Dinner mamak Nasi Kandar Ayesha

 Kurang satu jam, kami sampai semula ke lokasi hotel kami di Seri Kembangan. Mudah ada highway, tidak perlu masuk bandar pun. Ikut jalan belakang. Sambung cerita trip pendek dari entri ini. Masih hari yang sama, 11 Julai 2026 yang lepas. 

Selang satu blok dari hotel kami, ada restoran mamak Nasi Kandar Ayesha. Hujan waktu petang di Balakong, Seri Kembangan, Selangor. 

Nasi Kandar Ayesha, Seri Kembangan, Selangor.
Nasi Kandar Ayesha

Saya dapati, cuaca di KL tidak panas terik seperti di tempat tinggal saya di Manjung ini. Petang-petang ada hujan. 

Kami cadang untuk makan malam awal. Jadi lepas makan, boleh naik bilik dan terus rehat saja, tak payah keluar-keluar dah. 

Suami mula bermesej dengan saudara-maranya yang dari kenduri, kot nak lepak mamak mengeteh pada malam itu. Mereka semua duduk di homestay di atas Amerin Mall (lokasi kenduri) itu saja, betul-betul seberang jalan dari hotel kami. Tapi semuanya penat, pembawakan kenduri. Faktor usia. Esoknya pula, nak pergi kenduri hantar menantu (pengantin) pula di Bandar Tun Razak. Tiada yang lapang pada malam itu. Ye la.. kita terbongkang kat hotel je la. Nak keluar jalan ke mall pun malas, sebab hujan sampai ke malam. Sejuk sejuk sedap berbulan madu di dalam bilik. Auwww.... 

Suasana di dalam mamak Nasi Kandar Ayesha, Seri Kembangan, Selangor.
Suasana dalam mamak Nasi Kandar Ayesha

Macam baru saja mamak ni dibuka. Lawa tempatnya. TV bukan main besar. Belakang ada, depan ada. Memang tempat yang bagus untuk tengok siaran langsung bola. Kome tahu, esoknya ada game bola, dari bilik hotel kami boleh dengar orang sorak gol dari mamak ni, tau. Sabor jer la. 

Meriahnya orang Kolumpo tengok bola. Mamak siap pasang bendera sebagai hiasan di luar. 

Saya suka makan di tempat terang macam ini. Penuh lampu. Walaupun waktu malam, tak ada lah kena kokak dek nyamuk.

Pemandangan dari dalam mamak Nasi Kandar Ayesha, Seri Kembangan.
Dari tempat duduk dalam mamak, boleh nampak Amerin Mall tu ha.

Lagi satu pemerhatian saya, sungguhlah pesat dengan rumah tinggi-tinggi di kotaraya ini. Walaupun cuma ada tanah lapang tak berapa besar pun, naik juga projek rumah tinggi bertingket-tingket. Sungguh pesat membangun. Tiada pun tanah lapang yang tidak dimajukan. Semua ada projek pembinaan.

Nasi lauk ikan goreng, sayur kobis dan telur masin
Makan malam suamiku

Suamiku ambil nasi berlauk ikan goreng, sayur kobis dan telur masin. 

Nasi goreng mamak letak telur mata
Makan malam saya

Saya pesan nasi goreng mamak letak telur mata. Banyaknya bawang goreng mamak tu letak. Sebukit nasi dia. Gendut makan. Alhamdulillah, sedap.

Sepanjang berada di Kolumpo ini, tidaklah kami berdiet-diet. Rugi ler.. kalau tak makan nasi kenduri dan sebagainya, bukan selalu datang, ye dak. 

Semasa di mamak, minum air suam, tapi bungkus nescafe tarik kurang manis ikat tepi ya, mamak. Hehehe... 

Itu ler, tak membeli-belah langsung saya di KL. Memang macam ni la ye, faktor usia. Usahkan nak jalan jauh sikit untuk check-out tempat menarik, tapi nak jalan seberang jalan pergi Amerin Mall itu pun, malas. 

Kita rehat je la. Esoknya udah nak bertolak balik Perak. 

Okay, sambung lain entri. Jumpa lagi, ya. 💗

Share:

52 ulasan:

  1. Meriah dalam kedai mamak ni terang benderang je.

    BalasPadam
  2. Lighting on point ni. Terang benderang. Elok jugalah kan. Gambar pun cantik cerah-cerah ni. Taklah kelam. Mungkin juga perjalanan jauh, rasa nak rehat dalam bilik je tambah pulak hujan kan. Kalau bercuti memang diet kelaut dah, kita enjoy je lah. hihi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, betul. Jarang-jarang travel road trip. Penat badan duduk dalam kereta.

      Padam
  3. Dekat pusat beli-belah Mines ke?
    Makan sungguh lepas Onde-Onde makan di kedai mamak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ha ah, dia atas sikit dari Mines, NA.
      Ye, makan malam siap-siap. 🙈

      Padam
    2. Haha nostalgia selalu pergi Mines beli barang atau tengok wayang.
      Kalau tak naik bas pergi pekan Kajang.
      Dahulu belajar dekat sana.

      Padam
    3. Ooo.. ye ke..Dekat Mines tu ada ice skating rink. Tak pernah cuba ke? 😊 Ooo... NA dulu belajar di UPM?

