhew, sempat wish sebelum ramadan berakhir.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, Faa..
      Selamat berpuasa untuk Faa juga..
      Hehe...

      Delete
  8. ayam masak lemak kita masak letak kentang

    ReplyDelete
  9. Uish sedapnya ayam masak lemak cili api ada kentang. Langsung teringin hendak makan

    ReplyDelete
  10. Itulah ingat Nur tidak masak lauk lemak cili api.
    Hehe ikut permintaan anak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah, kesian NA, anak dah minta, kita masakkan la.
      Refer buku resepi, salin dari blog SA. 😁

      Delete
  11. Cuya kat rumah pon tak suka masak kari sebab Cuya tak kari makan dgn nasi. Tapi suka kari makan dgn roti mcm capati ke. Sama jugk dgn lauk kurmak pon Cuya tak masak.

    MLCA tu biasa selalu masak maklumla ayah org nogori hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, gitu rupanya.
      Ha ah, memang kegemaran orang nogori ya, MLCA ni.

      Delete
  12. Kak SA, trus 1 lagi kak Amie , kalau dah masak, memang drooling dibuat 🤭😄😄. Plating cantik dan menggiurkan mereka buat.

    Waaah masak lemak yaaa, 😄 dah lamaaa saya tak makan menu ini lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann... Dia orang memang hebat memasak. Akak pun jarang buat masak lemak ni, Fanny.

      Delete