Tuesday, March 31, 2026

Sulaiman lulus SPM

 Dah lega ke tu? Hehe... sibuk pula saya hari ni. Anak yang dapat result SPM, mak budak yang sibuk. Sulaiman keluar ke sekolah, ambil result, pukul 10 pagi tadi. Tapi, dia sudah check dari rumah. Sebelum keluar rumah, Sulaiman cakap, dia ada gagal satu paper, Matematik Tambahan.

Saya okay. Saya peluk dia, cakap saya terima apa saja result dia. Berapa banyak dia usaha, banyak itulah yang dia dapat, kan. 

Masa Sulaiman baby. 

Masa dia pergi sekolah, saya sedang sibuk memasak. Eh, banyak pula whatsapp masuk. Saudara-mara yang selama ini tak pernah bertanya khabar, boleh pula tanya result anak kita dapat berapa. Aik... ingat ke, bila dapat duit KWSP je orang contact kita, bila anak dapat result SPM pun, orang contact kita juga.

Senang je. Saya cakap, tak tahu.

Tapi saya check juga online. Sebab budak Sulaiman tu, balik sekolah lambat. Dia ambil dokumen lengkap di sekolah, sijil berhenti sekolah, slip keputusan, dan semua benda. Dia sembang dengan cikgu-cikgu. Dengan cikgu Addmaths dia yang paper dia gagal pun, dia sembang juga.

Tapi, saya okay, tau. Sebab apa? Sebab banyak betul peningkatan banding result percubaan SPM dia. 

Kerja saya bila anak SPM, adalah kira markah merit anak, dan senaraikan kursus yang dia layak untuk apply di UPU, based on markah merit dia. 

Markah merit Sulaiman untuk percubaan, 40 plus je. Banyak kursus sijil. Tapi saya tak sedih, sebab saya tahu, benda ini akan naik. Nanti akan berubah bila keputusan SPM keluar.

Tapi memang beza banyak la. Dengan keluarnya keputusan SPM Sulaiman ni, markah merit dia naik ke 60 plus. Jadi, lebih banyak la kursus yang dia layak apply. Syukur Alhamdulillah. 

Sulaiman punya result, semua huruf ada, dari A sampai G. 😁

Bila di slip keputusan itu tertulis, layak dapat sijil, saya dah bersyukur dah. Alhamdulillah. 😍🤲🥰

Sudah siap kerja saya menyenaraikan senarai kursus dia layak apply. Sekarang terpulang pada dia, nak pilih dan susun mana satu, ikut minat dia. Kita hanya boleh galakkan dan beri nasihat sedikit sebanyak. 

Lain anak, lain minatnya. Sulaiman ni, dia suka bahagian elektrik dan elektronik, mekanik dan aircond. Saya okay, sebab bidang kerja macam tu la, yang orang mesti pakai, tak kira ekonomi meleset ke, perubahan cuaca ke, orang tetap hantar baiki kereta dan pasang aircond di mana-mana. Memang tangan kerja kotor, dan persekitaran panas, tak macam orang kerja pejabat, tapi asalkan anak boleh cari rezeki halal di masa depan dia, dapat sara hidup sendiri, saya sudah cukup happy. 

Orait. Ingat tau, jangan bandingkan result anak kita dengan adik-beradik dia, dengan kawan-kawan dia, dengan saudara-mara kita, dengan result kita dulu. Dia dah cuba yang terbaik la tu. Terima seadanya. 

Cepatnya masa itu berlalu. Anak-anak dah besar. Semua dah habis sekolah. Semoga Sulaiman dapat peluang melanjutkan pelajaran ke bidang yang dia suka.

Semoga anak-anak kawan blogger semua, anak Puan Hazel, anak Ammi, anak Mummy Ayu, siapa lagi.. semua anak-anak yang dapat keputusan SPM hari ni, dapat terus belajar atau lakukan apa saja yang disukai dan berjaya dunia akhirat. 🤲

Syukur Alhamdulillah. Jumpa lagi. 💗

9 comments:

  1. Tahniah Sulaiman. Moga terus cemerlang, dunia dan akhirat.
    Result SPM di ladang saya neningkat tapi Add Maths menjunam jatuh. Ada yang dapat 8A tapi Add Maths G.

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah tahniah sulaiman...moga sentiasa cemerlang dunia akhirat

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah, tahniah buat anak muda Sulaiman..

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah.. tahniah.. moga terus berjaya

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah tahniah sulaiman. Semuga berjaya di masa hadapan.

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah..tahniah Sulaiman...aunty SA tumpang happy...apa pun keputusan Sulaiman..Sulaiman dah buat sehabis baik kan....Tahniah untuk Nur jugak...

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah..tahniah kak Nur, bagusnya kak Nur kitakan merit untuk anak².. Linda pun kena buka mata lepas ni... Linda selalu bandingkan dengan keputusan sendiri je bila dengan anak².. hahaha..setakat ni, ibu masih champion..tapi, Linda ok je nak dapat apa pun, kita nampak usaha dia macam mana..semoga makin meningkat umur, makin boleh berfikir lah yang pelajaran ni penting..ibu bebel hari² pun tak jadi apa, kalau tuan badan rileks je..

    ReplyDelete
  8. tahniah kpd Sulaiman! Pasti ada peluang nak sambung belajar. Ambik TVET MARA pun bagus!

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah…Tahniah buat anakanda Nur 👏🏽
    Bagus Nur sentiasa beri galakan dan semangat pada anak.

    Rasa lucu pulak pasal saudara mara tanya result tapi tak pernah tanya khabar.

    ReplyDelete