Assalamualaikum, semua...
Cerita pada hari Jumaat, 3 April 2026 yang lepas.
Pagi-pagi sebelum pukul 7, saya ikut suami beli sarapan nasi berlauk, di Bukit Permata. Kemudian, kami singgah 7-Eleven, beli kopi. Dua kopi, americano iced dan panas, harga RM6.80. Memang jauh lebih murah dari kedai kopi sebelah.
 |
| Bulan di langit. Lampu isyarat merah. Lampu-lampu jalan. |
Lepas suami pergi kerja, saya mula buat kerja menebas. Sambung kerja semalamnya.
 |
| Bulan masih ada, pukul 7 pagi |
Saya jumpa lipan 5-6 ekor bila bersihkan rumput di kawasan batu bata. Selamat kena katok dan kerat oleh sabitku. Jangan risau, saya pakai but berkebun. Selamat.
Kemudian, saya jumpa benda putih-putih kecil dalam tanah satu pasu. Saya suspek telur ulat. Boring betul. Banyak betul serangga perosak. Mood down bila banyak pokok bunga mati.
Amirul bertolak balik Dungun pukul 8 pagi. Jauh dia pandu kereta, lebih 500 kilometer. Selamat jalan, anakku. Belajar rajin-rajin dan jaga diri, ya. 🤗
Amirul ada tertinggal barang, seperti biasa. Saya kena pos minggu depan.
 |
| Kerja siap setakat pagi tadi |
Sebelum kerja-kerja menebas oleh yours truly, tak nampak langsung kawasan batu bata ini. Sudah dinaiki rumput, seperti kawasan dekat buaian dalam gambar di atas. Cadangnya, nak clearkan rumput. Biar nampak macam keadaan asal, masa mak saya masih ada. Kawasan batu bata ini panjang sampai ke hujung.
Buruk dah rumah. Retak sana sini. Kuari hari-hari dok letup bukit.
Pukul 10 pagi, saya berhenti kerja dan masuk rumah.
Sarapan nasi berlauk. 😋
Lepas makan, jalan atas walking pad, satu jam.
Mandi. Zohor. Mengaji.
Kemudian, saya masuk dapur, panaskan nasi dan lauk semalam. Sulaiman request nak makan maggi goreng. Saya pun buat mee sedap perasa asli dua bungkus, letak cheese on top dan telur mata. Nampak premium, tak sempat nak ambil gambar, Sulaiman sudah terkam dulu.
Saya check email tapi tak sempat nak update blog, suami sudah balik kerja pukul 4 petang. Suami tanya nak keluar tak?
Nak! Nak pi gunting rambut.
Saya punya rambut ni, sampai satu tahap panjangnya, ia akan mula gugur dengan banyak. Macam tak kuat. Tapi saya tidaklah ikat dengan kuat pun. Teringin nak ada rambut lebat, dan kuat macam rambut orang India. Orang kata, kena cuci rambut dengan santan atau minyak kelapa, seminggu sekali. Tapi biasalah, kita kan malas nak amalkan regime kecantikan ni semua.
 |
| Salon rambut nyonya |
Masuk saja kedai, "Halo.. boleh gunting rambut ka?"
Nyonya tengah baring di sofa. Rasanya, dia terlelap. TV tengok dia. Tiada customer. Saya seorang.
"Boleh, boleh. Masuk, duduk hujung."
Kipas pasang, dua biji kipas berdiri. Tiada aircond. Eh, aircond ada di dinding atas, tapi rosak. Dah bertahun tak dibaiki.
"Mau gunting macamana?"
 |
| "Kasi gunting ini macam. Kasi pendek. Tak mau ikat." |
Senang tunjuk gambar hair style camana kita nak. Kalau kita terangkan, boleh jadi menjadi macam yang kita nak, boleh jadi tak jadi. 50-50 peluang.
Zas zup zas zup, siap!
Macam trim pokok, nyonya ni gunting rambut. Tapi saya suka, sebab pantas dan tidak buang masa.
Lega saya, rambut sudah pendek. Saya rasa, cara hidup saya yang banyak berkebun, berjalan, berpeluh, memang tidak sesuai berambut panjang. Ringan sikit kepala. Jimat sikit syampoo.
Sudah naik harga. Dulu potong rambut, RM10. Sekarang RM12.
"Aiyaak.. sudah naik harga?", saya cakap.