      Padam
  4. Mamak port best lepak malam-malam sebab dia je open lagi. Hihihi

    BalasPadam
  5. Bestnya peegi KL. Tempat makan pun banyak.. Suatu hari nanti saya nak jalan-jalan ke KL terutama tempat lahir arwah bapa saya di Kampung Baru.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kampung Baru ada banyak port makan sedap-sedap, kak Amie. 😊

      Padam
  6. Makanya saya nak lama di Johor, Terengganu dan KL akhir tahun nanti, semata memang nak wisata kuliner only 🤣🤣.

    Apalagi nih nasi kandar saya tak sempat makan yg pas ke KL kemarin. Tak sempat betul. Hrs coba nanti.

    Sayapun lupakan diet saat traveling kak. Kalau di rumah balik ke normal, gym, workout, pola makan jaga. Tp susah kalau traveling 😄

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha.. mana boleh diet semasa travelling kan, Fanny. Nanti datang lagi hujung tahun, harus cari nasi kandar, tau. 😊

      Padam
  7. Makan malam kat kedai mamak sambil layan nasi kandar memang gaya santai Malaysia yang paling best. Lagi-lagi kalau dapat pekena kuah pekat dan teh tarik sejuk, perghh nikmat betul!

    BalasPadam
  8. Kedai nasik kandar kalau tak banyak kipas bukan kedai nasik kandar la.... hehhhehe

    BalasPadam
  9. Your husband's dinner looks delicious 😋

    BalasPadam
  10. Nyamuk pun tak berani nak dekat, gegak gempita orang bersorak tengok bola haha

    BalasPadam
  11. Jauh dah dia sampai Kolumpo. Kita ingatkan Tot makan nasi kandar kat Manjung, rupanya ada kenduri. Meriahlah kedai mamak musim² world cup tu kan. Oh, nasi suamimu membuatku kecur, lama tak makan nasi kandar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Silalah cari, SK. Hehe...
      Ha ah, kita pergi Kolumpo hari tu, satu malam, makan kenduri.

      Padam
  12. Wow..Dah lama x mkn nasi campur mamak =D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe.. sama la. Suami ni je, mesti nak pekena nasi putih juga.

      Padam
  13. Dapat bayangkan betapa meriahnya malam perlawanan bola di semua kedai mamak kannnn

    BalasPadam
  14. Baru lepas makan dekat kedai mamak 2 hari lepas..tapi kurang rasanya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ooo.. biasalah, ada mamak sedap, ada juga yang kurang.

      Padam
  15. Cerita pasal KL dan mamak tapi saya hilang fokus ke Manjung. Rindunya Manjung!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Datanglah bercuti ke Manjung, Hanna. 😊

      Padam
  16. Dah lama tak makan dekat kedai mamak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun. Jarang-jarang la, pergi mamak kalau di rumah.

      Padam
  17. Mana aci berdiet-diet ni tot, kalau dah namanya pergi kenduri sana sini.. makan dulu, lain kali baru fikir diet

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada ngeye! Makan dulu, menyesal kemudian. Eh!

      Padam
  18. Aduh nasi goreng mamak dengan telur mata tu sedapnya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedap, Mulan. Banyak pula tu portion-nya.

      Padam
  19. Lepak berdua kat mamak memang best...cumanya skrgkan SA tgh diet..kalau lepak mamak kena amik roti bakar je la kan..hahaha...sedapnya nasi kandar...

    BalasPadam
    Balasan
    1. SA kena makan telur separuh masak je lepas ni, kalau ke mamak. Hehe... memang syedap, nasi kandar.

      Padam
  20. Manjung, lumut is so hot.. sama juga dengan melaka...pindah Selayang, kejutan budaya .sebab hari² hujan... Hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kann... orang yang pernah duduk Manjung je tahu keadaannya camana. Best la, hari-hari hujan, nyaman sikit.

      Padam
  21. Akak pun suka kalau tempat makan terang benderang. Tak gemar betul suasana malap²... tak puas memandang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul! Nak ambil gambar makanan pun, malap jer.. hehe..

      Padam
  22. musim2 bola, mamak mesti meriah. saya jarang lepak mamak hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak pergi pun sebab ini kedai makan paling dekat dengan hotel.

      Padam
  23. Part nyamuk adehh. Sekali kalau kena gigit, berbintat besar kat kulit Faa. Memang akan cari tempat paling terang kalau food hunting malam2.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena standby Mopiko ler camtu ya, sensitif dengan gigitan nyamuk.

      Padam
  24. Musim bola kedai mamak ikut meriah sama. Seronok tenguk bola ramai2 kat kedai mamak. Kecuh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang meriah. Padahal hotel kami duduk selang 1 blok rumah kedai, pun boleh dengar orang sorak tengok bola.

      Padam
  25. KSarie faham tuh Tot. Semakin meningkat usia ni memang malas naw hendak merayap walaupun hati teringin. Lebih berat nak tidur dan bersantai-santai aje. Mamak memang tempat perjumpaan 1 Malaysia begitu😅

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul sekali! Ha ah, badan minta rehat, otak je rasa nak berjalan.

      Padam