Assalamualaikum, semua...
Cerita pada hari Jumaat, 3 April 2026 yang lepas.
Pagi-pagi sebelum pukul 7, saya ikut suami beli sarapan nasi berlauk, di Bukit Permata. Kemudian, kami singgah 7-Eleven, beli kopi. Dua kopi, americano iced dan panas, harga RM6.80. Memang jauh lebih murah dari kedai kopi sebelah.
 |
| Bulan di langit. Lampu isyarat merah. Lampu-lampu jalan. |
Lepas suami pergi kerja, saya mula buat kerja menebas. Sambung kerja semalamnya.
 |
| Bulan masih ada, pukul 7 pagi |
Saya jumpa lipan 5-6 ekor bila bersihkan rumput di kawasan batu bata. Selamat kena katok dan kerat oleh sabitku. Jangan risau, saya pakai but berkebun. Selamat.
Kemudian, saya jumpa benda putih-putih kecil dalam tanah satu pasu. Saya suspek telur ulat. Boring betul. Banyak betul serangga perosak. Mood down bila banyak pokok bunga mati.
Amirul bertolak balik Dungun pukul 8 pagi. Jauh dia pandu kereta, lebih 500 kilometer. Selamat jalan, anakku. Belajar rajin-rajin dan jaga diri, ya. 🤗
Amirul ada tertinggal barang, seperti biasa. Saya kena pos minggu depan.
 |
| Kerja siap setakat pagi tadi |
Sebelum kerja-kerja menebas oleh yours truly, tak nampak langsung kawasan batu bata ini. Sudah dinaiki rumput, seperti kawasan dekat buaian dalam gambar di atas. Cadangnya, nak clearkan rumput. Biar nampak macam keadaan asal, masa mak saya masih ada. Kawasan batu bata ini panjang sampai ke hujung.
Buruk dah rumah. Retak sana sini. Kuari hari-hari dok letup bukit.
Pukul 10 pagi, saya berhenti kerja dan masuk rumah.
Sarapan nasi berlauk. 😋
Lepas makan, jalan atas walking pad, satu jam.
Mandi. Zohor. Mengaji.
Kemudian, saya masuk dapur, panaskan nasi dan lauk semalam. Sulaiman request nak makan maggi goreng. Saya pun buat mee sedap perasa asli dua bungkus, letak cheese on top dan telur mata. Nampak premium, tak sempat nak ambil gambar, Sulaiman sudah terkam dulu.
Saya check email tapi tak sempat nak update blog, suami sudah balik kerja pukul 4 petang. Suami tanya nak keluar tak?
Nak! Nak pi gunting rambut.
Saya punya rambut ni, sampai satu tahap panjangnya, ia akan mula gugur dengan banyak. Macam tak kuat. Tapi saya tidaklah ikat dengan kuat pun. Teringin nak ada rambut lebat, dan kuat macam rambut orang India. Orang kata, kena cuci rambut dengan santan atau minyak kelapa, seminggu sekali. Tapi biasalah, kita kan malas nak amalkan regime kecantikan ni semua.
 |
| Salon rambut nyonya |
Masuk saja kedai, "Halo.. boleh gunting rambut ka?"
Nyonya tengah baring di sofa. Rasanya, dia terlelap. TV tengok dia. Tiada customer. Saya seorang.
"Boleh, boleh. Masuk, duduk hujung."
Kipas pasang, dua biji kipas berdiri. Tiada aircond. Eh, aircond ada di dinding atas, tapi rosak. Dah bertahun tak dibaiki.
"Mau gunting macamana?"
 |
| "Kasi gunting ini macam. Kasi pendek. Tak mau ikat." |
Senang tunjuk gambar hair style camana kita nak. Kalau kita terangkan, boleh jadi menjadi macam yang kita nak, boleh jadi tak jadi. 50-50 peluang.
Zas zup zas zup, siap!
Macam trim pokok, nyonya ni gunting rambut. Tapi saya suka, sebab pantas dan tidak buang masa.
Lega saya, rambut sudah pendek. Saya rasa, cara hidup saya yang banyak berkebun, berjalan, berpeluh, memang tidak sesuai berambut panjang. Ringan sikit kepala. Jimat sikit syampoo.
Sudah naik harga. Dulu potong rambut, RM10. Sekarang RM12.
"Aiyaak.. sudah naik harga?", saya cakap.
Nyonya senyum.
Tak boleh nak kata apa. Semua benda naik harga.
Okaylah. Sekian cerita pada hari tersebut.
Jumpa lagi, ye. 💗
RM12 tu masih murah kak.. Linda tak pernah dapat harga RM12.. lepas tu. Dah lama juga tak potong rambut dekat kedai.. duduk depan cermin, potong sendiri, ikut suka hati..janji pendek.. hahaha
ReplyDeletegunting rambut rm12 kategori murah lagi tu kak...sy tak pernah jumpa lagi harga tu tiap kali pergi salon mau 20 keatas...
ReplyDeleteWahhh, RM12 ya harga potong rambut skrg. Dah lama tak potong rambut, bila rasa dah rimas, sy ambil gunting dan kerat sendiri. Bukan sebab jimat tapi malas nak ke kedai. Rasa macam dah tak pandai sekarang, hahah. Sy teringin pulak la nak beli walking pad tu. Sy ni kalau lepas makan, sebelum makan, memang duduk aje, macam mana nak turun berat, hai.. entahlahhh.
ReplyDeleteWahhh, RM12 ya harga potong rambut skrg. Dah lama tak potong rambut, bila rasa dah rimas, sy ambil gunting dan kerat sendiri. Bukan sebab jimat tapi malas nak ke kedai. Rasa macam dah tak pandai sekarang, hahah. Sy teringin pulak la nak beli walking pad tu. Sy ni kalau lepas makan, sebelum makan, memang duduk aje, macam mana nak turun berat, hai.. entahlahhh.
ReplyDeleteRM12 murah ler kak...Dkt plaza idaman ni dah nk rapat ke RM40. Part lipan tu..Ate byk benor jumpanya yong =D
ReplyDeleteSelalu tunjuk gambar tak pernah menjadi seperti diharapkan. Just bagitau je nak paras mana senang. Tak mengaku tak pandai. Ok ke jawabnya kita pun ingat menjadi. Sekali ermmm jauh betul rupa.
ReplyDelete