Nyonya senyum.
Tak boleh nak kata apa. Semua benda naik harga.
Okaylah. Sekian cerita pada hari tersebut.
Jumpa lagi, ye. 💗
RM12 tu masih murah kak.. Linda tak pernah dapat harga RM12.. lepas tu. Dah lama juga tak potong rambut dekat kedai.. duduk depan cermin, potong sendiri, ikut suka hati..janji pendek.. hahaha
ReplyDeleteWah.. Linda pandai potong rambut sendiri ya. Bagus la, jimat duit. 👍
Deletegunting rambut rm12 kategori murah lagi tu kak...sy tak pernah jumpa lagi harga tu tiap kali pergi salon mau 20 keatas...
ReplyDeleteAda ngeye, Afzan. Akak pernah sekali pi salon muslimah, 25 hinggit kena! Terus tak pi dah. Baik gunting kedai nyonya je.
DeleteWahhh, RM12 ya harga potong rambut skrg. Dah lama tak potong rambut, bila rasa dah rimas, sy ambil gunting dan kerat sendiri. Bukan sebab jimat tapi malas nak ke kedai. Rasa macam dah tak pandai sekarang, hahah. Sy teringin pulak la nak beli walking pad tu. Sy ni kalau lepas makan, sebelum makan, memang duduk aje, macam mana nak turun berat, hai.. entahlahhh.
ReplyDeleteWah.. lagi seorang pandai gunting rambut sendiri. 👍
DeleteAsal sihat, okay tu, SK. Alhamdulillah. Kat shopee mur mur je SK, walking pad ni. Saya pun beli kat shopee je.
RM12 murah ler kak...Dkt plaza idaman ni dah nk rapat ke RM40. Part lipan tu..Ate byk benor jumpanya yong =D
ReplyDeleteBapakk 40 hinggit gunting rambut. Baik suruh laki guntingkan. Huhu..
DeleteHaaatatauuulaa, Nieza.. banyak bebenor lipannya. 😅
Selalu tunjuk gambar tak pernah menjadi seperti diharapkan. Just bagitau je nak paras mana senang. Tak mengaku tak pandai. Ok ke jawabnya kita pun ingat menjadi. Sekali ermmm jauh betul rupa.
ReplyDeleteAlamak.. ye ke.. kalau salon muslimah biasa jadi camtu. Salon chinese siap ambil cermin tunjuk belakang, kalau tak puas hati, dia boleh adjust lagi.
DeleteSekarang harga memang serba naik ya mbak tot.
ReplyDeleteDulu pas masih sekolah, saya kalau potong rambut itu kisaran 1,15RM je. Eh sekarang tau-tau sudah melambung jadi 4,6RM. Sungguh berkali-kali lipat.
Ah kangen rasanya minum kopi di 7-eleven. Sedih, sebab di Indonesia sini 7-eleven sudah takde. Sudah bangkrut punya.
Kenaikan yang banyak ya, Mas Fajar. Sabar sajalah.
DeleteOh, ya ka.. baru tahu tentang 7-eleven tu. Memang makin banyak persaingan antara kedai serbaneka.
Ini cerita potong rumput dan rambut.
ReplyDeletePanjang mana rambut Nur? Murah itu RM12. Saya kena RM38 lepas 6 bulan tak gunting rambut tapi puas hati cara dia gunting.
Rambut saya lepas paras bahu sikit. Tak ada la panjang mana, itu yang nyonya tu caj murah kot.
DeleteKalau harga itu dan puas hati, tak apa, NA. Betul la cakap Nieza kat atas, gunting rambut sampai 40 ringgit. Mahei betul.
Benda yang uncle paling takut dalam dunia adalah potong rambut lah... Ni tengah simpan kekuatan nak gunting.... (azam yg bertahun2 umurnya)
ReplyDeleteYe la, rambut uncle panjang, lama tu bela rambut, mesti sayang nak potong.
DeleteTapi kan uncle, rambut kan akan panjang kembali. Hehe..
Lawanya style rambut tu hihi ...
ReplyDeleteBaru tadi baca berita orang kena sengat dgn lipan di dapur :(
Dalam gambar memang lawa. Tapi kat kepala kita, kurang lawa la, sebab rambut kita tak straight. Hehe..
DeleteAlamak, kat dapur boleh kena sengat dek lipan. Aduh... seram.
saya suka baca cerita harian kak nur yg produktif. jalan pagi2, berkebun. rutin cmni dibawa sampai tua confirm jadi warga emas yg sihat! mcm atok sedara saya muda2 rajin bergerak sana sini, skrg umurnya 88 tahun masih steady jalan tegak je.
ReplyDeletebestnya duduk luar bandar, harga gunting rambut masih murah lagi tu. tmpt saya dah rm20 lebih haha
Ye ke? Alhamdulillah. Terima kasih, Mazni, atas perkongsian. Tambah semangat akak untuk jaga kesihatan. Semoga atok sedara Mazni pun sihat-sihat selalu.
DeleteKedai nyonya tu je yang murah, Mazni. Kedai salon muslimah ada akak pergi, harga 25 ringgit.
SA nyer rambut gitu la...dulu panjang sampai ke pinggang...dah bertudung kerat sampai bawah bahu...hari tu rimas, panas..kerat lagi pendek gitu ler...senang..jimat shampoo
ReplyDeleteBetul SA, rambut pendek senang jaga dan jimat syampoo.
Deletebest juga ada cerita macam-macam ...boleh legakan fikiran daripada fikir perkara yang serius
ReplyDeleteApa yang serius tu, Encik Hanafi? Macam ni la diari saya, housewife, macam-macam cerita campur aduk.
DeleteCuya dah lama simpan rambut, ibu dah suruh potong dah . Tapi Cuya duk tangguh2 je sebab tahun ni la first time simpan rambut.
ReplyDeleteMacam sayang nak potong.
Akak potong tu kira murahlah tu. Kalau salon maunya mahal.
Cuya suka lagi potong kat kedai drpd potong sendiri sebab tukang gunting lagi pandai potong dan fashionable. Kita as perempuan walaupun pakai tudung tetap la nak nampak cantik kan depan cermin? Hehe 😂
Kalau dah panjang, memang ada rasa sayang nak potong, ya.
DeleteBetul, Cuya. Akak pun tak pandai potong sendiri. Potong di kedai, nampak cuttingnya dan dia orang ada gajet merapikan rambut.
Lawa rambut Tot kalau potongan rambutnya begitu. Senang rambut pendek ni. Kalau dia gugur pun kurang perasan sebab pendek. Lepas tuh senang hendak syampoo dan keringkan rambut. Tot adalah seorang yang sangat aktif. Suka KSarie baca perkongsiannya. Gardening. Memasak. Brisk walk dekat taman atau di rumah. Mengaji. Nanti kalau sudi Tot kongsikan gambar tanaman-tanaman Tot ye.
ReplyDeleteBetul, KSarie. Senang rambut pendek bagi kita yang bertudung ni.
DeleteTerima kasih, kerana suka baca perkongsian saya. Ha, baru semalam saya up gambar pokok-pokok bunga di rumah. Hehe..
Samaaaa kak 🤣🤣. Rambut saya pun panjang sedikit, langsung rontok. Pening. Akhir nya saya potong seleher , biar pendek sekalian. Tp nak lebih pendek, saya tak confident.
ReplyDeletePadahal mama dan adik saya rambutnya model Demi Moore zaman muda dulu 🤣🤣.
Ini dah waktunya nak potong lagi. Tapi tunggu may lah.
Padahal dulu rambut saya tebal sangat zaman sekolah. Tapi ikal. Saya tak suka. Malah sempat berdoa pula, coba seandainya rambut saya tipis, kan mudah nak atur.
Memang perkataan doa. Sekarang rambut diksh tipis 😔
Tak apalah Fanny. Semua kan sudah tertulis. We make the best of what we have. Rambut macam Demi Moore zaman muda dulu memang cantik dan mudah diurus.
DeleteAkak jarang potong rambut kat kedai selalu potong sendiri. Rambut nipis kalau pi salon dia basuh rambut dulu sebelum potong jadi malu pulak masa basuh ramputnya jadi kuyub sebab nipis. Tu yg jarang potong Di kedai
ReplyDeleteOh, gitu. Saya kalau pergi gunting di nyonya tu, siap-siap syampoo dulu di rumah, kak. Jadi, itu yang dapat murah, sebab tak perlu cuci dulu, potong saja. Ramai rupanya yang potong rambut sendiri di rumah. Terer la. Hehe..
Delete